Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday 29 April 2013

Tangan Membengkak Selepas Kimo

Barah merupakan penyakit no 1 di dunia. Terdapat pelbagai jenis barah, tetapi yang paling famous sekali Barah Payudara dan Barah Pangkal Rahim. Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk merawat barah. Antaranya chemotherapy, terapi radiasi, pembedahan dan sebagainya. Jenis-jenis rawatan ini juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. 

So kat sini saya nak kongsikan pengalaman seorang pesakit kanser payudara. Tangannya membengkak selepas menerima rawatan chemotherapy. Tetapi pesakit ni cuba mencari alternatif lain untuk mengubati penyakit breast cancer dia dengan menggunakan Bio Velocity Sleep Mate. Alhamdulillah tangannya kembali pulih seperti biasa. Bagi puan-puan di luar sana yang menghidapi penyakit kanser bolehlah mencuba Bio Velocity Sleep Mate ni. Duit boleh dicari tetapi kesihatan hanya boleh dimiliki sebelum mati. 
Renung-renungkan...
Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk ni bolehlah hubungi saya 017-9776104.

Tip Merahkan Bibir


Nak bibir sweet macam gambar kat atas ni??
First katakan No!No!No! pada rokok.
Pastu buat macam cara ni ek.
Bersihkan bibir sebelum tidur. 
Pastu sapukan mentega, madu atau minyak zaitun.
Urutkan perlahan-lahan.
Skrub bibir 2 atau 3 kali seminggu dengan skrub yang sesuai (cari kt farmasi) bagi menanggalkan sel mati pada bibir.


Tip Menjaga Lutut

Pernahkan lutut anda sakit??Saya pasti jawapannya ye..Tanpa kita sedari kaki terutamanya lutut adalah bahagian yang sering didera tanpa kita sedari. Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa memberi peluang untuk ia berehat.

Kita sering terlupa sebenarnya kaki dan lutut juga perlukan penjagaan. Malangnya setelah berasa sakit barulah kita mula membeikan perhatian yang kadang-kadang sudah terlewat akibat keadaan kaki yang sudah teruk.

Antara penyebab masalah pada lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan atau kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan pada lutut. Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita, sakit lutut biasanya menyerang ketika usia 40-an.Tetapi ada juga yang mengalaminya lebih awal.

Sakit lutut lebih banyak meyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih besar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam masa jangka panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. Membongkok dan mencangkung biasanya memberi tekanan berlebihan pada bahagian lutut.



Tip Untuk Menghindarkan Sakit Lutut
* Elakkan berdiri tegak sepanjang masa. Bengkokkan lutut secara berselang seli antara kedua-dua kaki supaya bebanan berat dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki.
* Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk.
* Sekiranya lutut anda sakit , letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur telentang.
* Jangan mencangkung atau bertinggung semasa melakukan kerja
* Elakkan berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
* Hentikan sebarang senaman sekiranya lutut sakit.
* Tuam dengan air batu atau air panas untuk kurangkan kesakitan.

Senaman Lutut
* Tepuk atau urut bahagian luar lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian dalam lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian belakang lutut (2 minit)
* Tepuk atau urut bahagian tempurung lutut (2 minit)
* Berlutut untuk jalan menggunakan lutut (2 minit)

*Mesti dipraktikkan setiap hari. lakukan sebelum bersenam.

Sunday 28 April 2013

Tip Hilangkan Kedutan Di Bawah Mata

Bila usia sudah meningkat kolegen dalam badan sudah hilang. Pasti kita akan risau apabila ternampak kedutan @ garis-garis halus mula timbul di seluruh tubuh kita especially di muka.Now saya nak kongsikan tip untuk hilangkan kedutan di bawah mata.

Bahan-bahan:-
1 biji Lobak Merah
1 sudu tepung jagung
1 biji telur kuning

Cara-cara:-
Parut halus lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian campurkan 1 sudu tepung jagung dan 1 biji telur kuning. Gaul sebati (macam resepi nak masak plak kan). Selepas itu sapukan adunan tadi ke muka dan leher. Biarkan kering. Bila dah kering bilas dengan air suam dan lapkan bersih. Amalkan selalu agar berkesan. 

Nak cara yang lebih mudah??Minum je BB Plus Collagen.Insyaallah bukan setakat kedutan di bawah mata, semua kedutan di seluruh badan boleh hilang. Kulit akan jadi gebu, licin, mulus dan semuanya yang berkaitan dengan kecantikan. Bukan sehaja kecantikan kesakitan sendi pun boleh pulih dengan BB Plus Collagen. X percaya??Cubalah sendiri.

Jom sms saya sekarang 017-9776104.

Petua Putihkan Muka

Hari ni saya nak berkongsi tip untuk putihkan muka..Nak jadi putih melepak tu tak lah kot tapi bolehlah membantu untuk cerahkan sikit kulit muka. Jom baca entry ni.Nanti free2 bolehlah try kan..

Ambil sebatang timun batang dan diparut isi dalamnya. Kemudian campurkan bersama 1/2 biji air perahan limau nipis berserta dengan sedikit bedak sejuk. Gaulkan hingga sebati dan pakai pada muka tiap-tiap malam macam pakai masker. Biarkan kering dulu. Lepas dah kering bolehlah dibasuh muka dengan air sehingga bersih. Insyaallah muka akan jadi lebih cerah, bersih dan segar.


Ni lah contoh cara nak buat

Alergi Kulit

Kisahnya bermula begini..mcm suspen je cerita ni kan..

Pada 25 April 2013 yang lalu, ketika mengambil aakif dari taska saya terkejut sebab badan anak saya naik ruam-ruam merah. Cikgu aakif pun nampak macam takut je disebabkan badan aakif jadi macam tu. Bila saya tanya cikgu kenapa dengan aakif ni??cikgu cakap tak tahu. Lepas mandi je terus naik merah-merah.

Saya pun terus ambik aakif bawak balik. Sampai je rumah bukak baju terkejut lah tengok badannya merah menyala. Terfikir sendiri kenapa pulak dengan aakif ni..salah makan atau alergik air masa mandi.

Saya pun terus mandi dan sabunkan badan aakif dengan sabun marine essence. Husband ajak g klinik maria tapi saya cakap tak pe mandikan dulu n tengok lepas maghrib ni. Kalau x berkesan apa-apa baru bawak g klinik.

Ajaibnya pas maghrib tu dah hilang. Ni semua gara-gara menggunakan sabun marine essence dan dengan izin Allah. Alhamdulillah syukur sangat. Memang sabun ni sesuai sangat dengan anak saya.



                                                  Ni lah keadaan badan aakif masa alergik tu


                                                               Taraa sekarang dah ok..

Friday 26 April 2013

Inginkan Wajah Berseri??





Wajah yang berseri-seri adalah dambaan setiap wanita. Betul tax cakap saya??Kat sini saya nak kongsikan sikit cara-cara untuk dapatkan wajah berseri-seri. Jom kita amalkan sama-sama.

Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajahmu. Kamu boleh menyegarkan matamu dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.

Skrub Wajah
Skrub wajahmu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.

Masker Wajah
Apa kata kamu cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan wajahmu di pagi hari. Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah kamu akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya.

Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood kamu. Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan kamu gembira, bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.

Kuasa Mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri

Wednesday 24 April 2013

Bergaya di atas BVSM

Senyum dek senyum!!!

Ha ini lah dia gaya si Aakif  bergaya di atas alas tilam Bio Velocity Sleep Mate..Comel x?? Anak saya ni lelaki tau. Jangan salah sangka plak. Saya saje je pakaikan dia tudung. Sebenarnya gambar ni diambil lepas balik dari keje. Disebabkan hari hujan dan saya pulak x bawak payung terpaksalah ambik tudung kakak dan pakaikan pada Aakif supaya kepala dia x kena hujan. 
Alih2 tengok cam comel je pakai tudung macam muka perempuan so saya snaplah gambar dia sekeping..

Tuesday 23 April 2013

Rawatan Sonotron

Al kisahnya pada hari sabtu yang lalu saya membawa Aakif untuk menjalani rawatan sonotron di An Nur, Bangi. Menurut kawan husband saya, rawatan ini bagus untuk baby yang batuk dan tak pandai membuang kahak.

Disebabkan si Aakif ni dah 3 minggu batuk, saya pun trylah bawak dia menjalani rawatan sonotron ni. Cas untuk rawatan ni RM45 untuk 15 minit je.."Mak oi mahalnya" terdetik dalam hati.  Tapi tak apelah try je dulu mana tahu baik sebab ramai yang dah cuba berkesan kan.

ni lah reaksi muka Aakif masa sesi rawatan..senyum je..

Cara rawatan ni tembak je laser kt dada dan belakang badan..

