Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

Friday, 19 September 2014

Memulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan..

Adakah anda pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana terlalu stress dengan pekerjaan skrg??

Jgn terburu2 untuk membuat keputusan..


Sebelum mengambil sebarang keputusan hendaklah fikir baik dan buruknye??


Serta fikirkan juga apa yang akan anda buat selepas berhenti kerja..


Jika anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan selepas berhenti kerja..


Di sini saya sertakan tips yang boleh anda lakukan..Jom layan..


1. Niat atau Perancangan
Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu kita, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari kita samaada jangkamasa pendek atau selamanya. Sudah semestinya menceburi bidang ini kita hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan kita nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah kita telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan kita dalam setiap langkah yang kita aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap dikemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang kita lakukan.

2. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

3. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

4. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

5. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

6. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

7. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

8. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan


Tips ni dipetik dari : http://alkiram.net

Thursday, 4 September 2014

Promosi Celcom Untuk Staf Gov...

Hai3 dah lama x berceloteh di sini..hr ni sy nak share ckit berita baik..bermula 2 sept 2014 hingga 30 sept 2014 celcom telah memperkenalkan pakej untuk kakitangan gov. banyak gak pakej yg ade..ikut salera n keperluan masing2..meh sy cerita ckit..

Celcom memperkenalkan pakej serendah RM40, RM68 dan RM88..ade lg pakej lain sbnrnya tp sy interested nak cite pasal pakej ni je..kalau RM 40 celcom bagi mobile internet 1GB dan percuma 333minit call..RM68 plak 3GB dan percuma 60minit call manakala RM88 plak 5GB dan percuma 60minit call.yang menariknya kalau ambik pakej RM68 @ RM88 boleh dpt free handset tau..tp handset sony xperia dan xiaomi redmi jela..kalau yg nak canggih mcm samsung s5 kenalah bayar tp harga lebih murah dr kat luar..kena ingat ye kwn2 kontrak untuk pakej ni adlh 2 tahun..

Pada kwn2 yg berminat nak tau lebih lanjut bolehlah berkunjung di booth celcom dpn ASB putrajaya..kalau yg dok jauh boleh tgk gambar kat bwh ni ye..


Saya dah pon ambik pakej RM68 tu n dah dapat pon handset Xiaomi..ambik pakej yg free handset je..x mampu den nak boli handset yang canggih n mahal2..asalkan boleh guna sudah le..ukur baju di badan sendiri..hehe



Thursday, 20 March 2014

Dapur Saluran Menuju Ke Syurga..


Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Meluaskan karier di dapur

Betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan.
Melayani suami bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan.
Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. Apa–apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Merawat Suami dan Keluarga
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri?
Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.

kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak   memulakannya sekarang?

Wednesday, 12 March 2014

Tip Untuk Mendidik Anak Kecil Bersolat..

Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh 
biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah
kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan 
sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam 
kandungan lagi. Tanggungjawab ini memang sesuatu yang 
sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, 
terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti 
solat.


Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.
Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.
Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?

1. Contoh dari Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.
Lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
Jika anak-anak bermain-main semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun.
Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh,  ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

2. Solat secara berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga membawa anak-anak  ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.
Jika berjemaah dirumah, selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,  secara lemah lembut dan berhikmah.

3. Belikan pakaian solat kepada anak kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.”
Dimana boleh dapat tudung-tudung yang comel dan cantik untuk anak kecil? 
Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.

4. Menghargai dan memberi Pujian selepas mereka solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun.
Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : ”Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”

5. Paling Penting, ISTIQAMAH!
Inilah perkara yang paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal dan sukar dikawal.
Jangan mudah mengalah! Diam sebentar, tarik nafas dan tekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. InsyaaAllah, usaha kita tidak akan sia-sia.
Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!

Penutup:
Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak

Monday, 10 March 2014

Nasihat Bagi Ibu Bapa Yang Suka Marah Anak..

