Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Friday 29 November 2013

Cerita Baju Sekolah Part 1

Alahai pejam celik pejam celik esok dah hari terkahir bulan 11. Ini bermakna cuti sekolah dah 2 minggu berlalu. Lagi sebulan lagi kakak akan memulakan sesi persekolahan Darjah 1 Tahun 2014.. Dah nak masuk sekolah anak saya rupanya..so bermulanya tahun depan x bolehlah sesuka hati nak bercuti.kena lah tunggu time cuti sekolah kalau nak berjalan kemana2..tak boleh nak ajar anak memonteng sekolah..kena tunjuk tauladan yang baik kan pada anak2..

Bercerita pasal sekolah hati ni risau plak maklumlah barang kelengkapan sekolah anak masih belum lagi. Hajatnya esok baru nak cari cikit2.. First time beli kelengkapan sekolah kan..macam blur je rasanya..x tau nak beli baju dan kasut berapa pasang..ni belum kira untuk sekolah kafa lagi..Bajet semua barang2 ni maunya 2 3 ratus gak ni..aduyai bocor lah poket mamy esok kan.

Ade gak kawan2 saya ckp masih terlalu awal untuk membuat persiapan membeli baju sekolah..Katanya sekolah lambat lg nak start. Tapi bila sy fikirkan balik anak sulung saya tu comel lote orgnya..takut lambat2 habis plak saiz..Dah jadi satu kerja plak saya nak kena orter baju dia. Better beli awal2 kan..Lantaklah apa org nak cakap pun.

Saya adelah gak search2 kat pakcik google mn tempat2 yang jual baju sekolah yang murah2..Ade yang kata beli kat hari2..tapi masalahnya mana nak cari hari2 kat putrajaya ni..Rasanya x pernah nampak pun kedai Hari2 kat cni..Ade gak yang syorkan beli baju sekolah Jenama Canggih..Beli online je katanya..erm tapi saya ade gak dengar org cakap baju canggih ni cepat jadi warna kuning..ish2 betul ke ni??kesahihannya belumlah dapat dikenal pasti..x pernah cuba kan..apa2 pun esok kita try terjah ek..

Episode akan datang saya akan share gambar kami pergi menerjah baju sekolah..Kedai mana yang kena???Teng3..

Kat bawah ni saya share gambar anak saya yang come lote tu..kecik je kan..Dia cakap dalam kelas dia akan beratur no 2 dari depan..haha itu maknanya dia come lah kan..x boleh cakap pendek kan dia majuk..Pendek mcm mamy dia..haha..Gambar ni diambil masa hari2 terakhir persekolahan pra sekolah SK P8(2).


Happy Besday Abah..





24 November 2013 genap usia abah saya 64 tahun..Walaupun umur dah 64 rambut still hitam lagi..mantain muda abah saya..Ini adalah first time saya sambut besday abah..selalunya hanya ucapan je tapi ntahlah kali ni rasa nak buat sambutan plak..

Pada mulanya abah macam x suka je bila saya nak buat jamuan..Malu agaknya..tapi saya still gak nak buat jamuan.saya cakap saja nak buat makan2 untuk keluarga apa salahnya kan.akhirnya abah setuju gak.tengoklah gambar tu cucu dia je yang terlebih excitednya..maklumlah saya tempah kek coklat moist kegemaran diaorang..habis kek 1kg dikerjakan dorang  hari tu..Saya ade gak wat bihun sup..tu plak kegemaran aakif..

Yang saya x puas hati tu..makcik sebelah rumah tu cbuk je (makcik nab reporter tv3)..dengki bila kita orang buat jamuan untuk abah..katanya dah tua2 pun nak sambut harijadi gak ke??nasib baik makcik leha(jiran belakang rumah) tolong baking..katanya "biarlah anak2 dia nak buat hari jadi untuk ayah dorang, bukan salah pun".ha betul tu makcik leha..saya sokong..suka hati kami lah bukan guna duit ko pun kan..dengki lah tu anak ko x buat celebrate hari jadi ko kan..

Apa2 pun "Selamat Hari Lahir Abah, semoga panjang umur n murah rezeki..Saya sayang abah sangat2.."

Monday 18 November 2013

Solat Sunat Dhuha



Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :


 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )


2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :



Maksudnya:

Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

** Marilah kita bersama-sama mengamalkan Solat Sunat Dhuha setiap hari..Insyaallah rezeki kita akan bertambah dan mendapat keberkatan Allah SWT..**

Wednesday 13 November 2013

"Mudahnya Menjemput Rezeki"

Alhamdulillah..sekarang saya masih lagi boleh berbicara di blog ni..sudah agak lama x berceloteh di sini..Agak cbuk dengan tugas hakiki seharian..

Hari ini saya nak berkongsi isi tajuk sebuah buku yang saya baca semalam..Tajuknya "Mudahnya menjemput rezeki". Saya pasti ade rakan-rakan di luar sana yang dah pun membaca buku ini..sangat menarik isi kandungannya bukan??.. Bagi rakan-rakan yang belum pernah membacanya dapatkanlah segera..Rugi rasanya kalau tidak dapat membacanya..

"Milik kita x semestinya rezeki kita". Itulah kata2 hikmat yang ade dalam buku itu.Nampak simple tapi maksudnya begitu mendalam..Banyak hikmah yang saya dapat ketika baca buku itu. Tersentuh rasa hati..Terasa begitu kerdil kita di sisi Allah..

Sebenarnya kita sebagai manusia kadang2 lalai dengan dunia kita sendiri..Bekerja bersungguh2 x semestinya mendapat rezeki yang lumayan.Kerana rezeki itu daripada Allah. Berapa banyak rezeki kita setiap hari adalah ditentukan oleh Allah SWT.

"Mudahnya Menjemput Rezeki" mengajar kita bahawa rezeki itu mmg mudah utk diperolehi daripada "Mencari Rezeki". Ini kerana kita tidak tahu di mana kita harus "Cari" rezeki kita..Tetapi menjemput rezeki amat mudah kerana kita tahu di mana harus diminta..Hanya daripada Allah SWT.

Di dalam buku itu diceritakan tentang cara2 untuk menjemput rezeki..Hanya perlu amalkan sahaja..Jom rakan2 kita baca buku itu n cuba hayati serta amalkan..Insyaallah rezeki itu akan datang pada kita..
HOT NEWS