Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Friday 26 September 2014

Kisah Mencabut Gigi..Part 2

Aduyai x tau nak cakap mcm ne ni..saya ingatkan pas cabut gigi yang berlobang tu kesengsaraan akan hilang rupa-rupanya tidak..ingat kan panas hingga ke petang rupanye hujan di tengahari..siap bermadah tu..

ni lah nak habaq mai..saya cabut gg  22/9/2014 tapi hari ni 26/9/2014 gg sy masih sakit lagi..pembetulan bukan gg (gg kan dah cabut) gusi sy yang sakit..dah g jumpa doktor izra tu balik 25/9/2014..katanya x de effection ape pun dekat bekas cabutan tu cuma ade biji lada je..pas letak ubat oklah sehari tu..(tp bayaran nak buang biji lada pun RM45..x patut kan)..sambil bayar dlm hati ckp ni first time n last time dtg klinik ni..hehe..ok sambung balik..hari ni gusi saya sakit balik..berdenyut2..g plak klinik pergigian presint 9 (klinik gov)..jawapan yg sama doktor bg x de ape2 effection..so sy pon x tau mslh ape sbnrnya..kesakitan mcm ni lah yg menyebabkan sy serik nak cabut gg lagi..x tau lah bila nak baik ni...waaaaa sedih..dah nangis pon tengahari td..

Tuesday 23 September 2014

Aakif Dah 2 Tahun..

Alhamdulillah 22 September 2014 genaplah 2 tahun umur Aakif Amsyar..cepatnye ms berlalu..dah 2 tahun rupanya Allah pinjamkan Aakif pada sy..oleh kerana besday aakif tu jatuh hari isnin so sy awlkan ckit celebrationnye pada 20/9/2014..kebetulan ms tu balik kg & ramai sepupu2 Aakif so sy buatlah majlisnye di kg sebelah suami..seronok betol aakif hr tu..senyum malu je..jom layan gambar..






Kisah Mencabut Gigi..Part 1

Korang pernah rs x sakit gg mcm ne???klau yang x pernah rs tu kira bertuahlah..sakitnye kurang sikit je dr bersalin..klau ikut rangking sakit nombor 2 selepas sakit bersalin..

dah berminggu sebenarnya sakit gg saya ni melanda..disebabkan takut just g farmasi ambik ubat tahan sakit jelah..tapi skrg mcm dah tahan sangat..tu yang semalam ambik keputusan akhir utk cabut gak..

klinik gg yang terpilih adalah klinik pergigian izra yang terletak di presint 8, putrajaya. keputusan ni dibuat pun selepas membaca blog2 org lain tentang pengalaman dorang mencabut gg di klinik izra..feedback yg diterima amat memuaskan..

sebelum nak g klinik tu baca dulu doa untuk hilangkan darah gemuruh..ni doanya..



melangkah je kaki ke klinik tu dada ni berdebar kencang..bila msk je bilik dr x yah ckplah lagi lah berdebar..siap terus terang ngan doktor "saya ni nak cabut gg tapi takut sebenarnya"..gelak doktor tu.."x yah takutlah bukan sakit pun..ayu nak tahu x nape takut nak cabut gg..sbb gg dekat dgn kepala sbb tu perasaan takut tu cpt dtg"..tu lah kata2 doktor tu..hehe..sempat plak dr ni bg ceramah free kt sy..

selepas disuntik ubat kebas 2 jarum terasa macam mulut kena gigit lebah..besar giler..bila dah terasa kebas bermulalah episod mencabutnya..tp disebabkan terlalu lama dh berlubang gg sy tu dah reput terpaksa lah dr korek akar gg tu..x sakit langsung ms cabut tu..sekejap je prosesnya dalam 5 minit gtu..tp pas je siap dh rasa sakit yang amat sangat..dr ckp disebabkan dh terlalu lama sakit berlakunya effection tu yg sakit sangat.."nti balik jgn kumur,jgn makanan makanan panas dan mkn ubat"..tulah pesanan akhir dr..g kaunter ambik ubat dptlah mc sehari..jumlah bayaran mencabut gg taring RM90..gg geraham mau seratus lebih kot..sy rasa mcm berpatutan sbb dpt layanan yang bagus..



Friday 19 September 2014

Memulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan..

Adakah anda pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana terlalu stress dengan pekerjaan skrg??

Jgn terburu2 untuk membuat keputusan..


Sebelum mengambil sebarang keputusan hendaklah fikir baik dan buruknye??


