Al kisahnya pada hari sabtu yang lalu saya membawa Aakif untuk menjalani rawatan sonotron di An Nur, Bangi. Menurut kawan husband saya, rawatan ini bagus untuk baby yang batuk dan tak pandai membuang kahak.
Disebabkan si Aakif ni dah 3 minggu batuk, saya pun trylah bawak dia menjalani rawatan sonotron ni. Cas untuk rawatan ni RM45 untuk 15 minit je.."Mak oi mahalnya" terdetik dalam hati. Tapi tak apelah try je dulu mana tahu baik sebab ramai yang dah cuba berkesan kan.
ni lah reaksi muka Aakif masa sesi rawatan..senyum je..
Cara rawatan ni tembak je laser kt dada dan belakang badan..
Tapi setakat ni saya tak nampak pun ape2 perubahan pada batuk si Aakif ni. Macam biasa je..Mungkin kena buat rawatan susulan kot baru boleh nampak kesannya..
Nantilah Aakif kalau ade masa kita pergi lagi ok..
No comments:
Post a Comment