Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Showing posts with label Cuti2... Show all posts
Showing posts with label Cuti2... Show all posts

Monday, 23 March 2015

Ikut Papa Oustation

Assalamualaikum..

Wah letihnya nak bersihkan blog ni..almaklumlan dah lama x bukak dah penuh sawang.hehe..
Itu lah manusia kan..ade mcm2 perasaan..salah satu nye ialah malas..sbb perasaan tu lah sawang penuh kat blog ni..last log in pon september 2014..hehe teruknye..oklah..sy nak share ckit percutian sy ke Terengganu pda musim cuti sek bulan 3 baru-baru ni..Sebenarnya g ke Terenganu tu bkn semata-mata nak bercuti..tp dah my hubby outstation so sy n anak2 pon join le..smbl menyelam minum air kan..papa g keje.manakala sy plak lyn anak2 mandi kolam..kami bertolak ke K. Terengganu 14/3/2015.

Kami menginap di Grand Continental K. Terengganu..oklah bilik mmg memuaskan..padan dengan harga.Sy ambik bilik Duluxe Triple dgn harga RM206 + breakfast..ade 1 katil king size n 1 katil single..bilik mmg sgt3 selesa siap bathtub lg..tp x sempat pon nak mandi..cbuk mandi kolam je..cuma makanan je x berapa sedap..rsnya sedap sy masak lg..tp sbb dh sekali pakej trpaksa lah mkn..krg kebulur plak..dah lah my hubby pagi2 lagi dh g keje..

Bab jln2 plak mmg x berapa nak sempat..my hubby balik pon kul 5 ptg..sempat lah g pasar payang, masjid kristal n pantai batu buruk..tu pon sekejap je..

17/3/2015 dah bertolak ke Kerteh plak..my hubby ade keje kt IKBN Kemasik..malam tu sbnrnya sy dh tempah hotel di Kerteh Inn..tp disebabkan kwn my hubby pelawa tdo di Hotel IKBN Kemasik kami pon setuju je lah..free lah katakan..Ya Allah menyesal x sudah rsnya..Ni nak cite sikit pengalaman yang menakukan..

Kami check in kat Hotel IKBN Kemasik kul 3 pm..ms check in tu oklah mmg rmai pelajar2 kat ctu..bilik pon ok..mmg mcm hotel betul..kami pon terus setuju..ptg tu kami pergi mandi mandi di Teluk Kalong plak..saje bagi anak merasa mandi laut..kemain seronok dorong..lepas siap mkn mlm kami pon balik ke Hotel IKBN tu..smpai je kt ctu suasana sunyi sepi maklumlan budak2 dah balik kan.hati sy rs mcm x sedap tp sy buat dek je memandangkan anak2 pon dah penat n dah mls nak cari hotel lain. Mlm tu mcm2 bunyi kat Hotel tu..sy n my hubby mmg x boleh tdo sepanjang malam..sy siap pasang suruh yasin dr malam sampai pg..tv pon pasang smpai pagi..sbb takut punya pasal..ish nasib baik dia main bunyi2 je..buatnye dia kuar mau lari lintang pukang...

Keesokkan paginya cpt2 kami check out..ish x sanggup rsnya nak tdo kat ctu lagi..pas sarapan pagi kami check in plak kat Top 7 Hotel..nasib baik x penuh so dptlah check in kul 11 pagi..dah siap2 simpan barang kat  bilik bertolak plak ke Zoo Kemaman..saje bwk anak2 tengok haiwan..bestnye kat zoo ni ade taman tema air tau..tp kami x mandi pon..just tengok2 haiwan je..19/3/2015 bertolak balik ke Putrajaya..Jom tengok gambar2 yang sy smpt snap..tp x banyak pon..ckit2 je..


berselfie di masjid kristal


beremdan di pool Grand Continental



ni gambar pantai buruk..sempatlah naik kereta kuda RM3 (kanak2) RM5 (dewasa)


mandi pantai di Teluk Kalong..budak ni takut bila ombak datang

Sunday, 30 March 2014

Bercuti Ke Negeri Perak - 26 Mac 2014 hingga 29 Mac 2014..

26 Mac 2014 - Lumut

Kami sekeluarga bertolak dari Putrajaya pukul 6.30 petang sbb pagi tu saya n my hubby masih bekerja..Dari Putrajaya kami terus melalui highway ke Ipoh. Kami berhenti makan malam di R&R Rawang. 7.30 malam kami meneruskan perjalanan dan keluar melalui exit Bidor untuk ke Lumut..Perjalanan amat mencabar sekali kerana kami terpaksa melalui jalan kampung yang gelap dan sunyi..Perjalanan dari Bidor ke Lumut mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Kami sampai pukul 11.30 malam dan tidur di rumah abang ipar saya di Taman Bukit Permata, Lumut..

27 Mac 2014 - Pulau Pangkor

Tepat pukul 11 pagi selepas bersarapan  kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor..Sesampainya di Jeti kami dipelawa oleh seorang wanita bernama Kak Ani yang menyediakan servis penginapan di Pulau Pangkor..Setelah berbincang dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan kami bersetuju menginap di hotel Suria Beach Resort dengan harga RM150 semalam untuk bilik family..Selepas itu, kami dipelawa pula oleh En Anuar untuk mengambil kereta sewa selama berada di Pangkor dengan harga RM80..Kalau difikirkan balik memang rasa rugi plak mengambil kereta sewa sbb tempat membeli belah, makan dan pantai memang berdekatan dengan hotel. Tiket feri  ke Pulau Pangkor untuk dewasa RM10 pergi dan balik manakala kanak2 pula RM5 pergi dan balik untuk kanak2 5 tahun ke atas.

Sesampainya di sana kami terus bilik hotel untuk menyimpan barang2 yang dibawa. Selepas itu, kami pergi makan tengahari di kedai yang berhadapan dengan pantai di Teluk Nipah. Makanan di kedai tu sedap dan murah. Makanan tengahari hanya berharga RM48.50.

Tepat 3.30 kami menyewa bot ke bersnorkeling. Harga sewa bot pula RM70 pergi n balik. Memang laju giler lah bot tu. Terinagt pulak video kapal yang melalui Lautan Hindi untuk mencari MH370..Sungguh menyeramkan..Menjeri2 kami anak beranak..Pemandu bot menerangkan nama2 pulau kat ctu..tapi sy dah lupa lah..Memang kat pulau untuk bersnorkeling tu air lautnya sangat jernih. Ikan2 memang banyak sangat..My hubby je yang bersnorkelingnye manakala saya melayan anak2 bermain pasir..mmg seronok sungguh berada kat pulau tu..

menunggu bot untuk bersnorkeling

air laut yang jernih

Kul 6.00 petang pemandu bot datang untuk membawa kami pulang ke Teluk Nipah. Sebelah malam plak kami menjamu selera nasi putih, ikan pari bakar, ketam masak merah, sayur campur, tomyam campur dan telur dadar..Harganya memang2 sangat murah.. Jangan terkejut tau harganya hanya RM80 je..memang murah giler..makanan pun sedap..

28 Mac 2014

Setelah sarapan pagi, kami pergi pusing2 di Pulau Pangkor..tengok2 kampung nelayan dan pergi ke kilang membuat hasil laut..ambik serba sedikit makanan hasil laut RM110..pastu kami pergi membeli baju untuk kenang-kenangan di Pekan Pangkor..Perbelanjaan kat ctu RM200..kul 12.00 tengahari kami menaiki Feri ke Jeti Lumut...

bergambar di luar feri

29 Mac 2014 - Taiping (Mee Udang MakJah, Zoo Taiping dan Taman Tasik)

10.00 pagi - Setelah bersarapan kami meneruskan plak perjalanan ke bandar Taiping..Kami sampai di Kedai Mee Udang MakJah pukul 12.30 tengahari. Memang saya planning nak merasa mee udang kalau ke bandar Taiping..banyak orang bercerita yang mee udang ni sangat sedap..Erm bagi saya biasa2 je..cuma udangnya mmg banyak giler..banyak udang dari mee..rasanya ada 7 ekor udang dalam setiap mangkuk..kami pesan 4 mangkuk mee udang n 1 nasi goreng udang..

Rupa mee udang MakJah

Harga mee udang

Cuma 1 je yang saya x puas hati dengan kedai Mee Udang Mak Jah ni..toilet yang disediakan kotor dan x ade air..mmg bagi saya x selesa langsung..sy ni plak jenis yang memilih tandas ckit..erm apa kata MakJah cuba bagi servis toilet yang bagus ckit ye di masa hadapan..mcm MakJah dengar je kan..

1.30 petang - Kami meneruskan perjalanan ke Zoo Taiping..Masa sampai kat Zoo Taiping tu cuaca dah gelap seperti nak hujan..tapi kami teruskan juga seperti rancangan asal..Harga tiket RM15 untuk dewasa manakala kanak2 di bawah 10 tahun free jee..Apa yang sy lihat x berapa banyak haiwan yang ada di Zoo Taiping ni..haiwan yang ada pun tidur je mungkin dorang kerja shift malam kot..hehe..

Papan tanda hadapan Zoo Taiping

Bergambar bersama orang hutan

Tengah syok2 tengok haiwan dalam zoo tu, hujan turun dengan lebatnya..apa nak di kata lagi, basah kuyup lah kami semua..walaupun bawak payung tapi hujan berserta angin menyebabkan kami tetap basah juga..nasib baik masa tu dah nak habis zoo ni kami pusing..dah x pasai2 mandi hujan bersama badak sumbu..
Menunggu hujan berhenti di sebelah kandang badak sumbu

Dah kuar dari zoo, hujan pun berhenti..kami meneruskan plak perjalanan ke Taman Tasik..Orang kata cantik sangat..tu yang excited nak g..tapi bila dah sampai tu, rasa macam biasa je..x lah cantik sangat pun..Kami menaiki bot untuk pusing2 di sekitar Taman Tasik dengan harga RM20 satu bot..

 Posing ckit sebelum naik bot


6.00 petang - Bertolak balik ke Putrajaya melalui highway dari Kemunting..Singgah sebentar di R&R sungai Perak untuk mandi dan makan malam..9.00 malam kami bertolak dari R&R Sungai Perak dan sampai ke Putrajaya pukul 12.00 malam..



Tuesday, 17 December 2013

Bestnye Bercuti Di Kuantan

13/12/2013
Bertolak dari Putrajaya ke Kuantan tepat kul 6.30 pm..Sampai di Taman Balok Perdana lebih kurang pukul 10.15 pm..

14/12/2013
Makan angin di ECM, Kuantan..Window shopping je.x mood pun nak bershopping.Sebelah petang pulak bawak anak pergi jalan-jalan di Zoo Teruntum dan Teluk Cempedak. Excited betul dorang main ombak maklumlah kat Putrajaya ni tak de pantai kan.

16/12/2013
Tepat jam 8.30 pagi kami bertolak dari rumah kakak ipar saya di Taman Balok Perdana. Kami singgah breakfast kat Restoran Zaman. Besar giler kedai ni n ramai betul orang..ingat sedap sangatlah..saya makan nasi lemak daun pisang..tapi rasanya puuhh mmg x sedap langsung..x tau orang ramai2 tu makan ape.

Dalam kul 10.30 am kami sampai di Bukit Gambang. Harga tiket dewasa RM25.90 manakala kanak2 RM18.90. Kanak2 ketinggian di bawah 90cm free. Disebabkan kami berempat dapatlah harga family package..RM85.00 untuk 4 orang..Bukit Gambang ni open setiap hari masa school holiday..kalau x school holiday, setiap hari selasa akan tutup untuk kerja2 penyelenggaran..

Walaupun kami pergi hari isnin tapi orang mmg ramai gak maklumlah cuti sekolah kan..mmg permainan kat dalam tu banyak betul..seronok gilerlah..kami keluar kul 6.00 pm. Bukit Gambang ni tutup kul 6.30 pm..Dasyat kan..memang seharian kami kat cna..memang seronok..

Anak-anak saya siap cakap nak datang lagi bila cuti sekolah nanti..ok pada ibubapa yang x tahu nak g mana cuti sekolah ni bolehlah bawak anak2 ke Bukit Gambang Resort ni..memang puas hati..masih sempat lagi ni sebelum persekolah 2014 bermula..bye..








Gambar semasa di Bukit Gambang


Monday, 2 December 2013

Beriadah @ Taman Botani Putrajaya

Hujung minggu pasti menyeronokkan..masa ni lah kita rebut peluang untuk meluangkan masa bersama anak2..sama ada bawa mereka pulang ke kampung @ membawa mereka bersiar2..

Hujung minggu baru2 ni sy membawa anak2 saya beriadah ke Taman Botani, Putrajaya.walaupun dah nak masuk 2 tahun sy di Putrajaya inilah first time saya ke Taman Botani..seriusly sy mmg x tahu pun Taman Botani ni kat area mana??teruk kan??tahu ni pun sbb member sy cerita kat cni boleh main basikal..

So sy n family pun teruja lah nak berbasikal kat Taman Botani ni..basikal kakak n kakdik kami bawa dari rumah..manakala basikal sy n husband kami ingat nak sewa je kat ctu..kul 5.00 ptg kami pun bertolak lah ke Taman Botani ni..sampai je kat cna sy pun tanya kat pakcik guard tempat nak sewa basikal..dukacita dimaklumkan bahawa tempat penyewaan basikal tutup kul 5.00 ptg..kecewa dan sedih rasa hati..haha padan muka datang lambat lagi..lain kali search kat google dulu..

Dah tu nak wat mcm ne...sy, husband n aakif jalan kaki jelah jawabnya...hanya kakak n kakdik je naik basikal..tapi kami pusing dekat2 je..sampai Putajaya seafood kami patah balik sbb kaki sy dah sakit..

on the way nak balik kami ambik gambar kat Morocco Pavilion Putrajaya..memang cantik giler rasa macam berada kat Morocco..hik2 perasan je lebih..

Sape2 yang x pernah pergi lagi sila silalah berkunjung ke sana..pasti menyeronokkan..


HOT NEWS