Anak ialah amanah dan pinjaman dari Allah SWT kepada umat yang dikehendakinya..Hendaklah kita sebagai umat yang dipilih untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin...Kadangkala perangai anak2 membuatkan kita hilang kesabaran..Tapi ingatlah bahawa mereka masih kecil dan tidak mengerti apa2..Di sini ade tip bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

*Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
* Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
* Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2..

Wednesday, 26 February 2014

Langkah Menangani Stress Di Tempat Kerja..

Jangan stress2 nanti muka cepat tua..Jom ikuti langkah2 untuk menangani stress ni :-

1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
-Akui kekuatan dan kelemahan diri
-Bersikap positi semasa bekerja

2) Rancang Kerja Anda
-Kendali masa dengan bijak
-Lakukan kerja mengikut keutamaan
-Elak bawak balik kerja ke rumah

3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
-Lihat masalah dengan rasional
-Rancang penyelesaian secara sistematik
-Kenalpasti masalah mengikut keutamaan'

4) Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
-Sentiasa bersikap terbuka dan bertolak ansur

5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
-Amalkan sikap tegas bukan garang
-Hormati pandangan rakan sekerja

6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
-Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
-Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
-Luangkan masa untuk membantu rakan yang bermasalah

7) Amalkan Cara Hidup Sihat
-Belajar untuk relaks
-Tidur yang cukup
-Bersenam selalu
-Berpegang teguh pada ajaran agama..

--------------------------------------------Jom Kita Amalkan----------------------------------------------


Tuesday, 25 February 2014

Jom Melabur Dalam KPF..

Sape pernah dengar pasal KPF??sape anak peneroka Felda kt cni??Kalau jawapan anda Ya.. apa lagi jom kita pakat ramai2 masuk saham KPF..kat cni saya bg sedikit info cara nak sertai saham KPF ye..

Syarat dan kelayakan untuk sertai KPF:-
 Mestilah 
1) peneroka/isteri/anak peneroka Felda
2) kakitangan Felda/isteri/anak2
3) Warganegara Malaysia
4) 18 tahun ke atas

Langkah nak sertai KPF:-
1) Isi borang untuk sertai KPF..boleh download di sini.Pilih Borang Anggota Baru (Individu)
2) Setelah lengkap diisi, minta pengesahan dari Pejabat Felda masing2 ye..
3) Beli Wang Pos / Masukkan duit ke akaun Maybank KPF 564212301580 sebanyak RM20..
4) Hantar borang permohonan dan wang pos RM20 /salinan slip warna kuning (jgn lupa tulis nama dan no ic kat belakang slip kuning) ke Pejabat Felda
5) Tunggu pengesahan permohonan (dalam 3 bulan gitu).Nanti KPF akan hantar no keanggotaan..
6) Bila dah dapat no keanggotaan so dah boleh melaborlah..Tapi jgn lupa pelaburan hanya boleh dilakukan di kaunter Maybank sahaja ye..Transfer duit melalui Maybank 2U tidak dibenarkan..transfer melalui mesin ATM juga tidak dibenarkan..hanya kaunter je semata2..
7) Bila dah masukkan duit pelaburan guna kaunter Maybank slip warna kuning tuliskan nama, no anggota dan no ic serta borang penambahan pelaburan kenalah hantar ke Pejabat KPF juga..
8) Kalau boleh daftar online..so boleh tengok penyata tahunan secara online je nanti..

