Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Friday, 18 April 2014

Mentaati Kedua Ibubapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Monday, 3 March 2014

Musibah Tanda Allah Sayang Pada Kita..

Ucapkan Alhamdulillah sekiranya kita ditimpa musibah..sesungguhnya Allah mengingati kita..Setiap ujian dan musibah yang diturunkan oleh Allah kepada umatnya adalah bersebab..Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih kepada kita..Jadi hendaklah kita bersyukur dan jangan sesekali mengeluh..

Doa ketika ditimpa musibah..


Thursday, 27 February 2014

Usah Menambah Dosa Sedia Ada..

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : “ Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.” (an-Nisa:112)

HURAIAN
Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan perangai buruk sesetengah manusia yang telah melakukan maksiat dan kesalahan sama ada kecil atau besar, tetapi kemudiannya menuduh orang lain yang tidak bersalah melakukannya. Orang sebegini pada hakikatnya telah melakukan dua dosa iaitu dosa maksiat itu sendiri dan dosa berdusta atau tuduhan berbohong dan memfitnah. Matlamat orang yang melakukan ini sama ada untuk melepaskan diri daripada hukuman dunia sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat ataupun sengaja untuk menganiaya orang lain, kerana cemburu, iri hati dan dengki.
 
Orang yang melakukan perkara sebegini pastinya menanggung dosa berganda atas apa yang dilakukannya, dan akan dihukum dengan azab yang pedih oleh Allah SWT di akhirat kelak. Selain itu kehidupannya di dunia juga tidak akan selamat dan tenteram lantaran dihantui rasa bersalah, sentiasa bimbang rahsianya terbongkar, kegelisahan yang berpanjangan dan hilang keberkatan terhadap rezeki dan harta benda.
 
Islam telah mengajar kita bahawa Allah SWT itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru bagi seseorang Islam sekiranya terlanjur melakukan dosa atau maksiat maka bersegeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Dengan taubat yang bersungguh-sungguh (taubat nasuha) pastinya Allah akan mengampunkan dosa, dan jangan sekali kali mengulangi lagi maksiat dengan menuduh orang lain melakukan dosa tersebut. Sesungguhnya Allah SWT penerima taubat dan suka pada hamba-hamba Nya yang sentiasa bertaubat.
 
KESIMPULAN
 
Islam melarang umatnya menuduh orang yang tidak bersalah melakukan dosa atau maksiat, tuduhan ini amat berat ditanggung oleh orang yang menerima tuduhan tersebut, bagi orang  yang menuduh melakukan maksiat sebegini akan menanggung dosa yang besar kerana memfitnah orang lain. Sebelum terlambat hendaklah bertaubat, bagi setiap dosa atau maksiat yang terlanjur dialakukan maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana Allah SWT itu Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang.

Thursday, 13 February 2014

Keistimewaan Solat Subuh..

Solat di waktu subuh adalah solat yang paling sulit dikerjakan oleh umat Islam. Panggilan azan seringkali mengalahkan segalanya, lebih-lebih disaat musim hujan yang dingin. Tidur menjadikannya lebih baik dari solat. Padahal sesungguhnya solat subuh adalah solat yang paling istimewa jika dibandingkan dengan solat wajib lainnya. Demikian halnya dengan solat sunnah sebelum subuh (qobliyah shubuh)  bahkan juga dijanjikan Allah lebih baik dari dunia beserta seluruh  isinya. Berikut ini dijelaskan beberapa keutamaan yang menegaskan bahwa solat subuh atau disebut juga solat fajar berbeza dengan solat fardhu yang lain.

1. Pahala solat semalam penuh.  Imam Muslim meriwayatkan dari ‘Ustman bin ‘Affan, bahwa Nabi bersabda: “Barang siapa yang solat isya berjama’ah seolah-olah dia telah mendirikan solat setengah malam, dan barang siapa solat subuh berjamaah (tentunya juga dengan mendirikan solat isya berjamaah), maka seolah-olah dia telah solat semalam penuh”. Subhanallah! kemurahan Allah menjadikan solat isya dan subuh “dua serangkai” yang dengannya kita berhak mendapat pahala solat sepanjang malam.
2. Sumber cahaya di hari kiamat.  Pada hari kiamat nanti keadaan yang terjadi adalah gelap gelita, sebagaimana Allah berfirman :” Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan (QS. At-Takwir: 1-2).  Matahari dan bintang-bintang adalah sumber cahaya. Jika keduanya dihancurkan maka kegelapan akan menyelimuti. Saat seperti inilah manusia memerlukan cahaya. Cahaya itu adalah amal soleh, termasuk solat subuh. Dari Baridah al salami, Nabi bersabda: Berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya sempurna kelak di hari kiamat. (HR. Tirmidzi).  Orang yang berjalan di kegelapan malam adalah orang-orang yang berjalan menuju masjid untuk melaksanakan solat isya dan subuh berjama’ah.
3.  Balasan surga. Nabi bersabda:” Barangsiapa mengerjakan solat pada dua waktu dingin, maka dia akan masuk surga. (HR. Bukhari). Yang dimaksud solat pada waktu dingin adalah solat subuh dan isya. Diriwayatkan juga bahwa dua rakaat sebelum subuh adalah nafilah yang lebih agung dari dunia sisinya. Dua rakaat fajar (solat sunnah sebelum subuh) lebih baik daripada dunia seisinya (HR. Muslim).
4. Disaksikan para malaikat.  solat subuh satu-satunya solat yang tidak dapat dijamak dan di qashar. Allah telah muliakan waktu solat subuh dalam kitab-Nya. Allah tidak bersumpah mengenai waktu solat yang fardhu kecuali hanya waktu solat subuh dan isya. Allah bersumpah dengan sebutan “wal fajr” dan “ wa layalin ‘asyr”. Demikian pula waktu fajar adalah waktu dimana para malaikat turun ke bumi untuk menyaksikan orang yang mendirikan solat subuh.
solat berjama’ah lebih utama dibanding solatnya salah seorang dari kalian dengan sendirian dengan dua puluh lima bahagian. Dan Malaikat malam dan Malaikat siang berkumpul pada solat fajar.” Abu Hurairah kemudian berkata, “Jika mau silahkan baca: ‘(Sesungguhnya solat fajar disaksikan (oleh para Malaikat) ‘ [Qs. Al Israa: 78] (HR. Bukhari)
5. Orang yang solat subuh senantiasa dalam jaminan perlindungan Allah. Nabi bersabda:”Barangsiapa solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa selama separuh umur. Nabi bersabda:” solat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dari ramadhan ke ramadhan adalah penghapus dosa di antaranya jika meninggalkan dosa-dosa besar (HR. Muslim). Rentang waktu antara solat isya dengan solat subuh adalah rentang dua solat yang paling panjang. Jika kedua solat ini ditegakkan dengan baik maka keduanya adalah penghapus dosa di antara keduanya. Jika diamalkan maka dosa hampir separuh umur kita dapat dihapuskan oleh dua solat ini.
Berikut ini tips untuk dapat menjaga keistiqamahan solat subuh berjamaah yaitu (1). Beramal ikhlas hanya kerana Allah SWT, (2). Muhasabah diri setiap hari, (3). Bertaubat, dan bertekad untuk tidak mengulangi, (4). Banyak berdoa kepada Allah agar dikuatkan melaksanakan solat, (5). subuh berjamaah di masjid dan di awal waktu, (6). Meminta motivasi dari sahabat yang baik, (7). Tidur sesuai sunnah Nabi saw, (8). Tidur lebih awal, berwudhu, dan membaca zikir sebelum tidur, (9).Tidak makan dalam jumlah yang banyak sebelum tidur, hindari teh dan kopi. Catat perkembangan solat subuh anda dan gantung di dinding, (10). Pasang alarm,  (11). Telefon orang lain (sahabat) dan mulai dari keluarga.  Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk menggapai azam keutamaan solat subuh. 
HOT NEWS