Serta fikirkan juga apa yang akan anda buat selepas berhenti kerja..


Jika anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan selepas berhenti kerja..


Di sini saya sertakan tips yang boleh anda lakukan..Jom layan..


1. Niat atau Perancangan
Untuk memulakan sesuatu, niat atau nawaitu kita, tahu apa yang anda hendak lakukan ialah akan memberi kesan kepada kemudian hari kita samaada jangkamasa pendek atau selamanya. Sudah semestinya menceburi bidang ini kita hendakkan sesuatu yang terbaik demi mengubah kehidupan kita nanti. Tetapi dalam impian mengejar cita-cita itu, adakah kita telah bersedia dari segi ilmu, daya ketahanan moral, wang ringgit dan sebagainya? Perancangan kita dalam setiap langkah yang kita aturkan memerlukan satu keputusan yang jitu agar tidak silap dikemudian hari. Pastikan anda tahu apa kesan-kesan yang akan mempengaruhi tindakan yang kita lakukan.

2. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

3. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

4. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

5. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

6. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

7. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

8. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan


Tips ni dipetik dari : http://alkiram.net

Tuesday 9 September 2014

Filem Kartun Ribbit..

Kawan2 semua dan bwk anak2 menonton Filem Ribbit??Kami sekeluarga dah..Baru2 ni 6 sept kami sekeluarga g menonton Filem Ribbit di TGV The Mines..Rugi kalau x tengok tau..not bad gak citenye..yang kelakornye semua binatang2 tu bercakap lorat negeri berbeza2..labah2 ckp lorat kelantan...kelawar ckp lorat perak..mcm2 lah yang penting kena bwk anak2 tengok ye..



Thursday 4 September 2014

Promosi Celcom Untuk Staf Gov...

Hai3 dah lama x berceloteh di sini..hr ni sy nak share ckit berita baik..bermula 2 sept 2014 hingga 30 sept 2014 celcom telah memperkenalkan pakej untuk kakitangan gov. banyak gak pakej yg ade..ikut salera n keperluan masing2..meh sy cerita ckit..

Celcom memperkenalkan pakej serendah RM40, RM68 dan RM88..ade lg pakej lain sbnrnya tp sy interested nak cite pasal pakej ni je..kalau RM 40 celcom bagi mobile internet 1GB dan percuma 333minit call..RM68 plak 3GB dan percuma 60minit call manakala RM88 plak 5GB dan percuma 60minit call.yang menariknya kalau ambik pakej RM68 @ RM88 boleh dpt free handset tau..tp handset sony xperia dan xiaomi redmi jela..kalau yg nak canggih mcm samsung s5 kenalah bayar tp harga lebih murah dr kat luar..kena ingat ye kwn2 kontrak untuk pakej ni adlh 2 tahun..

Pada kwn2 yg berminat nak tau lebih lanjut bolehlah berkunjung di booth celcom dpn ASB putrajaya..kalau yg dok jauh boleh tgk gambar kat bwh ni ye..


Saya dah pon ambik pakej RM68 tu n dah dapat pon handset Xiaomi..ambik pakej yg free handset je..x mampu den nak boli handset yang canggih n mahal2..asalkan boleh guna sudah le..ukur baju di badan sendiri..hehe



Monday 11 August 2014

Open House Sempena Besday Khayra & Hubby..

09 ogos 2014 -Disebabkan besday hubby & khayra (09/08 & 10/8) jatuh pada hari raya makanya sy pun wat lah open house sekali..menu yang dihidangkan ialah laksa, nasi impit dan spageti..pastu adlh kueh2 raya ckit kan..dan x lupa mestilah kak besday 2 beranak tu yg sy tempah dr baker cottage ye bukan wat sndr..ish3 mak dah serik dah wat kek sendiri x jdi2..

Mujurlah ade beras basmathi sy dtg tolong..klau x mau pengsan nak masak sorang2..dahlah plak sabtu tu badan x berapa chat rs mcm nak demam..telan lah panadol 2 biji baru boleh nak memasak.

menu yang dihidangkan

Alhamdulillah ramai gak tetamu yang datang..start dari kul 5 petang sampailah kul 12 malam..x renti2 tetamu datang..cuma lengang waktu magrib je..kul 12 malam baru boleh tutup pintu..tetamu yang terakhir ialah kakak ipar sy yang dok kat bentong..pas dia balik barulah boleh berkemas dan tdo..mcm pengsan malam tu tdo x sedar ke benda dah..punyalah letih kan..tp seronok sgt sbb dapat jamu orang makan..alhamdulillah makanan semuanya cukup2..tinggal lebih ckit2 je..

Jom kita layan gambar masa tu..

 kek besday khayra..nak cari frozen sbnrnya tp x dok.sofia pon jadilah..yang penting keknye sedap..perisa blackforest..nyummy..

 sofia the first pon pkai baju dress warna biru gak..padankan??

adegan suap menyuap..aakif nak gak papa!!

 khayra n papa
kami berlima..sweet family..

 hadiah dr kak ngah..suka sgt dorang wlpn dpt puzzle..kak dek pon tumpang sekaki..haha


Monday 4 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Rasanya x terlambat lagi kot kalau nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin" dari saya sekeluarga..Ampun dan maaf sekiranya ada nukilan saya di dalam blog ini yang menyakitkan hati..

Masa awal tahun dulu saya ade berazam nak belajar menjahit dan nak jahit baju raya sndiri tahun ni..Alhamdulillah..dah tercapai pun hajat tu..ni saya kongsikan hasil air tangan saya yang tak seberapa..kalu ade yang menempah untuk tahun depan bolehlah ..hehe..

bersama anak dara pingitan

Bertungkus lumus tau saya jahit baju raya ni..sampai mlm terakhir sblum balik kampung pun masih gigih menjahit..sakit tengkuk ni tau..tp alhamdulillah jadi jugak wlpn jahitannya x berapa kemas..asalkan boleh pakai dah lah kan..ye tak?? ni plak gambar kami sekeluarga..

kecewanya baju aakif x sempat nak jahit..akhirnya beli last minit..nasib baik warna seaakan sama kan..

ni gambar selfie kami..

ni plak ngan mak mertua dan beras basmathi saya..haha

ni lah cerita raya saya..x sempat nak kemana pun tahun ni..pkai baju baju raya dok rumah je..x sempat nak kuar ade je orang dtg beraya..

Sebenarnya ade sepasang lagi baju yang saya jahit untuk raya ni..Baju kurung moden..tp gambar x sempat nak ambik..hehe..klau ade ms nti sy share kan ye..bye

Wednesday 4 June 2014

Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke-1

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Hari ini saya nak share ckit pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama..Dah 8 tahun sebenarnya cite ni tp br ni berkesempatan  nak share.. Tujuan nak share supaya boleh dijadikan panduan pada ibu2 di luar sana di samping boleh dijadikan kenangan bila Khayra dah besar nanti..takut2 mumy dia ni dh lupa cerita ni sbb dah tua n nyanyok kan..haha..

25 Ogos 2006 - Saya dan my hubby selamat diijabkabul manakala majlis resepsi plak pada 26 Ogos 2006. November 2006 saya disahkan hamil anak pertama. Alhamdulillah gembira bukan kepalang anak sulung lah katakan. Saya dijangka bersalin pada 15 Ogos 2007.4 bulan yang pertama sy mabuk teruk..Masa mengandung anak pertama ni plak sy bleeding smpailah kandungan sy ni 7 bulan..mmg sepanjang mengandung keje sy g klinik ambik mc je..

Jan 2007 - Saya mendapat keje tetap di MRSM Pontian, Johor.Bermulalah episod cerita sedih terpaksa berjauhan dengan my hubby..bayangkan lah sy berulang setiap minggu dr Pontian ke Bentong..letih x pyh nak cakaplah tu yg asyik bleeding je.

Julai 2007 - Masa ni kandungan sy dah pun 36 minngu.So, ambik keputusan nk bercuti tanpa gaji smbil tunggu untuk melahirkan anak..Sbbnya dh x larat nak berulang dengan perut memboyot. Alhamdullillah rezeki khayra dalam pada sy bercuti tanpa gaji sy dapat bertukar ke Ibu Pejabat MARA di KL..

09 Ogos 2007 (Khamis) - Hari ini merupakan besday my hubby dan juga mama sy. Pada hari ini mama sy dtg bwk kek sbb katanya nak sambut dengan menantu kesayangan dia..kemain selera lagi sy mkn kek coklat moist. Petang tu ms tengah berehat2 sambil tengok tv cite drama Manjalara,cite ni ditanyangkan kul 6 - 7 pm. Aik apa kejadahnye sy cite pasal drama plak. Ha ni lah nak cite persamaan cite bersalin sy dengan cite Manjalara ni lebih kurang sama je..Dalam cite tu Shila Rosli melahirkan anak sulung dia lakonan Jehan Miskin pada hari Jumaat sebelum sembahyang Jumaat. Sy pun bg tau my hubby " Bestnye kalau ayang dpt bersalin mcm Shila Rosli..hari jumaat pas bersalin abg pun g solat jumaat.."

10 Ogos 2007 (Jumaat) - Kul 4.30 pagi sy terasa sakit2 kat peha mcm kena gigit semut..so sy pun bangunlah cek..terejutnya sy rupa2nya mmg ade semut tengah gigit peha sbb peha sy berdarah..terfikir sekejap darah ape plak ni??sy pun g toilet utk cek..rupa2nya dh kuar tanda utk bersalin rupa2nya..ms tu rasa sakit ckit2 je..sy kejutkan my hubby suruh buat air milo..takut2 bersalin awal x de tenaga plak kan sbb x mkn apa2...my hubby nak hantar g hospital tp sy x nak..rsnya mcm lambat lg..sy bertahan smpai kul 7 pg..sy siap boleh mandi2 smbil shampoo rambut pg tu..

Dalam kul 9.00 pg gitu my hubby ajak g hospital..tp kami sempat singgah dulu kat pej suami sy untuk ambk GL..lama gak kami kat ctu sbb nak tgu bos sign GL tu kan..Dalam kul 10 gitu baru kami g hospital..nurse suruh my huby beli sarapan pg sbb takut x de tenaga katanya.. Dalam kul 11 pg selepas makan nasi lemak dan minum air laici sy terasa macam nak kerkucil..smpai je kat toilet terasa macam nak meneran lah plak apa lg cepat2 menjerit panggil nurse..nurse pun pimpin sy utk ke labour room..naik je kat katil nurse cek bukaan dah 10cm..sy pun dh rs nak meneran cepat2 nurse pecahkan air ketumban..pas pecah je sy pun terus je meneran.maka lahirlah Khayra Batrisyia Bt Mohd Zaiam Syah tepat kul 12.05 pg..kul 1 tu my hubby ke solat Jumaat..Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan sy nak lahirkan anak seperti dlm cite Manjalara..Seriusly x sakit sangat pun ms nak bersalinkan Khayra tu..mungkin sbb dia kecik kot..2.42kg je..

Kurusnya kami ms ni..hehe

First Day -Khayra Batrisyia

Next story - Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak ke-2 plak..tungguuuu..ade ke orang nak tunggu ye..hehe perasan je lebih..

Tuesday 3 June 2014

Tip Kecilkan Peha n Punggung..

Anda mengalami masalah peha n punggung menggeleber setelah melahirkan anak?? Jika jawapannya YA sila baca artikel di bawah ye..Saya pun mengalami masalah yang sama..Berkesan @ tip di bawah ni x dapatlah nak dipastikan lagi..sbbnya sy pun baru dpt dan dalam proses percubaan..So, jom kita try sm2 ek..

1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Friday 18 April 2014

Mentaati Kedua Ibubapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa
Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Tuesday 15 April 2014

Kad besday menyentuh hati..

Story ni masih lagi berkisarkan pasal besday..bersempena besday ke 31 tahun saya yang jatuh pada 13 April 2014 khayra (anak sulung sy) buatkan saya kad harijadi..mungkin dia sedih sebab kek hari jadi yg sy buat x menjadi so dia gantikan dengan kad hari jadi..sweet kan..mesti anda tertanya2 bila ms sy buat kek hari jadi yang x jadi..12 /4 kan sy buat kek besday iffah..keesokkan harinya 13/4 sy try buat sekali lagi kek coklat moist tu tapi still x menjadi..x tau silapnye di mn..biarkan jelah pasal kek tu..jom sy nak story pasal kad besday saya..

Ni lah dia kad besday hasil nukilan khayra...



Bukan saya nak cerita pasal kad sebenarnya..tapi luahan perasaan yang ade dalam kad tu yang telah menyentuh hati saya..rasa mcm sedih plak bila khayra kata sy selalu marah dia..gaya dia tu seolah2 sy x sygkan dia..serius mmg menitis air mata masa baca kad ni..

Dear khayra,
sorry ye syg..mamy marah bukan sbb mamy x syg..mamy syg semua anak2 mamy..mungkin cara percakapan mamy yang agak kasar buatkan hati syg rasa x disayangi..percayalah bahawa tiada orang lain di hati ni yang dapat membahagiakan mamy melainkan anak2 mamy semua..Derita khayra deritalah mamy..bahagia khayra bahagia lah mamy.