Kat cni juga sy nak share senarai dividen KPF untuk tahun 1997 hingga 2013 :-

1997 - 10%
1998 - 11%
1999 - 14%
2000 - 12%
2001 - 12.5%
2002 - 11.5%
2003 - 14.5%
2004 - 14%
2005 - 14%
2006 - 15%
2007 - 16.5%
2008 - 12.5%
2009 - 14%
2010 - 15%
2011 - 18%
2012 - 15%
2013 - 16.5% (giler dasyat)
2014 - Nantikan bulan Julai 2014

Purata setiap tahun mmg atas 10%..betul kan..mmg jauh giler kalau nak dicompare kan dgn ASB..ye x??Tulah ruginye sy selama ni..x ambik port pun pasal KPF ni..cuma kelemahan dia 1 je..Kalau nak keluar tu pyh ckit..nak kena isi borang belian/jualan syer dan kena g Pejabat KPF..better simpan duit yang mmg dikhaskan untuk pelaburan je..dan jgn usik duit tu sampai bila2..

Wednesday, 8 January 2014

Amanah Saham Bumiputera (AHB)..

Ni cerita pagi tadi.. masa nak g keje saya terdengar iklan tentang AHB kat radio Hot FM..so hari ni saya nak share pasal AHB ni..sebenarnya dari tahun lepas (2013) lagi dah terfikir nak masuk AHB ni tapi duit x mengizinkan sbb ms tu cbuk nak beli rumah. so tahun ni rasanya mcm nak melabur dalam AHB ni..untuk pengetahuan rakan2 yang baru nak tahu tentang AHB ni, minimum pelaburan adalah RM500 dan maksimum RM200,000. so dlm akaun kena ade RM500 ye..x boleh keluar sampailah kita nak stop kan pelaburan (maknanya tutup akaun)..AHB bukan macam ASB boleh kuar duit bila2 kita nak..kena faham ye..

Kat bwh ni ade info ckit tentang AHB..fahamkan dulu sebelum anda membuat keputusan untuk melabur..

1. MENGENAI AHB

1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.

AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.

AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.

1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:


  • Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara

2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA
 2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?


Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.


Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.
2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:

  • Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  • Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
  • Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda
  • (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
  • Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus

(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)


2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.

2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.

2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)

2.6 Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.

2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).

2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.

2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.

2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.

2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.

2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.

2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.

2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.

2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
**Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan untuk mempercepatkan urusan..maklumlah kat maybank ramai orang.

Thursday, 2 January 2014

Cara Mendidik Anak2..

Tugas sebagai ibubapa sekarang semakin mencabar..X sama macam mana ibubapa kita dulu2 mendidik anak2..Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Ibubapa perlu menunjukkan contoh dan perlakuan yang kepada anak2. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.


1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan. 

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus. 
6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran. 7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku. Ini lah yang pyh nak dibendung.Anak2 suka sangat menggigit kuku.
8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan. 
9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi. 
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap. 
11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan. 
12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur. 
13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari. 
14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin. 
15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap). 
16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain. 
17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang. 
18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya. 
19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan. 
20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain. 
21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka. 
22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi. 

Monday, 30 December 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2014

Pejam celik pejam celik dan tinggal  2 hari saja lagi tahun 2013 akan berakhir..cepatnya masa berlalu kan..

Bagi kakitangan awam yang sedang mencari2 takwim pembayaran gaji bagi tahun 2014..kat cni saya share ckit..semoga menjadi panduan dalam pengurusan kewangan kawan2 semua..



Pembayaran Bonus Kakitangan Kerajaan..

Berita yang ditunggu2 telah tiba..Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negara ini mulai awal januari 2014. Pembayaran bonus ini juga dikenali sebagai Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tarikh pembayaran bonus Kakitangan Awam ialah pada 2 Januari 2014.

Walaupun hanya setengah bulan gaji dan dapat pun awal bulan januari kita patut rasa bersyukur..dapatlah menampung perbelanjaan persekolahan anak2 kan..Alhamdulillah aminnn..

Wednesday, 25 December 2013

Cukupkah masa bersama anak2??

Berapa jam sehari masa yang anda dapat peruntukkan bersama anak2??Cuba anda renung2kan??Rasanya dalam 4 @ 5 jam je sehari setelah ditolak waktu tidur..Betul kan?? 8 am hingga 6 pm anak di rumah pengasuh..so masa anak bersama kita hanya pada 6 pm hingga 10 pm..kul 10 pm @ 11 pm anak2 dah tidur..

