Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Tuesday 25 February 2014

Jom Melabur Dalam KPF..

Sape pernah dengar pasal KPF??sape anak peneroka Felda kt cni??Kalau jawapan anda Ya.. apa lagi jom kita pakat ramai2 masuk saham KPF..kat cni saya bg sedikit info cara nak sertai saham KPF ye..

Syarat dan kelayakan untuk sertai KPF:-
 Mestilah 
1) peneroka/isteri/anak peneroka Felda
2) kakitangan Felda/isteri/anak2
3) Warganegara Malaysia
4) 18 tahun ke atas

Langkah nak sertai KPF:-
1) Isi borang untuk sertai KPF..boleh download di sini.Pilih Borang Anggota Baru (Individu)
2) Setelah lengkap diisi, minta pengesahan dari Pejabat Felda masing2 ye..
3) Beli Wang Pos / Masukkan duit ke akaun Maybank KPF 564212301580 sebanyak RM20..
4) Hantar borang permohonan dan wang pos RM20 /salinan slip warna kuning (jgn lupa tulis nama dan no ic kat belakang slip kuning) ke Pejabat Felda
5) Tunggu pengesahan permohonan (dalam 3 bulan gitu).Nanti KPF akan hantar no keanggotaan..
6) Bila dah dapat no keanggotaan so dah boleh melaborlah..Tapi jgn lupa pelaburan hanya boleh dilakukan di kaunter Maybank sahaja ye..Transfer duit melalui Maybank 2U tidak dibenarkan..transfer melalui mesin ATM juga tidak dibenarkan..hanya kaunter je semata2..
7) Bila dah masukkan duit pelaburan guna kaunter Maybank slip warna kuning tuliskan nama, no anggota dan no ic serta borang penambahan pelaburan kenalah hantar ke Pejabat KPF juga..
8) Kalau boleh daftar online..so boleh tengok penyata tahunan secara online je nanti..

Kat cni juga sy nak share senarai dividen KPF untuk tahun 1997 hingga 2013 :-

1997 - 10%
1998 - 11%
1999 - 14%
2000 - 12%
2001 - 12.5%
2002 - 11.5%
2003 - 14.5%
2004 - 14%
2005 - 14%
2006 - 15%
2007 - 16.5%
2008 - 12.5%
2009 - 14%
2010 - 15%
2011 - 18%
2012 - 15%
2013 - 16.5% (giler dasyat)
2014 - Nantikan bulan Julai 2014

Purata setiap tahun mmg atas 10%..betul kan..mmg jauh giler kalau nak dicompare kan dgn ASB..ye x??Tulah ruginye sy selama ni..x ambik port pun pasal KPF ni..cuma kelemahan dia 1 je..Kalau nak keluar tu pyh ckit..nak kena isi borang belian/jualan syer dan kena g Pejabat KPF..better simpan duit yang mmg dikhaskan untuk pelaburan je..dan jgn usik duit tu sampai bila2..

7 comments:

  1. Klu bukan ank felda bleh daftar x?

    ReplyDelete
  2. Kpf adalah perniagaan dalam sektor pernigaan kedai runcit yang wajib ada disetiap felda. warga felda yang poket kosong boleh hutang dengan kedai pkf seperti beras dan lain-lain barang runcit. Pelanggan pkf adalah warga felda, selagi ada peneroka selagi itulah pkf akan terus berniaga.

    Untuk yang bukan warga felda boleh tubuhkan koperasi dan kompul modal dari ahli. Buka kedai runcit secara rangkian macam kedai Kk atau Speedmart99 tu. Bukalah dalam 100 rangkaian cawangan. Keuntungan bolehlah bagi 20% kalau laku macam speedmart. Rahsia laku atau tak laku ni tengok matlamat perniagaan, kalau matlamat nak tolong masyarakat memang laku la mcm speedmart yang berkonsepkan jual murah asal laku.

    ReplyDelete
  3. Cuma masalahnya koperasi ni kadang-kadang ada kes pecah amanah, mungkin perlu ada satu sistem berkomputer yang bijak mengawal integriti kewangan supaya tidak terjadi kes musang berbulu ayam yang merompak duit koperasi. Koperasi perlu dikawal dengan ketat-seketatnya baru boleh selamat. Maklumlah duit.

    ReplyDelete
  4. Utk 2017 dividen kpf hanya tinggal 5% je.....tak lama lagi melingkup ler....saya nak jual dah saham saya.....maceharee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat!!! Dah boleh tahu dividen 2017 tu... Nujum pak belalang kamu ni

      Delete
    2. Kalau nak jual, bgtau sy. sy nak beli semua.

      Delete

HOT NEWS