Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Thursday, 27 February 2014

Usah Menambah Dosa Sedia Ada..

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : “ Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.” (an-Nisa:112)

HURAIAN
Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan perangai buruk sesetengah manusia yang telah melakukan maksiat dan kesalahan sama ada kecil atau besar, tetapi kemudiannya menuduh orang lain yang tidak bersalah melakukannya. Orang sebegini pada hakikatnya telah melakukan dua dosa iaitu dosa maksiat itu sendiri dan dosa berdusta atau tuduhan berbohong dan memfitnah. Matlamat orang yang melakukan ini sama ada untuk melepaskan diri daripada hukuman dunia sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat ataupun sengaja untuk menganiaya orang lain, kerana cemburu, iri hati dan dengki.
 
Orang yang melakukan perkara sebegini pastinya menanggung dosa berganda atas apa yang dilakukannya, dan akan dihukum dengan azab yang pedih oleh Allah SWT di akhirat kelak. Selain itu kehidupannya di dunia juga tidak akan selamat dan tenteram lantaran dihantui rasa bersalah, sentiasa bimbang rahsianya terbongkar, kegelisahan yang berpanjangan dan hilang keberkatan terhadap rezeki dan harta benda.
 
Islam telah mengajar kita bahawa Allah SWT itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru bagi seseorang Islam sekiranya terlanjur melakukan dosa atau maksiat maka bersegeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Dengan taubat yang bersungguh-sungguh (taubat nasuha) pastinya Allah akan mengampunkan dosa, dan jangan sekali kali mengulangi lagi maksiat dengan menuduh orang lain melakukan dosa tersebut. Sesungguhnya Allah SWT penerima taubat dan suka pada hamba-hamba Nya yang sentiasa bertaubat.
 
KESIMPULAN
 
Islam melarang umatnya menuduh orang yang tidak bersalah melakukan dosa atau maksiat, tuduhan ini amat berat ditanggung oleh orang yang menerima tuduhan tersebut, bagi orang  yang menuduh melakukan maksiat sebegini akan menanggung dosa yang besar kerana memfitnah orang lain. Sebelum terlambat hendaklah bertaubat, bagi setiap dosa atau maksiat yang terlanjur dialakukan maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana Allah SWT itu Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wednesday, 26 February 2014

Langkah Menangani Stress Di Tempat Kerja..

Jangan stress2 nanti muka cepat tua..Jom ikuti langkah2 untuk menangani stress ni :-

1) Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
-Akui kekuatan dan kelemahan diri
-Bersikap positi semasa bekerja

2) Rancang Kerja Anda
-Kendali masa dengan bijak
-Lakukan kerja mengikut keutamaan
-Elak bawak balik kerja ke rumah

3) Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
-Lihat masalah dengan rasional
-Rancang penyelesaian secara sistematik
-Kenalpasti masalah mengikut keutamaan'

4) Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
-Sentiasa bersikap terbuka dan bertolak ansur

5) Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
-Amalkan sikap tegas bukan garang
-Hormati pandangan rakan sekerja

6) Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
-Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
-Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
-Luangkan masa untuk membantu rakan yang bermasalah

7) Amalkan Cara Hidup Sihat
-Belajar untuk relaks
-Tidur yang cukup
-Bersenam selalu
-Berpegang teguh pada ajaran agama..

--------------------------------------------Jom Kita Amalkan----------------------------------------------


Tuesday, 25 February 2014

Jom Melabur Dalam KPF..

Sape pernah dengar pasal KPF??sape anak peneroka Felda kt cni??Kalau jawapan anda Ya.. apa lagi jom kita pakat ramai2 masuk saham KPF..kat cni saya bg sedikit info cara nak sertai saham KPF ye..

Syarat dan kelayakan untuk sertai KPF:-
 Mestilah 
1) peneroka/isteri/anak peneroka Felda
2) kakitangan Felda/isteri/anak2
3) Warganegara Malaysia
4) 18 tahun ke atas

Langkah nak sertai KPF:-
1) Isi borang untuk sertai KPF..boleh download di sini.Pilih Borang Anggota Baru (Individu)
2) Setelah lengkap diisi, minta pengesahan dari Pejabat Felda masing2 ye..
3) Beli Wang Pos / Masukkan duit ke akaun Maybank KPF 564212301580 sebanyak RM20..
4) Hantar borang permohonan dan wang pos RM20 /salinan slip warna kuning (jgn lupa tulis nama dan no ic kat belakang slip kuning) ke Pejabat Felda
5) Tunggu pengesahan permohonan (dalam 3 bulan gitu).Nanti KPF akan hantar no keanggotaan..
6) Bila dah dapat no keanggotaan so dah boleh melaborlah..Tapi jgn lupa pelaburan hanya boleh dilakukan di kaunter Maybank sahaja ye..Transfer duit melalui Maybank 2U tidak dibenarkan..transfer melalui mesin ATM juga tidak dibenarkan..hanya kaunter je semata2..
7) Bila dah masukkan duit pelaburan guna kaunter Maybank slip warna kuning tuliskan nama, no anggota dan no ic serta borang penambahan pelaburan kenalah hantar ke Pejabat KPF juga..
8) Kalau boleh daftar online..so boleh tengok penyata tahunan secara online je nanti..

Kat cni juga sy nak share senarai dividen KPF untuk tahun 1997 hingga 2013 :-

1997 - 10%
1998 - 11%
1999 - 14%
2000 - 12%
2001 - 12.5%
2002 - 11.5%
2003 - 14.5%
2004 - 14%
2005 - 14%
2006 - 15%
2007 - 16.5%
2008 - 12.5%
2009 - 14%
2010 - 15%
2011 - 18%
2012 - 15%
2013 - 16.5% (giler dasyat)
2014 - Nantikan bulan Julai 2014

Purata setiap tahun mmg atas 10%..betul kan..mmg jauh giler kalau nak dicompare kan dgn ASB..ye x??Tulah ruginye sy selama ni..x ambik port pun pasal KPF ni..cuma kelemahan dia 1 je..Kalau nak keluar tu pyh ckit..nak kena isi borang belian/jualan syer dan kena g Pejabat KPF..better simpan duit yang mmg dikhaskan untuk pelaburan je..dan jgn usik duit tu sampai bila2..

Tuesday, 18 February 2014

Festival Kucing Putrajaya 2014..

Baru2 ni iaitu 15 & 16 February 2014 bertempat di Dewan Cempaka, Perbadanan Putrajaya berlangsungnya Festival Kucing Putrajaya 2014..wah skema ayat kan..hehe

Yang pastinya kami sekeluarga sempatlah berkunjung ke festival tersebut pada sabtu tu..tapi sedihnya x brape ramai pun lg kucing yang ade..yang tambah sedihnya lagi bunyi kucing mengiau langsung x kedengaran..semua kucing yang ade malas belaka ke.. asyik tidur je..maklumlah dok tempat berecon kan sedaplah tdo..kat depan pejabat kehakiman tu berlangsung plak pameran kereta berhias.cantik2 semua kereta yang dipamerkan..jom kita layan gambar2 yang sempat sy snap pada hr tersebut.tp sorrylah gambar pameran kereta x dpt nk di share sbb dlm handset my hubby..

gebunya..


peace yo..

kalau bab bergambar mmg excited..

lebatnya bulu..

tdo je..
anak daraku..

HOT NEWS