Seandainya suatu hari nanti khayra membaca hasil blog mamy ni..percayalah syg mamy amat sygkan kamu..Love u khayra..

Oklah nak stop dulu..air mata dah berderai2 ni..  :(

Sambutan Besday Iffah Ke-5

Hai..hari ni saya nak bercerita pasal sambutan hari lahir ke 5 tahun Iffah Insyirah yang jatuh pada 12 April 2014 baru2 ni..Kali ni kami sekeluarga menyambutnya di rumah tokwan iffah (ayah saya) di Felda Tersang..Alang2 dah nak balik kg so sy buatlah sambutan di cna..

Perancangan awal nak buat kek coklat moist sendiri, BBQ ayam, bihun goreng singapore, kentang goreng, sosej dan coslow..Makanan2 tersebut di atas semuanya menjadi kecuali kek coklat moist..Frust memang sangat2 frust..rasa sampai dah x nak buat kek lagi..nape saya ckp mcm ni??mn x nye..kek coklat moist yang saya buat tu x menjadi..masa prepare adunan kek tu cantik je naiknye..tapi lepas je bakar tiba2 kek tu jadi terlalu naik dan melimpah2 kuar dari bekas kek tu..dah tu apa lagi hangitlah jawabnye kek tu bila melekat kat oven..sy plak guna oven jenis Buterfly (oven org dulu2)..wlpn dah bakar selama 1/2 jam tapi adunan kek tadi cair je..mcm x masak langsung..dengan frustnya tutup api dan buang je kek tu..

Kesian iffah kek hari jadi x jadi..sorry ye sayang..

Atas nasihat kakak saya dan masa yang x mengizinkan saya pun pergi lah ke kedai untuk beli kek yang ready made..malangnye plak kek coklat moist dah habis..tinggal kek biasa2 je..dorang ni bukan suka pun kek lain..nak suruh toke kedai tu buat air plak x de..aduh bertimpa masalah..toke kedai tu offer sy kek coklat moist yang kosong (belum deko)..bila fikir2 oklah gak beli kek ni sbb barang2 untuk buat dekoration mmg dh beli..oklah saya setuju beli kek tu dgn harga RM5..

Terkejut beruk sy dgr harga kek tu..berkali2 sy tnya kat toke tu..mcm x caye je sbb murah sangat..sy beli barang nak buat kek pun RM60..tapi sy bayar je lah..

Sesampainye kat rumah ade sms masuk..rupa2nya toke kedai tu salah dgr harga kek tu..sbnrnya isteri toke tu ckp RM15..tp toke tu dgr RM5..so toke tu ckp x pelah dia bg diskaun pd sy dan x pyh byr balik lebihan harga kek td..Alhamdulillah rezeki kan..

Startlah keje mendeko kek sy..Alhamdulillah menjadi..cantik gak..

4.30 pm - Masa yang ditunggu2 telah tiba..Celebrate besday time..Alhamdulillah sambutan berjalan lancar.makanan2 yang sy buat pun semuanya habis licin..bagus x membazir kan..cuma frust ckit..rupanya2 kek yang sy beli td pun x brape menjadi..keras semacam je..x sedap langsung..x pelah nak buat mcm ne kan..janji ade kek sudahlah..

Jom kita lihat gambar kek yang sy deko sendiri..taraa..

dekorasi kek ciptaan sy

cbuk ke budak kecik tu..

iffah bersama kek besday

hadiah besday iffah

Wednesday 2 April 2014

Tip Hilangkan Kedutan Di Leher..

Hai3..bosan sungguh kat pejabat ni..nak wat kerja x de mood..nak berborak member EL plak..so sya bacalah majalah mingguan wanita bil 1584..Belek punya belek terjumpa lah 1 artikel yang saya rasa amat bagus untuk di share dan di amalkan sama2..sbb saya percaya ramai wanita di luar sana yang mengalaminya..Jom kita sama2 baca dan amalkan ek..

1) Urutan secara menaik
Setiap hari, sebaik sahaja bangun pagi, lakukan urutan pada bahagian leher secara menaik. Mulakan urutan dari pangkal leher menuju ke dagu. Teknik urutan yang betul akan membantu menghilangkan kedutan dan mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian leher dan dagu. Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk memudahkan urutan.