Tapi setakat ni saya tak nampak pun ape2 perubahan pada batuk si Aakif ni. Macam biasa je..Mungkin kena buat rawatan susulan kot baru boleh nampak kesannya..
Nantilah Aakif kalau ade masa kita pergi lagi ok..

Sunday 21 April 2013

Bio Velocity Memulihkan Keseimbangan Badan


Cara-cara menguji keseimbangan badan
1) Angkat tangan dan kaki
2) Seseorang akan menolak tangan anda ke bawah sambil anda melawan untuk naik ke atas.
Apa yang terjadi?? Mesti kita akan terjatuh kerana tiada keseimbangan badan.

Tetapi BVSM mampu memberi keseimbangan badan pada anda. Apa yang perlu dibuat ialah buat cara yang sama seperti di atas dan pandang BVSM selama 10 saat. 
Apa yang terjadi??Badan akan kembali normal, keseimbangan badan dipulihkan dan anda mampu bertahan walaupun anda ditolak dengan kuat.



Nak Cuba??Hubungi saya sekarang:-
017-9776104 (ayu)

Garam Laut Dan Cahaya Dhuha Dalam Bio Velocity




* Merupakan pelapik tilam di Malaysia dan di dunia yang disuntik dan disembur dengan garam laut dalam.
* Didedahkan kepada cahaya matahari selama sebulan pada waktu Dhuha kerana pada waktu itu sahaja  cahaya baik untuk kesihatan dan keberkatan hidup.

Mengapa menggunakan garam laut??
Rawatan garam sudah lama diamalkan di Bloc Sofiet dan Eropah Timur serta negara China.
Garam juga adalah sumber yang memainkan peranan penting dalam perubatan islam. Ia boleh memulihkan serangan makhluk halus dan menjadi penawar kepada kesan radiasi serta racun di dalam badan.
Garam laut ini diadun menggunakan teknologi cahaya tulen yang berasaskan sumber matahari. Menggunakan kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia. Ia bergetar dan bertindak dengan molekul air di dalam badan yang melepaskan ikatan air dan terbebasnya tenaga dalam bentuk haba yang menghasilkan oksigen. Apabila haba dibebaskan ia akan melarutkan kolestrol yang tersumbat pada saluran darah serta darah beku di bahagian arteri jantung dan otak. Ini membolehkan darah berjalan dan mengalir dengan lancar.

Testimoni menunjukkan kesan positif terhadap penyakit2 :-
1) Strok
2) Senggugut
3) Isomnia
4) Gangguan makhluk halus
5) Darah Tinggi
6) Tekanan perasaan/Stress
7) Magrain
8) Sakit jiwa
9) Kencing manis

Banyak yang dah mengalami kesan positif..Anda bila lagi.
Berminat boleh hubungi saya :- 017-9776104 (ayu)

**Diingatkan bahawa kita hanya berusaha, yang menyembuhkan hanya Allah SWT**

Thursday 18 April 2013

Peluang Menjana Income Tambahan

Hari raya bakal menjelma???
Ingin mencari duit tambahan untuk membeli keperluan 
Hari Raya??
Saya ade caranya..

Jadilah ejen produk saya ini. Anda boleh mendapatkannya dengan harga pengedar..
Nak tahu caranya hubungilah saya..penerangan percuma sahaja..

"SHARING IS CARING"..


Call / sms ayu : 017-9776104
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com

Monday 15 April 2013

My Birthday

Tanggal 13 April 2013 yang lalu genaplah umur saya 30 tahun..Tua dah rupanya. Alhamdulillah pada usia 30 tahun saya memiliki semuanya. Ada kerjaya yang boleh dibanggakan dan keluarga yang bahagia di samping suami dan anak-anak. Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah.

Terima kasih pada my hubby kerana bersabar dengan perangai ayg selama ini. And time kasih banyak2 sebab bagi hadiah ni. I like it..:) Terima kasih juga pada kawan-kawan yang wish birthday saya..Tahun depan wish lagi ek..hahaha..




Birthday Kakdek

Tanggal 12 April 2013 birthday anak kedua saya iaitu Iffah Insyirah. Maaflah kepada kawan-kawan kerana tahun ni saya x membuat makan-makan di rumah. Rasa macam tak sempatlah nak masak bila dah ada baby. Lagipun si kakdek ni nak menyambut hari lahir dia di sekolah (Taska KBS). Terima kasih kepada cikgu zira dan cikgu manja kerana membenarkan saya bawak kek ke sekolah pada hari tu.

