Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Wednesday 29 January 2014

Gong Xi Fa Cai..

Sedar x sedar dah nak habis bulan Januari..
waktu sekarang cepat sangat berlalu kan..
2 hari lagi akan bermulalah bulan Februari 2014..
apa2 pun saya nak wish pada rakan2 chinese Selamat  Menyambut Tahun Baru Cina..
Semoga tahun ni lebih banyak untung ma..


Tuesday 28 January 2014

Projek Menjahit Part 1

Aish lamanya x update blog ni..dah bersawang kot..bukan busy sangat pun cuma semangat nak menulis tu x de..x tau lah sbb ape ye..

oklah hari tu saya ade cite pasal azam tahun 2014 ialah belajar menjahit kan..ingat lagi x??Untuk mencapai azam tu saya dah pun dapatkan mesin jahit..taraa..



ni lah mesin jahit yang saya ambik dari rumah ma saya di Pahang..jimat duit kan..meja dan kerusi tu plak saya beli kat giant seri kembangan je..harganya boleh tahanlah murah gak..

Projek pertama untuk tahun ni adalah nak buat bantal dan blanket untuk anak2..kain dan kekabu dah beli cuma tunggu waktu yang sesuai untuk menjahit je lagi..maklumlah kan saya keje hanya waktu malam je yang sesuai untuk menjalankan projek ni..tu pun sesudah semua anak beradu..

Anak2 semua dah x sabar nak tunggu bantal n blanket dorang siap..untuk iffah dan aakif saya beli kain gambar banana dan untuk khayra kain gambar hello kitty..nantikan ye..dah siap saya akan upload..

Thursday 9 January 2014

Cotton DComel

Taraa nilah dia kain yang saya beli dari Cotton DComel ..cantik x??kain ni lah yang sy nk gunakan untuk belajar menjahit nti..mgu dpn nak ambk mesin jahit dr rumah mak saya..ayh saya x kasi beli sbb kat rumah dia dh bersepah mesin jahit x de org guna pun..alhamdulillah jimat duit..hehe rezeki Allah..

Sayang nak bukak riben cantik sangat..hehe

Free Gift

Ha pasal Cotton  DComel  service yang diberikan memang tiptop..tengoklah kain tu siap ikat ngan riben lagi..pastu dapat free gift beg utk isi handphone..memang terbaiklah..insyaallah kalau sy nk beli kain lagi sy akan beli dengan Cotton DComel..Kalau ade kwn2 yg nak try beli boleh search kat FB Cotton DComel..

Dah Melabur Dalam AHB..

Alhamdulillah saya dah pun melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera..anda bila lagi??

8 Januari 2014

12.15 pergi ke Pejabat Pos untuk pos BVSM yang dipesan oleh Fuziah Ningah..pastu g Maybank untuk melabur dalam AHB..ramai giler orang..siap2 kuar duit untuk melabur dalam AHB dan ASB..pas isi semua borang g lah kat kaunter nak ambik nombor giliran..

tapi jawapan yang diterima "Maaf ye pun nombor giliran untuk ASB dah habis untuk hari ni..kalau nak kena datang pagi2 esok.." ko ingat aku ni surirumah suka2 hati nak melepak kat maybank ni pagi2..(ngomel dalam hati)..

aduyai frust menonggeng..ramai betul orang nak berurusan dengan ASB..ade yang nak kuar duit..ade nak nak masuk duit..yang nak update buku pun ade..maklumlah baru umum dividen kan..erm dengan keciwanya hanya ambik nombor untuk berurusan dengan kaunter AHB je..

saya hanya melabur RM500 je..yang paling minima..nak try je dulu..nanti bila ada duit lebih baru tambah kemudian..duit untuk masuk ASB terpaksa di bank in balik..transfer je nanti dari akaun maybank ke ASB..habis citer..tau nak wat mcm ne caranya??next week sy share cara nak transfer dr akaun maybank ke ASB ye..kita habiskan cite ni dulu..

Siap berurusan dengan Maybank saya pun g lah pulak kat BSN..ingat nak beli Sijil Simpanan Premium (SSP)..manalah tau kan rezeki Allah nak bagi..sekali cabutan bertuah dapat hadiah utama..hehe berangan je lebih..

masuk je dalam BSN pak guard cakap "Maaf ye pun sistem tengah offline sekarang..x tau bila ok.."

aduyai lagi sekali keciwa..apelah malangnye nasib hari ni..last2 balik opis dah malas nak tunggu..habis citer..

Wednesday 8 January 2014

Amanah Saham Bumiputera (AHB)..

Ni cerita pagi tadi.. masa nak g keje saya terdengar iklan tentang AHB kat radio Hot FM..so hari ni saya nak share pasal AHB ni..sebenarnya dari tahun lepas (2013) lagi dah terfikir nak masuk AHB ni tapi duit x mengizinkan sbb ms tu cbuk nak beli rumah. so tahun ni rasanya mcm nak melabur dalam AHB ni..untuk pengetahuan rakan2 yang baru nak tahu tentang AHB ni, minimum pelaburan adalah RM500 dan maksimum RM200,000. so dlm akaun kena ade RM500 ye..x boleh keluar sampailah kita nak stop kan pelaburan (maknanya tutup akaun)..AHB bukan macam ASB boleh kuar duit bila2 kita nak..kena faham ye..

Kat bwh ni ade info ckit tentang AHB..fahamkan dulu sebelum anda membuat keputusan untuk melabur..

1. MENGENAI AHB

1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.

AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.

AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.

1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:


  • Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara

2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA
 2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?


Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.


Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.
2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:

  • Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  • Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
  • Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda
  • (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
  • Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus

(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala LumpurMalaysia)


2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.

2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.

2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)

2.6 Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.

2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).

2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.

2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.

2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.

2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.

2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.

2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.

2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.

2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
**Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan untuk mempercepatkan urusan..maklumlah kat maybank ramai orang.

Thursday 2 January 2014

Bermulanya Sesi Persekolahan 2014

2 Januari 2014

Cerita Kakak

Hari ini bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2014..mmg cbuk semua ibubapa hari ni..ramai juga yang mengambil kesempatan bercuti untuk menguruskan persekolahan anak2..tambah2 lagi yang mempunyai anak yang baru nak naik darjah 1 tahun ni macam saya..kakak dah mula bersekolah hari ni..tapi saya x bercuti pun..kakak ok je x de plak menangis..apa yang perhatikan kebanyakan yang menangis di hari pertama persekolahan adalah kanak2 lelaki..yang perempuan cool & steady je..

Mula2 saya mcm teragak2 jugak nak biarkan kakak bersendirian di sekolah tanpa ditunggu..risau macam mana gayanya dia nak rehat kul 10.30 nanti..pandai ke g kantin..pandai ke kira duit..tapi cekalkan hati & cuba percaya bahawa kakak pandai  bawak diri..alhamdulillah ok je dia rupanya..sebelah ptg plak saya g daftarkan kakak kat KAFA SKKP 8 (2)..Kakak dapat kelas 1 Hasanah...bayaran KAFA plak sebanyak RM138..yuran bulanan RM50.oklah kan asalkan anak pandai...

Cerita Kakdek

Hari ini juga bermulanya sesi persekolahan untuk Tadika Perpaduan..ramai juga ibubapa yang bercuti untuk temankan anak2..seperti yang cerita di atas saya tak bercuti pun..just hantar kakdek ke sekolah n g kerja seperti biasa..Kakdek pun alhamdulillah x menangis pun..suka je ke sekolah..pastu kul 12 ambik kakdek untuk transit kat R13..pun kakdek x menangis gak..

Alhamdulillah anak2 mamy semuanya baik2 belaka..

Kakdek pakai uniform Tadika Perpaduan..
Mcm comel je..mcm comel je..hehe

Cara Mendidik Anak2..

Tugas sebagai ibubapa sekarang semakin mencabar..X sama macam mana ibubapa kita dulu2 mendidik anak2..Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Ibubapa perlu menunjukkan contoh dan perlakuan yang kepada anak2. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.


1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan. 

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus. 
6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran. 7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku. Ini lah yang pyh nak dibendung.Anak2 suka sangat menggigit kuku.
8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan. 
9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi. 
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap. 
11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan. 
12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur. 
13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari. 
14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin. 
15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap). 
16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain. 
17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang. 
18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya. 
19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan. 
20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain. 
21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka. 
22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi. 
HOT NEWS