Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday, 10 March 2014

Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata




Orang dewasa sepatutnya tidur sebanyak 6 jam dalam sehari..Ketidakcukupan tidur boleh menyebabkan mata bengkak atau terjadinya lingkaran gelap di bawah mata..So, hari ni saya nak share cara nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata..

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata adalah seperti berikut:

1. Menggunakan uncang teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit. 

2. Menggunakan timun/ kentang
Potong nipis sebiji timun dan lekapkan hirisan timun itu di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Boleh juga gunakan kentang dan caranya sama seperti timun. 

3. Menggunakan pudina
Lenyekkan beberapa helai daun pudina segar dan letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas sdengan air.

4. Menggunakan madu
Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. Boleh dilakukan sebelum tidur. 

Jom sama2 kita cuba petua ini..Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua..

Nasihat Bagi Ibu Bapa Yang Suka Marah Anak..

Anak ialah amanah dan pinjaman dari Allah SWT kepada umat yang dikehendakinya..Hendaklah kita sebagai umat yang dipilih untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin...Kadangkala perangai anak2 membuatkan kita hilang kesabaran..Tapi ingatlah bahawa mereka masih kecil dan tidak mengerti apa2..Di sini ade tip bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

*Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
* Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
* Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2..

Monday, 3 March 2014

Musibah Tanda Allah Sayang Pada Kita..

Ucapkan Alhamdulillah sekiranya kita ditimpa musibah..sesungguhnya Allah mengingati kita..Setiap ujian dan musibah yang diturunkan oleh Allah kepada umatnya adalah bersebab..Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih kepada kita..Jadi hendaklah kita bersyukur dan jangan sesekali mengeluh..

Doa ketika ditimpa musibah..


Thursday, 27 February 2014

Usah Menambah Dosa Sedia Ada..

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : “ Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.” (an-Nisa:112)

HURAIAN
Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan perangai buruk sesetengah manusia yang telah melakukan maksiat dan kesalahan sama ada kecil atau besar, tetapi kemudiannya menuduh orang lain yang tidak bersalah melakukannya. Orang sebegini pada hakikatnya telah melakukan dua dosa iaitu dosa maksiat itu sendiri dan dosa berdusta atau tuduhan berbohong dan memfitnah. Matlamat orang yang melakukan ini sama ada untuk melepaskan diri daripada hukuman dunia sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat ataupun sengaja untuk menganiaya orang lain, kerana cemburu, iri hati dan dengki.
 
Orang yang melakukan perkara sebegini pastinya menanggung dosa berganda atas apa yang dilakukannya, dan akan dihukum dengan azab yang pedih oleh Allah SWT di akhirat kelak. Selain itu kehidupannya di dunia juga tidak akan selamat dan tenteram lantaran dihantui rasa bersalah, sentiasa bimbang rahsianya terbongkar, kegelisahan yang berpanjangan dan hilang keberkatan terhadap rezeki dan harta benda.
 
Islam telah mengajar kita bahawa Allah SWT itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru bagi seseorang Islam sekiranya terlanjur melakukan dosa atau maksiat maka bersegeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Dengan taubat yang bersungguh-sungguh (taubat nasuha) pastinya Allah akan mengampunkan dosa, dan jangan sekali kali mengulangi lagi maksiat dengan menuduh orang lain melakukan dosa tersebut. Sesungguhnya Allah SWT penerima taubat dan suka pada hamba-hamba Nya yang sentiasa bertaubat.
 
KESIMPULAN
 
Islam melarang umatnya menuduh orang yang tidak bersalah melakukan dosa atau maksiat, tuduhan ini amat berat ditanggung oleh orang yang menerima tuduhan tersebut, bagi orang  yang menuduh melakukan maksiat sebegini akan menanggung dosa yang besar kerana memfitnah orang lain. Sebelum terlambat hendaklah bertaubat, bagi setiap dosa atau maksiat yang terlanjur dialakukan maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana Allah SWT itu Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang.
HOT NEWS