Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Showing posts with label Bandar Akademia. Show all posts
Showing posts with label Bandar Akademia. Show all posts

Tuesday, 25 March 2014

Harta Atas Nama Sendiri..

Alhamdulillah yehaaaa dah ada harta atas nama sendiri..rasa keletihan bekerja seharian mencari duit terubat sudah..Apa yang saya maksudkan ni??

Ni lah nye tanah kat Bandar Akademia dah pun ditukar atas nama saya..baru je terima surat pada 21/3/2014 yang lalu..Tanah ni pun dah digadai kepada BPP sbb saya buat pinjaman perumahan..Bukan ada duit pun nak beli cash..


Saya pun dah call Cs Tang..Katanya Cs Tang akan pulangkan balik separuh daripada duit bayaran semasa sign SMP tempoh hari..sbb katanya dapat less 50%..x tau jugak less sbb ape..orang nak bagi kita terima jelah kan..

So proses yang seterusnya sekarang adalah menunggu duit gaji kita dipotong sbb pembayaran tanah tersebut..Bila dah potong duit tanah tu baru kita boleh mohon plan tanah..x sabar ni rasa nak ddk rumah sndr..  :)

Thursday, 26 December 2013

Dekorasi Bilik Tidur Idaman di BA..

Lambat lagi rumah idaman nak siap..Tapi hati ni dah x sabar2 nak mendekorasi rumah.Disebabkan perasaan x sabar saya tersearch lah kat google...so inilah dia hasil yang saya perolehi..

Design Bilik Tidur Anak Perempuan
Disebabkan rumah saya di BA hanya ada 3 bilik tidur sahaja and saya ade 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki perkiraannya adalah seperti berikut..1 bilik dan sah untuk saya n my hubby..1 bilik lagi untuk Aakif ..so kakak n kakdek kenalah berkongsi bilik jawabnya..
Jadi design yang saya kena pilih untuk anak perempuan saya kena lah yang ade 2 katil..
Inilah dia antara design yang saya jumpa..Tapi ini belum muktamad lagi..kena tengok keluasan bilik dulu dan kalau ade masa nanti nak try servey kat ikea..mn tau jumpa design yang lebih menarik..







Desing Bilik Tidur Anak Lelaki
Ha kat bawah ni plak design untuk anak lelaki..
Biasanya lelaki ni suka yang simple2 je kan..
So inilah hasilnya..







Design Bilik Tidur Me & My Hubby
Sebenarnya nak mendekorasi bilik tidur suami dan isteri adalah yang paling sukar..yelah lah kan kalau budak2 sukakan kartun..oklah senang nak cari..tapi kalau kita orang dewasa ni pyh ckit..Perempuan sukakan bunga2..tapi lelaki nak ke bilik2 yang bunga2??so kena ada keserasian antara kita dan suami..x semestinya kita suka suami pun akan suka..jadinya kena yang simple2 jelah..x terlalu cenderung kepada minat isteri semata2 atau x terlalu cenderung kepada minat suami semata2..so pilih yang simple je lah..senang.






Tempat tidur adalah untuk berehat..Jadi saya lebih cenderung memilih tema bilik tidur berwarna hijau..sebab bagi saya hijau ni melambangkan ketenangan...Biarlah kita tidur dalam keadaan tenang dan nyaman..x gitu..







Sunday, 1 December 2013

Bandar Akademia Part 3

21 November 2013 sekali lagi saya ke CS Tang untuk sign dokumen penjanjian pinjaman perumahan. Now tunggu 2 hingga 3 bulan untuk proses pertukaran hak milik tanah dan proses gadaian. Masa sign dokumen ni melayang gak duit RM 2200.00..X pelah demi rumah idaman saya rela berkorban..haha geli plak rasanya..

X pelah kan duit boleh dicari tapi rumah esok2 lagi x mampu beli..yelah rumah kan makin mahal. So sekarang ni tunggu jelah 2 hingga 3 bulan lagi untuk proses yang seterusnya..

Tuesday, 17 September 2013

Bandar Akademia Part 2

Bandar Akademia..saya beli lot 2017 Fasa 3B dengan harga RM135,400. RM 7,900 dah pun dibayar semasa sign S&P.So loan cuma RM127,500 sahaja.

Alhamdulillah 13/9/2013 yang lalu dokumen dari lawyer (CS Tang) dah pun saya terima. So hari ini (18/9/2013) saya mohon loan secara online di website www.bpp.treasury.gov.my .Lebih mudah kan sekarang sebab semuanya boleh dibuat secara online. Wang proses pun saya buat sacara online guna maybank2u. Hanya RM100 je.

Dah siap secara online print dokumen 1 set n hantar pada Ketua Jabatan untuk dpt pengesahan dan cover letter jabatan.Harap-harap hari ni boleh siaplah. nanti dah siap sign semua baru fotostat untuk simpanan sendiri dan hantar ke BPP. Tempoh untuk hantar dokumen fizikal ke BPP hanya 14 hari je tau. 8/10/2013 tarikh tamat tempoh. So kena settle cepat2. Esok kena cuti untuk ke JPPH Negeri Sembilan untuk buat penilaian tanah n selepas tu terus ke BPP untuk submit dokumen.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan pinjaman ni.Yelah kan mana lah ade duit nak bayar cash. Amin..




Wednesday, 31 July 2013

Alhamdulillah Dah Sign SMP..

Hari ni saya half day sbb g KL sign SMP untuk beli rumah di Bandar Akademia..Alhamdulillah dah settle bab ke-2.Bab-1 of course lah bayar deposit kan. Deposit tu saya dah bayar pada 1 Ramadan yang lalu. Lebih kurang dalam masa 3 minggu gak masa yang di ambil untuk sign SMP. So skrg kena tunggu dalam 2 bulan untuk settle kan hal2 dekat pejabat peguam dan stamping SMP tu. Pastu bolehlah buat loan untuk beli tanah kat Bandar Akademia tu. Harap2 semuanya berjalan lancar. Oop lupa nak cakap saya beli tanah lot banglo kat Bandar Akademia tu. Tapi bukan rumah banglo pun. Rumah biasa2 je. Saya beli yang Springdale punya. Harga rumah tu lebih kurang RM278K.

Rasa x sabar nak tunggu umah siap.. My hubby pun x sabar gak. Maklumla umah sendiri kan.Barulah semangat nak berdeko. Macam-macam style deko yang terlintas di fikiran ni. 

Anak2 lagi lah x sabar. First time g tengok tapak dulu dah siap tanya bila kita nak pindah. Aduyai budak2 kan. Dorang bukan tahu apa2 pun.

Banyak gak duit yang saya kena laburkan untuk beli rumah ni. Disebabkan loan gov saya hanya lepas untuk buat loan RM255K sahaja so saya terpaksa topup lebih kurang RM8K lagi untuk beli tanah. Tu belum campur duit stamping RM3K. Lagi duit utk stamping loan tanah RM3K dan loan rumah RM3K lagi. Semuanya lebih kurang RM20K gaklah termasuk deposit. Aduh terbanglah duit ASB jawabnya. X pelah kan untuk beli rumah bukan berjoli pon. Nasib baik tahun depan gaji dah lepas untuk buat loan RM280K so masa nak buat loan rumah x payah topup dh cuma perlukan duit untuk stamping je.

Next time saya akan upload kan gambar tapak rumah saya tu. Masa g tengok tapak hari tu lupa nak snap gambar barang sekeping 2..Harap2 semuanya berjalan lancar..Insyaallah..

Pintu Gerbang Bandar Akademia

HOT NEWS