2) Khasiat putih telur
Petua ini elok dilakukan seminggu 2 kali. Sapukan putih telur pada seluruh wajah dan bahagian leher secara rata. Biarkan ia kering antara 15 hingga 30 minit. Selepas itu, cuci dengan air putih. Sebaik2nya, anda digalakkan mencuci dengan air perahan limau nipis atau lemon. Kemudian baru bilas dengan air putih. Air perahan limau boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan sekata manakala putih telur akan menjadikan kulit lebih tegang dan lembut.

3) Kulit rambai hilangkan daki
Usah bazirkan wang membeli lulur. Kisar kulit rambai yang sudah dibasuh bersih sehingga halus. Kemudian gosokkan leher dan seluruh badan dengan lulur kulit rambai...yang ni saya susah ckit nak dibuat..mn nak cari kulit rambai kat Putrajaya ni..beli je lah lulur..bukan selalu pun nak manjakan kulit..berhabis duit ckit untuk cantik ape salahnya kan..

4) Buah tomata melembapkan
Bagi melembapkan kulit leher, sapukan buah tomato yang dilenyek atau dikisar. Biarkan ia kering antara 10 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buah tomato dpt melembapkan kulit..Sekiranya muka menjadi gatal selepas menyapu buah tomata, jgn teruskan kerana ini petanda kulit anda sensitif..

5) Kurangkan tidur siang
Tabiat tidur siang terutama selepas waktu Asar bukan sahaja menyebabkan wajah sembap malah ia juga menyumbang kepada masalah dagu berlapis dan leher berlipat. Tidur siang secara berlebihan juga menyebabkan badan mudah lesu, letih dan lemah.

Ha itu lah antara tip2 yang diberikan.. so ape lagi balik opis karang kita try ek..mn tau boleh dapat leher mcm  Erra Fazira ke, x pun Che Ta..haha walaupun dah berumur tapi leher cantik je kan..

Selamat mencuba.. :) :) :)

Sunday 30 March 2014

Bercuti Ke Negeri Perak - 26 Mac 2014 hingga 29 Mac 2014..

26 Mac 2014 - Lumut

Kami sekeluarga bertolak dari Putrajaya pukul 6.30 petang sbb pagi tu saya n my hubby masih bekerja..Dari Putrajaya kami terus melalui highway ke Ipoh. Kami berhenti makan malam di R&R Rawang. 7.30 malam kami meneruskan perjalanan dan keluar melalui exit Bidor untuk ke Lumut..Perjalanan amat mencabar sekali kerana kami terpaksa melalui jalan kampung yang gelap dan sunyi..Perjalanan dari Bidor ke Lumut mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Kami sampai pukul 11.30 malam dan tidur di rumah abang ipar saya di Taman Bukit Permata, Lumut..

27 Mac 2014 - Pulau Pangkor

Tepat pukul 11 pagi selepas bersarapan  kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor..Sesampainya di Jeti kami dipelawa oleh seorang wanita bernama Kak Ani yang menyediakan servis penginapan di Pulau Pangkor..Setelah berbincang dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan kami bersetuju menginap di hotel Suria Beach Resort dengan harga RM150 semalam untuk bilik family..Selepas itu, kami dipelawa pula oleh En Anuar untuk mengambil kereta sewa selama berada di Pangkor dengan harga RM80..Kalau difikirkan balik memang rasa rugi plak mengambil kereta sewa sbb tempat membeli belah, makan dan pantai memang berdekatan dengan hotel. Tiket feri  ke Pulau Pangkor untuk dewasa RM10 pergi dan balik manakala kanak2 pula RM5 pergi dan balik untuk kanak2 5 tahun ke atas.

Sesampainya di sana kami terus bilik hotel untuk menyimpan barang2 yang dibawa. Selepas itu, kami pergi makan tengahari di kedai yang berhadapan dengan pantai di Teluk Nipah. Makanan di kedai tu sedap dan murah. Makanan tengahari hanya berharga RM48.50.

Tepat 3.30 kami menyewa bot ke bersnorkeling. Harga sewa bot pula RM70 pergi n balik. Memang laju giler lah bot tu. Terinagt pulak video kapal yang melalui Lautan Hindi untuk mencari MH370..Sungguh menyeramkan..Menjeri2 kami anak beranak..Pemandu bot menerangkan nama2 pulau kat ctu..tapi sy dah lupa lah..Memang kat pulau untuk bersnorkeling tu air lautnya sangat jernih. Ikan2 memang banyak sangat..My hubby je yang bersnorkelingnye manakala saya melayan anak2 bermain pasir..mmg seronok sungguh berada kat pulau tu..

menunggu bot untuk bersnorkeling

air laut yang jernih

Kul 6.00 petang pemandu bot datang untuk membawa kami pulang ke Teluk Nipah. Sebelah malam plak kami menjamu selera nasi putih, ikan pari bakar, ketam masak merah, sayur campur, tomyam campur dan telur dadar..Harganya memang2 sangat murah.. Jangan terkejut tau harganya hanya RM80 je..memang murah giler..makanan pun sedap..