Happy Birthday Kakdek

TQ Auntie Raifana sudi buat kek ni..Nice..

Taska KBS

Gambar Anak Dato Lee Chong Wei

Ini pulak saya nak kongsikan gambar anak Dato Lee Chong Wei. Saya teruja sangat nak kongsikan sebab 4 tahun yang iaitu 12 April 2009 saya pun melahirkan anak saya yang kedua iaitu Iffah Insyirah.



Tahniah diucapkan. Semoga Kingston Lee pun akan menjadi pemain badminton negara.

Fasha Sanda Dapat Baby Boy

Alhamdulillah Fasha Sanda sudah pun selamat melahirkan baby boy 15 April 2013 jam 9.21 pagi. Saya plak yang teruja..Mana taknya Fasha Sanda tu artis kegemaran saya. Comel je dia masa pregnant..Berseri-seri muka. Mesti muka anak dia comel macam dia..

Ni gambar Fasha Sanda yang comel


Ni pulak Anak Fasha Sanda yang comel

Makanan Pertama Aakif

22 Mac 2013 genaplah Aakif berusia 6 bulan. Time to eat now..Memang teruja sangat nak bagi Aakif makan. So, bermulalah episod membeli nestum. Nestum pertama yang saya cuba ialah Nestum Beras Merah. Malangnya Aakif macam tak berminat nak makan nestum tu. Saya try plak beli Nestum Beras & Buahan-Buahan. Alhamdulillah Aakif suka nestum tu tapi bila dia makan je tepi2 mulut dia jadi merah2 macam kena taik ulat dan tangan aakif naik ruam-ruam merah..Aduhai tak boleh makan pulak. Sampai demam2 Aakif sebab tak tahan dengan alahan. Saya pun bawaklah Aakif berjumpa dengan doktor Nazim (Doktor Pakar Az-Zahrah) dan doktor cakap mungkin Aakif alah pada perisa atau susu lembu..Doktor sarankan saya beli beras kosong..Akhirnya saya try beli Heinz First Food + Puri Epal dan Mangga (bagi rasa manis sikit). Alhamdulillah Aakif suka dan tak terjadi sebarang alahan. So sampai sekaranglah Aakif makan makanan tu.


                               
                                      Bekas makanan Aakif                   Nestum pertama Aakif

                               
                      Finally ini lah makanan aakif sekarang Beras kosong + Puri Epal & Mangga

Inilah yang terjadi akibat makan Nestum Beras + Buah-buahan. Alhamdulillah alahan ni hilang selepas 2 hari saya gunakan Sabun Marine Essence. Insyaallah saya nak try plak buat puri Epal sendiri. Nantikan ye..

Sunday 14 April 2013

Berpantang Dengan Tanamera

Assalamualaikum..

Alhamdullillah sudah 6 bulan berlalu tarikh keramat 22 September 2012. Nak tahu tarikh apa?? Itulah tarikh saya melahirkan Muhammad Aakif Amsyar bin Mohd Zaiam Syah di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Tapi rasa macam baru semalam semuanya terjadi. Cepatnya masa berlalu. Sehingga sekarang masih ramai kawan2 yang bertanya produk apa yang saya pakai semasa berpantang anak ketiga saya, so hari ni saya nak bercerita pasal set bersalin Tanamera. Anda pernah dengar x set bersalin Tanamera?? Bagi sape2 yang x pernah dengar di sini saya sertakan sekali rupa paras set bersalin tanamera untuk tatapan semua.

Ini lah dia rupa parasnya..

Seperti yang anda dapat lihat di atas harganya hanya RM360 sahaja. Tapi jangan salah sangka plak saya x menjual set bersalin ini. Kalau nak anda boleh klik link ni (set Tanamera). Saya pun beli kat sini set bersalin Tanamera tu.

Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah keistimewaan produk ni. Memang saya bersyukur sangat dipertemukan dengan produk ini. Kalau anda semua nak tahu saya tidak mengalami luka episotomi (luka bersalin secara normal) semasa melahirkan anak ketiga saya. Sungguh, sehingga sekarang saya masih x mempercayainya. Bayangkan anak ketiga saya lahir seberat 3.3kg tapi saya x mengalami sebarang luka. Ajaibkan??Nak tahu rahsianya??Saya menggunakan minyak kelapa dara dari set Tanamera ni. Itupun saya guna semasa kandungan saya sudah mencecah 36 minggu. Saya hanya meminum 1 sudu besar minyak ni setiap malam dan urut minyak ni pada faraj setiap hari selepas mandi pagi dan malam. Sungguh mudah tapi hasilnya menakjubkan.

Ini lah rupa minyak tu.

Buat pengetahuan anda semua hanya minyak ni je guna sebelum bersalin dan yang lain semua guna selepas bersalin. Tapi jangan lah berharap sangat yang anda tidak akan mengalami luka episotomi selepas guna minyak ini. Ini semua adalah kuasa Allah SWT. Yang penting sekali kena lah berusaha di samping berdoa pada Allah SWT. 

Nak tahu apa lagi sebab saya guna produk ni?? Sebenarnya saya ni penakut makan ubat. Semasa bersalin anak pertama dan kedua saya x makan sebarang ubat pun sebab x lalu nak makan. Akibatnya badan jadi sakit sana sini. Masa mengandung anak ketiga, saya trylah search2 kat google n terjumpa produk ni saya pun jadi teruja lah. Sebab produk ni semuanya digunakan untuk luaran sahaja kecuali Herbal Tea. Mula2 tu ragu2 jugak dan terfikir "boleh ke badan jadi sihat kalau hanya guna luaran sahaja". Ni kata hati saya lah..Tapi bila difikir2 kan balik saya tawakal jelah. So bermula lah episod membeli set bersalin Tanamera. 

Alhamdulillah seminggu selepas bersalin saya badan saya dah jadi sihat walafiat. Padahal saya baru gunakan produk ni 2 hari sebab produk ni hanya digunakan 5 hari selepas bersalin . Mak sedara yang datang melawat pun cakap x seperti orang dalam pantang. Dan yang penting badan saya still macam sebelum bersalin. 

Bagi kawan-kawan di luar sana yang tengah pregnant dan masih tercari2 produk yang sesuai trylah cuba set bersalin Tanamera ni. Anda pasti tak menyesal.. Insyaallah kalau diizinkan Allah untuk mengandung lagi pasti saya akan gunakan set bersalin ini lagi..Sekian..Selamat mencuba..

Friday 12 April 2013

Semak Daftar Pengundi

Sudahkan anda semak pusat mengundi anda??Tidak tahu cara untuk menyemak??Senang je caranya..Buat sahabat-sahabat di luar sana yang masih belum menyemak pusat mengundi dan tidak tahu bagaimana untuk menyemak di sini saya sertakan caranya.


klik url ni :- http://pru13.gov.my/default.semakan.php (semak secara online)

                                   "SELAMAT MENGUNDI!!!!!"                                 



PRU 13

Alhamdulillah tarikh mengundi sudah pun ditetapkan. Tak sabar ni nak balik kampung untuk membuang undi. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".Sambil-sambil kita balik kampung untuk mengundi bolehlah baliklah balik kampung jumpa ibu bapa. Apa lagi marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Tarikh-tarikh penting bagi PRU 13 adalah seperti berikut :-

Tarikh Keluar Writ = 11 April 2013 (Khamis)
Tarikh Notis Plihanraya = 12 April 2013 (Jumaat)
Tarikh Penamaan Calon = 20 April 2013 (Sabtu)
Tarikh Pengundian Awal = 30 April 2013 (Selasa)
Tarikh Mengundi = 05 Mei 2013 (Ahad)

Untuk keterangan lebih lanjut bolehkan ke link ini :-

" SELAMAT MENGUNDI!!!!!!"

Monday 8 April 2013

Darah Tinggi



Darah tinggi merupakan keadaan di mana terjadi peningkatan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan konsisten di atas 140/90 mmHg. Tahuka anda peningkatan tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan strok dan kematian. Oleh itu, marilah bersama-sama kita amalkan gaya hidup sihat supaya kita terhindar dari menghidapi penyakit tekanan darah tinggi ini.

Cara Mencegah Darah Tinggi
1) mengawal berat badan supaya tidak berlebihan (obesiti)
2) mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara mengurangkan dan menghilangkan kebiasaan merokok, minum minuman yang mengandungi alkohol dan kafein.
3) mengawal stress dengan tepat. Stress dapat menyebabkab peningakatan tekanan darah.
4) mengamalkan makanan sihat rendah lemak dan kaya sumber vitamin serta mineral seperti buah dan sayur.
5) mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu minimum 8 jam sehari.

