Alhamdullillah sudah 6 bulan berlalu tarikh keramat 22 September 2012. Nak tahu tarikh apa?? Itulah tarikh saya melahirkan Muhammad Aakif Amsyar bin Mohd Zaiam Syah di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Tapi rasa macam baru semalam semuanya terjadi. Cepatnya masa berlalu. Sehingga sekarang masih ramai kawan2 yang bertanya produk apa yang saya pakai semasa berpantang anak ketiga saya, so hari ni saya nak bercerita pasal set bersalin Tanamera. Anda pernah dengar x set bersalin Tanamera?? Bagi sape2 yang x pernah dengar di sini saya sertakan sekali rupa paras set bersalin tanamera untuk tatapan semua.
Ini lah dia rupa parasnya..
Seperti yang anda dapat lihat di atas harganya hanya RM360 sahaja. Tapi jangan salah sangka plak saya x menjual set bersalin ini. Kalau nak anda boleh klik link ni (set Tanamera). Saya pun beli kat sini set bersalin Tanamera tu.
Apa yang saya nak kongsikan kat sini ialah keistimewaan produk ni. Memang saya bersyukur sangat dipertemukan dengan produk ini. Kalau anda semua nak tahu saya tidak mengalami luka episotomi (luka bersalin secara normal) semasa melahirkan anak ketiga saya. Sungguh, sehingga sekarang saya masih x mempercayainya. Bayangkan anak ketiga saya lahir seberat 3.3kg tapi saya x mengalami sebarang luka. Ajaibkan??Nak tahu rahsianya??Saya menggunakan minyak kelapa dara dari set Tanamera ni. Itupun saya guna semasa kandungan saya sudah mencecah 36 minggu. Saya hanya meminum 1 sudu besar minyak ni setiap malam dan urut minyak ni pada faraj setiap hari selepas mandi pagi dan malam. Sungguh mudah tapi hasilnya menakjubkan.
Ini lah rupa minyak tu.
Buat pengetahuan anda semua hanya minyak ni je guna sebelum bersalin dan yang lain semua guna selepas bersalin. Tapi jangan lah berharap sangat yang anda tidak akan mengalami luka episotomi selepas guna minyak ini. Ini semua adalah kuasa Allah SWT. Yang penting sekali kena lah berusaha di samping berdoa pada Allah SWT.
Nak tahu apa lagi sebab saya guna produk ni?? Sebenarnya saya ni penakut makan ubat. Semasa bersalin anak pertama dan kedua saya x makan sebarang ubat pun sebab x lalu nak makan. Akibatnya badan jadi sakit sana sini. Masa mengandung anak ketiga, saya trylah search2 kat google n terjumpa produk ni saya pun jadi teruja lah. Sebab produk ni semuanya digunakan untuk luaran sahaja kecuali Herbal Tea. Mula2 tu ragu2 jugak dan terfikir "boleh ke badan jadi sihat kalau hanya guna luaran sahaja". Ni kata hati saya lah..Tapi bila difikir2 kan balik saya tawakal jelah. So bermula lah episod membeli set bersalin Tanamera.
Alhamdulillah seminggu selepas bersalin saya badan saya dah jadi sihat walafiat. Padahal saya baru gunakan produk ni 2 hari sebab produk ni hanya digunakan 5 hari selepas bersalin . Mak sedara yang datang melawat pun cakap x seperti orang dalam pantang. Dan yang penting badan saya still macam sebelum bersalin.
Bagi kawan-kawan di luar sana yang tengah pregnant dan masih tercari2 produk yang sesuai trylah cuba set bersalin Tanamera ni. Anda pasti tak menyesal.. Insyaallah kalau diizinkan Allah untuk mengandung lagi pasti saya akan gunakan set bersalin ini lagi..Sekian..Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment