Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Friday 20 September 2013

Dah Besar Anak Mumy..

1 Tahun....Pejam celik pejam celik 22/9/2013 ni genap umur Aakif 1 tahun. cepatnya masa berlalu..baru je rs melahirkan aakif..sakit bersalin tu pun masih segar dalam ingatan..

Celebrate birthday??erm ntahlah x tau lagi..rsnya nak masak bihun sup je kot kat aakif..beli kek pun bukan aakif boleh mkn pun. wlpn dah 1 tahun umur aakif dia still ade ekzema lagi..so bab2 mkn ni mmg pyh ckitlah..kena pilih yang x mengandungi susu lembu. bukan itu je pisang, kentang pun aakif x boleh mkn gak. cirit birit lah, batuklah, selesema lah..mmg senang dpt penyakitlah..smpai mumy dia ni pening nak bagi mkn kt anak. slah mkn krg dpt sakit..sape susah mumy dia ni gak susah. nak kena EL.

Actually, aakif dh pandai jalan skrg..memang tgh gila berjalan skrg..smpai payah nak tdo asyik nak training berjalan.mmg sweet sgt tgk dia jalan. terkedek2 macam itik pulang petang..gg pun dah ade 4 batang. erm cuma bercakap belum lagi kot..Skrg ni mmg tgh rindu kat budak acenibung tu..apalah yang dia tgh buat ek..training berjalan kot..

oklah nak balik dulu..lunch time..hr ni jumaat rehat awal..bye..zzzzzzz(balik tdo).


Tuesday 17 September 2013

Bandar Akademia Part 2

Bandar Akademia..saya beli lot 2017 Fasa 3B dengan harga RM135,400. RM 7,900 dah pun dibayar semasa sign S&P.So loan cuma RM127,500 sahaja.

Alhamdulillah 13/9/2013 yang lalu dokumen dari lawyer (CS Tang) dah pun saya terima. So hari ini (18/9/2013) saya mohon loan secara online di website www.bpp.treasury.gov.my .Lebih mudah kan sekarang sebab semuanya boleh dibuat secara online. Wang proses pun saya buat sacara online guna maybank2u. Hanya RM100 je.

Dah siap secara online print dokumen 1 set n hantar pada Ketua Jabatan untuk dpt pengesahan dan cover letter jabatan.Harap-harap hari ni boleh siaplah. nanti dah siap sign semua baru fotostat untuk simpanan sendiri dan hantar ke BPP. Tempoh untuk hantar dokumen fizikal ke BPP hanya 14 hari je tau. 8/10/2013 tarikh tamat tempoh. So kena settle cepat2. Esok kena cuti untuk ke JPPH Negeri Sembilan untuk buat penilaian tanah n selepas tu terus ke BPP untuk submit dokumen.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan pinjaman ni.Yelah kan mana lah ade duit nak bayar cash. Amin..




Tuesday 3 September 2013

Aakif Kena Cirit-Birit Lagi..

Kesian lah kat anak teruna saya sorang tu..kena cirit-birit lagi. ni dah kali ke-2 kena.first time dulu ms bulan 5 rasanya..dah seminggu dh cirit-biritnye x baik2 lagi..puncanya??ha puncanya memang pelik ckit.puncanya saya buat bubur nasi letak kentang..pelik kan??x terfikir saya yang aakif ni alah kentang..

so, planning petang ni nak g poliklinik an-nur presint 9. first time nak g klinik tu..biasanya g az-zahra bangi atau an-nur presint 15. tapi kali ni malas plak sbb agak jauh ckit kan..so try dl g an-nur presint 9. dapat info dr kwn doc kt an-nur presint 9 tu ok gak..bolehlah kan..

kadang2 sy terfikir.."x berkesan ke vaksin rotavirus yang aku ambik utk aakif ni??". bukan ape sbb tujuan utama ambik rotavirus untuk mengelakkan baby terkena cirit-birit terlalu lama.bak kata doc nazim paling lama baby akn kena cirit-birit 2 hari. tapi aakif ambik rotavirus still kena cirit-birit dh seminggu x baik2 lagi..kesian lah kan..sakit untot dia..bukan ape takut lama2 dehidrasi plak kan..

kakak-kakak si aakif ni x de ambik rotavirus pun tapi alhamdulillah x de kena cirit-birit pun..klau tahu mcm ni lah gayanya baik x yah ambik..membazir je..

x pelah apa2 hal pun redha je..ade lah hikmah di sebalik semua ni kan..bersabar wahai hati..
HOT NEWS