Di sini saya nak kongsikan testimoni seorang akak ni yang menghidapi tekanan darah tinggi dan migrain yang serius sejak 15 tahun yang lalu dan kini beliau telah pulih setelah menggunakan produk Bio Velocity SleepMate. Sampai bila kita nak berharapkan ubat dari hospital sahaja. Marilah kita sama-sama berusaha menghindarinya. Insyaallah mudah-mudahan kita terselamat dari terkena penyakit ini. 

Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibubapa hadiahkan kepada mereka tanda kita menghargai dan menyayangi kita selama ini. Apa salahnya kita berbelanja sedikit untuk kesihatan ibubapa kita jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka membesarkan kita selama ini. Renung-renungkan..


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini bolehlah hubungi saya :-

Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com


Senggugut...

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak bercerita pasal senggugut..Anda pernah mengalaminya???Sesiapa yang pernah mengalaminya mesti tau betapa sakitnya senggugut..

Apa itu senggugut??
Senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Senggugut di bahagikan kepada 2 jenis.

Senggugut yang pertama dialami dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh di mana pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2 hingga 3 tahun kemudian. Rasa sakit semasa haid ini adalah disebabkan oleh kucupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah yang bercampur sedikit tisu daripada selaput edrometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin sakitnya ringan sementara yang lain akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza. Ada yang mengalaminya sehari dan ada juga yang mengalaminya berhari-hari.

Senggugut jenis kedua ialah 'congestive dysmenorrhea' yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam peranakan. Di antara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti 'endometriosis', 'adenomyosis', 'fibroids' dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan.

Secara ikhlasnya saya juga mengalami senggugut dari remaja sehingga sekarang. Saya tahu betapa sakitnya senggugut. Kadang-kadang menangis sampai tak keluar air mata sebab sakit yang amat sangat.

Sebagai langkah untuk menghilangkan kesakitan ini kita akan memakan pelbagai jenis pil yang terdapat di pasaran. Tahukan anda memakan ubat yang terlalu banyak dan tidak megikut arahan doktor juga boleh membahayakan kesihatan???

Tetapi bagi sesiapa yang di luar sana yang mengalami senggugut jangan risau kerana saya sudah jumpa penyelesaiannya. Apa kata anda cuba Bio Velocity Sleep Mate. Saya juga sudah mencubanya. Alhamdulillah saya tidak mengalami senggugut lagi. Di sini saya sertakan testimoni untuk tatapan para pembaca semua.


Bagi sesiapa yang berminat atau inginkan keterangan lebih lanjut tentang produk ni bolehlah hubungi saya :-


Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com




Sunday 7 April 2013

Kisah ekzema baby aakif

Hai..hari ni saya nak cerita pasal ekzema baby aakif..Siapa baby aakif???Baby aakif tu sebenarnya anak ketiga saya yang kini berusia 6 bulan..Alhamdulillah dah besar anak saya sekarang..Rasa mcm baru semalam melahirkan dia..

Kulit aakif ni istimewa ckit.Itulah kata doktor Nazim.Nape istimewa??sebab aakif ni ade ekzema dan memerlukan penjagaan yang lebih ckit. Aakif  alah pada panas.Kalau cuaca panas je mesti naik bintit-bintit merah pada muka dan badan dia. Satu lagi aakif ni tak boleh makan sebarangan nestum. Kalau salah makan mesti naik bintit-binti merah gak macam kena taik ulat. So setiap hari saya akan sapukan ubat ekzema pada seluruh badan dia. Selain itu, kulit aakif juga akan jadi kekeringan dan perlu pakai losyen setiap 2 jam sekali. Cuba lah bayangkan kalau dah hantar taska nak ke cikgu sapukan losyen setiap 2 jam sekali???mesti jawapannya x..

Alhamdulillah sekarang kulit aakif dah beransur pulih. Dah tak perlu pkai ubat ekzema lagi.Nak tau rahsianya???Saya gunakan sabun marine essence setiap kali mandikan aakif. Saya sendiri pun menggunakan sabun ini sebagai pencuci muka dan sabun kerana kulit saya pun elergik.Sekiranya anda atau anak anda mempunyai masalah kulit macam aakif bolehlah mencuba produk marine essence ini..Hubungi saya sekarang untuk keterangan lebih lanjut:-


Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com


Thursday 4 April 2013

Bayi Ekzema

Apa itu ekzema???

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia 
dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.


Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. Selain itu, cubalah marine essence. Sabun ini dapat mencegah kulit anak anda dari kekeringan. Saya sudah pun mencubanya. Ternyata mujarab. Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya :-



Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com

HOT NEWS