28 Mac 2014

Setelah sarapan pagi, kami pergi pusing2 di Pulau Pangkor..tengok2 kampung nelayan dan pergi ke kilang membuat hasil laut..ambik serba sedikit makanan hasil laut RM110..pastu kami pergi membeli baju untuk kenang-kenangan di Pekan Pangkor..Perbelanjaan kat ctu RM200..kul 12.00 tengahari kami menaiki Feri ke Jeti Lumut...

bergambar di luar feri

29 Mac 2014 - Taiping (Mee Udang MakJah, Zoo Taiping dan Taman Tasik)

10.00 pagi - Setelah bersarapan kami meneruskan plak perjalanan ke bandar Taiping..Kami sampai di Kedai Mee Udang MakJah pukul 12.30 tengahari. Memang saya planning nak merasa mee udang kalau ke bandar Taiping..banyak orang bercerita yang mee udang ni sangat sedap..Erm bagi saya biasa2 je..cuma udangnya mmg banyak giler..banyak udang dari mee..rasanya ada 7 ekor udang dalam setiap mangkuk..kami pesan 4 mangkuk mee udang n 1 nasi goreng udang..

Rupa mee udang MakJah

Harga mee udang

Cuma 1 je yang saya x puas hati dengan kedai Mee Udang Mak Jah ni..toilet yang disediakan kotor dan x ade air..mmg bagi saya x selesa langsung..sy ni plak jenis yang memilih tandas ckit..erm apa kata MakJah cuba bagi servis toilet yang bagus ckit ye di masa hadapan..mcm MakJah dengar je kan..

1.30 petang - Kami meneruskan perjalanan ke Zoo Taiping..Masa sampai kat Zoo Taiping tu cuaca dah gelap seperti nak hujan..tapi kami teruskan juga seperti rancangan asal..Harga tiket RM15 untuk dewasa manakala kanak2 di bawah 10 tahun free jee..Apa yang sy lihat x berapa banyak haiwan yang ada di Zoo Taiping ni..haiwan yang ada pun tidur je mungkin dorang kerja shift malam kot..hehe..

Papan tanda hadapan Zoo Taiping

Bergambar bersama orang hutan

Tengah syok2 tengok haiwan dalam zoo tu, hujan turun dengan lebatnya..apa nak di kata lagi, basah kuyup lah kami semua..walaupun bawak payung tapi hujan berserta angin menyebabkan kami tetap basah juga..nasib baik masa tu dah nak habis zoo ni kami pusing..dah x pasai2 mandi hujan bersama badak sumbu..
Menunggu hujan berhenti di sebelah kandang badak sumbu

Dah kuar dari zoo, hujan pun berhenti..kami meneruskan plak perjalanan ke Taman Tasik..Orang kata cantik sangat..tu yang excited nak g..tapi bila dah sampai tu, rasa macam biasa je..x lah cantik sangat pun..Kami menaiki bot untuk pusing2 di sekitar Taman Tasik dengan harga RM20 satu bot..

 Posing ckit sebelum naik bot


6.00 petang - Bertolak balik ke Putrajaya melalui highway dari Kemunting..Singgah sebentar di R&R sungai Perak untuk mandi dan makan malam..9.00 malam kami bertolak dari R&R Sungai Perak dan sampai ke Putrajaya pukul 12.00 malam..



Tuesday 25 March 2014

Harta Atas Nama Sendiri..

Alhamdulillah yehaaaa dah ada harta atas nama sendiri..rasa keletihan bekerja seharian mencari duit terubat sudah..Apa yang saya maksudkan ni??

Ni lah nye tanah kat Bandar Akademia dah pun ditukar atas nama saya..baru je terima surat pada 21/3/2014 yang lalu..Tanah ni pun dah digadai kepada BPP sbb saya buat pinjaman perumahan..Bukan ada duit pun nak beli cash..


Saya pun dah call Cs Tang..Katanya Cs Tang akan pulangkan balik separuh daripada duit bayaran semasa sign SMP tempoh hari..sbb katanya dapat less 50%..x tau jugak less sbb ape..orang nak bagi kita terima jelah kan..

