Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Wednesday, 12 March 2014

Tip Untuk Mendidik Anak Kecil Bersolat..

Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh 
biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah
kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan 
sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam 
kandungan lagi. Tanggungjawab ini memang sesuatu yang 
sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak, 
terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti 
solat.


Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.
Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.
Namun kaedah mendidik anak kecil solat ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap. Apakah kaedah tersebut?

1. Contoh dari Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan terdekat dengan anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.
Lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
Jika anak-anak bermain-main semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun.
Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh,  ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

2. Solat secara berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga membawa anak-anak  ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.
Jika berjemaah dirumah, selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,  secara lemah lembut dan berhikmah.

3. Belikan pakaian solat kepada anak kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.”
Dimana boleh dapat tudung-tudung yang comel dan cantik untuk anak kecil? 
Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.

4. Menghargai dan memberi Pujian selepas mereka solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun.
Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : ”Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”

5. Paling Penting, ISTIQAMAH!
Inilah perkara yang paling penting dalam mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal dan sukar dikawal.
Jangan mudah mengalah! Diam sebentar, tarik nafas dan tekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat. Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. InsyaaAllah, usaha kita tidak akan sia-sia.
Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!

Penutup:
Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak

Monday, 10 March 2014

Petua Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata




Orang dewasa sepatutnya tidur sebanyak 6 jam dalam sehari..Ketidakcukupan tidur boleh menyebabkan mata bengkak atau terjadinya lingkaran gelap di bawah mata..So, hari ni saya nak share cara nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata..

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata adalah seperti berikut:

1. Menggunakan uncang teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit. 

2. Menggunakan timun/ kentang
Potong nipis sebiji timun dan lekapkan hirisan timun itu di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Boleh juga gunakan kentang dan caranya sama seperti timun. 

3. Menggunakan pudina
Lenyekkan beberapa helai daun pudina segar dan letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas sdengan air.

4. Menggunakan madu
Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. Boleh dilakukan sebelum tidur. 

Jom sama2 kita cuba petua ini..Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua..

Nasihat Bagi Ibu Bapa Yang Suka Marah Anak..

Anak ialah amanah dan pinjaman dari Allah SWT kepada umat yang dikehendakinya..Hendaklah kita sebagai umat yang dipilih untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin...Kadangkala perangai anak2 membuatkan kita hilang kesabaran..Tapi ingatlah bahawa mereka masih kecil dan tidak mengerti apa2..Di sini ade tip bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

*Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
* Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
* Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Semoga apa yang dikongsikan dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak2..

Monday, 3 March 2014

Musibah Tanda Allah Sayang Pada Kita..

Ucapkan Alhamdulillah sekiranya kita ditimpa musibah..sesungguhnya Allah mengingati kita..Setiap ujian dan musibah yang diturunkan oleh Allah kepada umatnya adalah bersebab..Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih kepada kita..Jadi hendaklah kita bersyukur dan jangan sesekali mengeluh..

Doa ketika ditimpa musibah..


HOT NEWS