Cuba anda bayangkan dalam masa 4 @ 5 jam sehari cukup ke kasih sayang & perhatian yang kita berikan pada anak2??Itu belum kira kepenatan yang kita rasainya..Saya bagi contoh ye..

6.30 pm
Anak :- Mamy kakak nak makanlah??Lapar..
Mamy :- Tunggu lah dulu mamy baru balik keje ni kan..Penat tau..(dalam nada sedikit kasar)
Anak :- Buat muka merajuk.ish mamy ni nak makan pun nak marah ke??(mengomel dalam hati)

9.00 pm
Anak :- Mamy boleh x ajarkan kakak baca buku??kakak x pandailah..(nak kan perhatian mamy padahal dah pandai pun membaca)
Mamy :- Ish kakak ni bacalah sendiri..dah pandai baca kan..mengada je lebih..mamy penat ni..(marah lagi)
Anak :- Papa boleh x ajarkan kakak baca buku??kakak x pandailah..(nak kan perhatian papa plak)
Papa :- Jangan kacaulah..papa nak tengok tv ni..
Anak :- Ish mamy ngan papa ni..mintak tu x boleh mintak ni x boleh..x sayang aku dah ke..(bertanya dalam hati)

10.00 pm
Papa :- Dah malam jom tidur..papa dah penat..esok nak keje..
Anak :- Lah nak tidur dah..bila masa papa dan mamy nak main dgn aku..(bertanya dalam hati)..sambil buat muka sedih dan terpaksa tidur..

Inilah contoh senario yang kadang2 saya sendiri buat..Bila difikirkan balik mmg x patut dan rasanya nak putarkan balik masa untuk luangkan masa bersama anak2..Rasa ruginya masa yang telah terbuang itu..Tapi ape kan daya kerja dan duit menuntut supaya kita berkorban begitu..Kuasa duit dan dunia mengatasi segalanya walaupun bukan dengan kerelaan kita..

Marilah kita bersama2 berusaha mengubah takdir ini..semoga selepas ini kita tidak akan terlepas detik2 berharga melihat anak2 membesar di depan mata..

Bantuan Yuran Taska..

Ni ada lagi satu tajuk yang best selain BRIM..yang x bestnye saya juga yang x layak mohon..tapi sy tetap nak share supaya orang yang berkelayakan boleh memohon..

 Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan juga akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Beliau berkata kerajaan juga akan menaikkan kadar wang saku kanak-kanak di institusi JKM daripada RM1.50 kepada RM3 sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada 50 sen kepada RM1 sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.

ok bagi sesiapa yang layak sila lah memohon..sebelum tu baca dulu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JPA untuk kakitangan kerajaan yang berhajat ingin memohon..

Sunday, 22 December 2013

Bagaimana Mencukupkan Gaji???

Bosan2 di pejabat saya tersearch satu blog ni..http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/.

Entrynya sangat menarik iaitu Bagaimana mencukupkan gaji??

Saya rasa semua orang pernah terfikirkan tajuk entry ni..x kira lah sama ada yang bekerja @ suri rumah..Setelah diteliti apa yang sarankan oleh Ustaz Mohd Nassru tu mmg betul..Insyaallah kalau kita mendahulukan ibubapa kita dalam semua hal pastinya hidup kita akan menjadi lebih mudah kerana mendapat keberkatan..


Jom kita sama-sama amalkan pesanan ini..semoga kita mendapat keberkatan didunia dan di akhirat..Insyaallah..


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:


1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup! 

2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada! 

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru! 

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri! 

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. 

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! 

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.

Keistimewaan Al-Fatihah..




Ramai yang tidak tahu apa keistimewaan yang ada pada surah Al-Fatihah..Sebab tu ramai orang yang membaca surah Al-Fatihah secara cepat semasa menunaikan solat..Tahukah anda Allah menjawab setiap ucapan kita..