So proses yang seterusnya sekarang adalah menunggu duit gaji kita dipotong sbb pembayaran tanah tersebut..Bila dah potong duit tanah tu baru kita boleh mohon plan tanah..x sabar ni rasa nak ddk rumah sndr..  :)

Thursday 20 March 2014

Dapur Saluran Menuju Ke Syurga..


Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Meluaskan karier di dapur

Betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan.
Melayani suami bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan.
Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. Apa–apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Merawat Suami dan Keluarga
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri?
Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.

kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak   memulakannya sekarang?

First Time Berjauhan Ngan Aakif..

Ni cerita seminggu yang lepas..baru ni berkesmpatan nak share..mood nak menulis x de..
Citenya begini 14 mac hingga 16 mac saya terpaksa berkursus di NIOSH Johor..Kenapa terpaksa??sbb sbnrnya x nak pun pergi..maklumlah sejak bekerja di Putrajaya selama 2 tahun ni mmg x pernah berkursus di luar pun..kalau setakat kat KL tu mmg g balik hari je..mmg sebak sangat hari nak tinggalkan aakif tu..selama ni x pernah x tdo sekali dengan dia..mmg sedih yang amat sangat..tapi nak wat mcm ne kan demi negara terpaksa ku relakan..cewah ayat "demi negara" lah sangat..

ni lah tempat kursus tu..

ni plak dalam bilik hostel..besar giler bilik..dok sorang2 je..

Disebabkan kursus habis awl, ptg sabtu tu kitaorang berkesempatanlah nak g jalan2. Hasil undian orang ramai kita orang dibawa jalan2 kat Johor Premium Outlet (JPO)..yang menariknya kat JPO tu semua deretan kedai2 barang branded..mcm Polo,Sembonia dan banyak lagi..hargannya pun boleh tahanlah kalau nak dibandingkan dengan kat luar..ramai orang singapore je yang dtg membeli belah kat ctu..saya, mmg x beli apa2..x de bajet..


JPO

On the way nak balik ke Putrajaya plak kami singgah kat ayer hitam..ape lagi memborong sakanlah..barang boleh tahan gak murahnya..hasil pencarian dapatlah seekor kuda rotan untuk dak aakif..untuk kakak ngan kakdik saya beli gitar kayu tp kecik punya..kemain suka anak2 ku dapat mainan baru..yang x boleh tahan tu kakak ckp "mummy dah kaya ek sbb tu beli mainan banyak"..aduh nak tergelak betul dengar..kaya lah sangat..

kuda rotan..RM50 je..

Wednesday 12 March 2014

Hasil Karya Aakif..

Taraa ni lah dia hasil karya aakif..mcm x caye je. x tau lah sama ada aakif yang buat or cikgu dia yang buat..klau nak kata cikgu x kan comot sangat kan..klau nak kata aakif yang buat plak mcm lawa sangat..maklumlah aakif ni baru je setahun setengah..x kan lah kan boleh wat karya secantik mcm ni??cantik ke??
Rasa mcm berbaloi gak bayar duit sekolah aakif bila tengok adenye hasil mcm ni..x lah aakif duk main je kan kat sekolah..
sebenarnya banyak lagi hasil karya yang lain..tapi lukisan ni yang menarik minat saya..
Memang berbaloi2 aakif sekolah kat Taska Generasi Gemilang..



Tip Untuk Mendidik Anak Kecil Bersolat..

Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh 
biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah
kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan 
sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam 
kandungan lagi. Tanggungjawab ini memang sesuatu yang 
sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, 
terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti 
solat.


Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.
Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.
Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?

1. Contoh dari Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.
Lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
Jika anak-anak bermain-main semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun.
Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh,  ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

2. Solat secara berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga membawa anak-anak  ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.
Jika berjemaah dirumah, selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,  secara lemah lembut dan berhikmah.

3. Belikan pakaian solat kepada anak kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.”
Dimana boleh dapat tudung-tudung yang comel dan cantik untuk anak kecil? 
Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.

4. Menghargai dan memberi Pujian selepas mereka solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun.
Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : ”Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”

5. Paling Penting, ISTIQAMAH!
Inilah perkara yang paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal dan sukar dikawal.
Jangan mudah mengalah! Diam sebentar, tarik nafas dan tekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. InsyaaAllah, usaha kita tidak akan sia-sia.
Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!

Penutup:
Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak
HOT NEWS