Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday, 29 April 2013

Tip Menjaga Lutut

Pernahkan lutut anda sakit??Saya pasti jawapannya ye..Tanpa kita sedari kaki terutamanya lutut adalah bahagian yang sering didera tanpa kita sedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia berehat.

Kita sering terlupa sebenarnya kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit barulah kita mula membeikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah teruk.

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut. Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita, sakit lutut biasanya menyerang ketika usia 40-an.Tetapi ada juga yang mengalaminya lebih awal.

Sakit lutut lebih banyak meyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih besar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam masa jangka panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Membongkok dan mencangkung biasanya memberi tekanan berlebihan pada bahagian lutut.



Tip Untuk Menghindarkan Sakit Lutut
* Elakkan berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut secara berselang seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.
* Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
* Sekiranya lutut anda sakit , letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang.
* Jangan mencangkung atau bertinggung semasa melakukan kerja
* Elakkan berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
* Hentikan sebarang senaman sekiranya lutut sakit.
* Tuam dengan air batu atau air panas untuk kurangkan kesakitan.

Senaman Lutut
* Tepuk atau urut bahagian luar lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian dalam lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian belakang lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian tempurung lutut (2 minit)
* Berlutut untuk jalan menggunakan lutut (2 minit)

*Mesti dipraktikkan setiap hari. lakukan sebelum bersenam.

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS