Nuffnag
ToTaL pAgEvIeWs
Friday, 26 April 2013
Inginkan Wajah Berseri??
Wajah yang berseri-seri adalah dambaan setiap wanita. Betul tax cakap saya??Kat sini saya nak kongsikan sikit cara-cara untuk dapatkan wajah berseri-seri. Jom kita amalkan sama-sama.
Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajahmu. Kamu boleh menyegarkan matamu dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.
Skrub Wajah
Skrub wajahmu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.
Masker Wajah
Apa kata kamu cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan wajahmu di pagi hari. Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah kamu akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya.
Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood kamu. Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan kamu gembira, bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.
Kuasa Mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri
Labels:
Tip Kecantikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment