Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Sunday 12 May 2013

Alah Protein Susu Lembu n Susu Kambing

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Hari ini saya nak bercerita pasal alah protein susu lembu..Nape sy nak bercerita pasal tajuk ni??Sebab benda ni terjadi dalam kehidupan saya sekarang ini.

menara susu aakif


Ha ini lah dia menara susu aakif. Antara susu yang pernah saya beli untuk anak kesayangan saya ni. Bayangkan lah saya beli 3 jenis susu dalam 1 hari. Buat pengetahuan semua anak saya "cow protein intolerance" di mana dia tidak boleh menerima produk makanan yang berasaskan susu lembu. Sebab tu lah boleh jadi menara susu ni.

Susu pertama yang saya cuba adalah Snow. Habis je 60ml susu ni aakif minum habis merah badan dan muka dia. Keesokannya saya beli pulak similac LF tanpa laktosa. Tapi still naik ruam meram tapi cuma dekat muka je. Saya still juga guna Similac ni sampai seminggu dengan harapan ruam tu naik masa hari first cuba tapi tidak rupanya. Setiap kali minum akan naiklah ruam pada muka dia. Kesian anak mamy ni.

Mula-mula tu tergerak hati nak bagi susu soya tapi suatu hari saya adelah terbaca dalam 1 blog ni bahaya baby minum susu soya. Kata blog tu baby yang minum susu soya berisiko mendapat tyroid 2 kali ganda daripada baby yang tak minum susu soya. Ade banyak lagi keburukan minum susu soya ni. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh refer blog ni ya..http://hanisahazhari.blogspot.com/2012/05/susu-soya-formula-sedikit-perkongsian.html. Bila baca je artikel ni memang tak jadi lah nak bagi susu soya. Sayang anak lah katakan. Kata blog ni susu kambing lebih baik daripada susu lembu dan susu soya. Tapi kata my hubby susu kambing hamis takut aakif tak nak minum.

So disebabkan itu saya cuba pulak beli Infalic H.A (susu lembu Hipoalergenik). Alhamdulillah memang dah tak naik ruam merah tapi aakif pulak tak nak minum susu ni. Tak sedap agaknya. Saya pun x nak termuntah dengan baunya.  Bak kata blog tu "susu kambing lebih baik daripada susu soya dan susu lembu" so saya bertekad nak beli susu Karihome. Walaupun mahal tapi demi anak saya pejamkan jelah mata nak membayar. Bayangkan 400g harganya RM48 setin. Aduyai..So saya try beli Karihome. Saya ingatkan anak saya ni hanya alah susu lembu je rupanya alah juga pada susu kambing. Lagi teruk alahannya jika dibandingkan dengan susu lembu. Erm nak buat macam ne terima jelah.

muka aakif merah selepas minum karihome.kacau lah puting ni.


Last-last saya try jugaklah beli isomil. Walaupun blog tu kata susu soya bahaya tapi nak buat macam ne tu je pilihan yang saya ade. Alhamdulillah nasib baik aakif ni nak minum isomil walaupun rasa tak sedap dan bau busuk. Sedaplah agaknya pada dia. Suka hatilah adik janji adik suka mamy pun suka. So sekarang aakif minum isomil di waktu siang n susu ibu di malam hari. Sekianlah cerita saya. Harapan saya agar perkongsian saya kali ni memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar saya yang mempunyai masalah seperti anak saya. Bye.

14 comments:

  1. ANAK SAYA BERKAHAK KAK.. SO SUSU APA YANG SESUAI YER.. SAYA RASA TANPA LAKTOSA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak sy pon teruk kahak smpai xleh nafas...xtaw alergic susu lembu..last doktor suggest susu soya sahaja...

      Delete
    2. Anak sy btuk kahak teruk.. Xtau nk pkai susu apa nk elok kn dari kahak dan batuk... Sesiapa yg pnh alami bleh share x susu apa yg ok..

      Delete
    3. Pernah alami..saya tukar ke Similac LF, kahak & batuk dah Ok, tapi masalah najis baby color hitam.

      Delete
    4. Baby sye pun sama��kahak byk,setiap kali menyusu muntah,sye dah bgi 3 jenis susu,s26,dutch baby ngn lactogen..nie sye nk try similac pulak

      Delete
  2. Nak Tanya lepas consume isomil mmg baby x naik merah2 langsung ek? Anak saya pun masalah yg sama cuma bila minum isomil Adela merah2 sikit.. X Sebanyak kalo minum susu lembu..

    ReplyDelete
  3. anak sy guna susu mamex HA. mmg khas utk yg alah protein susu lembu. Susu ni ada juga protein susu lembu, cuma dah dikecilkan kuantitinya. HA ni jenis susu utk baby yg ade cross allergy jg. mcm anak sy, ada eczema, berkahak teruk. Bila minum susu ni mmg kurang sgt2.tp masalahnya, die sampai umo 0-12 bln shj. so skrg mmg tgh survey yg HA tp utk 1 thn ke atas. susu mamex ni mmg sy rs sy sorg je la yg akan borong kt tesco,mydin or jusco.

    p/s: mamex Peptin pon boleh.tp lebih pahit dari HA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya minum mamex ha memg ok xkahak xsembelit xmuntah tp masalahnyaa sekrg ni mamex ha dh xkeluar lg so buntu xtau nk try susu apa dh

      Delete
  4. Susu apa yg bagus untuk baby g6pd...yg xda mpunyai susu soya

    ReplyDelete
  5. Sy ada susu ha mamex anak xmo minum kalu ada sesiapa yg memerlukan blh whatsapp sy 0123626182 kalu jauh kos ps kena tanggung sendiri ye

    ReplyDelete
  6. Anak sy sebelum ni minum novalac tapi lately ni berak dia berwarna hijau lumpur dan 2-3hari sekali baru berak. Jadi sy cuba tukar kepada karihome. Hari ni hari ketiga dia mnum karihome dan kesan sy nampak die punya kahak semakin teruk pula. Sy dah buntu nk beli susu apa lg.

    ReplyDelete
  7. hai puan puan semua....puan dh try pakai filter air cuckoo/atau filter udara cucko? kdg sbb air tu dan habuk dlm umah kite tk nampak..serius kdg bende ni kite tk endahkan tp tu yg punca anak ekzema atau asma..sy syorkan pakai..sy NE cuckoo kl ..puan bole wsp utk sy consult apa produk cuckoo terbaik yer...sy ikhlas nak bantu..wsp ler 011-16930576..lgpun mudah keje puan ade pakai penapis air kan tekan aje ..hehe....smoga trus dpt jd ibu trbaik utk anak anak ya puan..

    ReplyDelete
  8. Anak saya pun alah dengan susu lembu, mula try dutch lady naik ruam, lactogn ruam dimuka, ok.. Try susu kambing pulak.. Karihome... Dah la mahal kan 400grm.. Tapi sebab nak try beli jugak.. Baru minjm sikit naik ruam kat muka.. So pergi jumpa doc.. Dia suggestkan pulak soya.. Isomil... Maka belilah yang tin kecil dulu... Alhamdulillah..minhm tak naik ruam.. Tapi masalahnya.. Dia pulak macam tak mahu...mujur sekarang dia dah 10 bulan dah makan.. So kurang la menyusunya.. Just top up je letaknkat rumah pengash kat rumah susu cap gantung. Hihi..

    ReplyDelete

HOT NEWS