Dalam setiap Hadits Qudsi, ALLAH S.W.T berfirman:

'Aku membagi solat menjadi menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-ku'

Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya

Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil'alamin"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah memuji-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-Him"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah mengagungkan ku"

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
Allah menjawab: "Hamba-ku memujaku"

Ketika kita mengucapkan "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Tirmidzi)


Berhentilah seketika setelah membaca setiap satu ayat, Hayatilah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Seterusnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pon sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barangsiapa yang ucapkan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Bantuan BRIM 2014 Dibuka 23 Disember 2013 - 31 Januari 2014

Alahai tajuknya mmg best..Yang x bestnya sbb x layak nak mohon pun..

Ketika pembentangan bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Saya bersetuju dengan bantuan BRIM ni.. Cumanya kerajaan perlulah melihat kadar pendapatan bulanan tu..Maksudnya RM3,000 hingga RM4,000 adalah pendapatan bersih bukan pendapatan kasar..Macam saya ni pendapatan kasar isi rumah mmglah lebih kurang RM 6,000 kan tapi banyak benda yang terpaksa ditanggung..Anak, rumah, kereta..semuanya lebih kurang RM 3,000..Tu x termasuk makan minum..minyak kereta..tambahan plak sekarang tol pulak dah naik kan..kesian golongan yang macam kami ni..nak kata senang x pun..tapi nak mohon tak layak kan..harap2 dalam bajet tahun 2015 kerajaan dapat membuat pertimbangan untuk golongan seperti kami..

Oklah untuk yang nak memohon boleh mendapatkan borang permohonan di sini :

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Monday, 18 November 2013

Solat Sunat Dhuha



Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :


 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :



Maksudnya:

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

** Marilah kita bersama-sama mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari..Insyaallah rezeki kita akan bertambah dan mendapat keberkatan Allah SWT..**

Wednesday, 13 November 2013

"Mudahnya Menjemput Rezeki"

Alhamdulillah..sekarang saya masih lagi boleh berbicara di blog ni..sudah agak lama x berceloteh di sini..Agak cbuk dengan tugas hakiki seharian..

Hari ini saya nak berkongsi isi tajuk sebuah buku yang saya baca semalam..Tajuknya "Mudahnya menjemput rezeki". Saya pasti ade rakan-rakan di luar sana yang dah pun membaca buku ini..sangat menarik isi kandungannya bukan??.. Bagi rakan-rakan yang belum pernah membacanya dapatkanlah segera..Rugi rasanya kalau tidak dapat membacanya..

"Milik kita x semestinya rezeki kita". Itulah kata2 hikmat yang ade dalam buku itu.Nampak simple tapi maksudnya begitu mendalam..Banyak hikmah yang saya dapat ketika baca buku itu. Tersentuh rasa hati..Terasa begitu kerdil kita di sisi Allah..

Sebenarnya kita sebagai manusia kadang2 lalai dengan dunia kita sendiri..Bekerja bersungguh2 x semestinya mendapat rezeki yang lumayan.Kerana rezeki itu daripada Allah. Berapa banyak rezeki kita setiap hari adalah ditentukan oleh Allah SWT.

"Mudahnya Menjemput Rezeki" mengajar kita bahawa rezeki itu mmg mudah utk diperolehi daripada "Mencari Rezeki". Ini kerana kita tidak tahu di mana kita harus "Cari" rezeki kita..Tetapi menjemput rezeki amat mudah kerana kita tahu di mana harus diminta..Hanya daripada Allah SWT.

Di dalam buku itu diceritakan tentang cara2 untuk menjemput rezeki..Hanya perlu amalkan sahaja..Jom rakan2 kita baca buku itu n cuba hayati serta amalkan..Insyaallah rezeki itu akan datang pada kita..
HOT NEWS