Benarlah kata orang-orang tua kita, “Melentur buluh
biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah
kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan
sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam
kandungan lagi. Tanggungjawab ini memang sesuatu yang
sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak,
terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti
solat.
biarlah daripada rebungnya..”. Anak-anak, perlulah
kita mendidik mereka sejak dari kecil lagi, bahkan
sesetengah orang mula mendidik anak sejak dari dalam
kandungan lagi. Tanggungjawab ini memang sesuatu yang
sangat besar bagi kita ibu bapa apabila mempunyai anak,
terutamanya apabila berkaitan dengan soal ibadat seperti
solat.
Bagaimana kita boleh mendidik anak kecil solat?
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka
Memang menjadi cabaran buat kita untuk
mendidik anak kecil solat pada waktu sekarang kerana banyak godaan lain
yang lebih menarik perhatian mereka seperti Televisyen dan Ipad.
Tapi kita sebagai ibubapa tidak boleh
berputus asa dalam memastikan anak kita untuk mula solat sejak dari
kecil. Anak-anak kecil hati mereka masih lembut lagi dan masih senang
untuk membentuk mereka menjadi muslim yang taat.
Namun kaedah mendidik anak kecil solat
ini haruslah mempunyai perancangan dan dilaksanakan secara bertahap.
Apakah kaedah tersebut?
1. Contoh dari Ibu Bapa
Ibu bapa adalah insan terdekat dengan
anak sejak dilahirkan. Oleh itu ibu bapalah sebagai model terbaik kepada
anak-anak untuk memulakan sesuatu perkara. Ibu bapa yang bersolat pasti
mampu merangsang anak-anak rajin bersolat. Sebaliknya ibu bapa yang
liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak
langkah yang sama.
Lakukanlah di tempat terbuka yang anak
mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Jika sejak
kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat,
Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah
melakukan ketaatan bersolat yang menjadi tiang agama.
Jika anak-anak bermain-main semasa kita
solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga
pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga
memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila
ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak
mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun.
Namun, pastikan anak-anak kita suci dari
najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis
mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan
lemah lembut.
Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh, ayah nak solat.” Kata-kata
demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat
itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
2. Solat secara berjemaah
Ikhtiarkan supaya dapat bersolat secara
berjemaah bersama-sama sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Boleh juga
membawa anak-anak ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil
supaya mereka terbiasa dengan suasana beribadah. Pupuk rasa cintakan
pada masjid dan majlis-majlis ilmu disana.
Jika berjemaah dirumah, selepas solat,
zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek
pada anak-anak tentang agamanya. Ingatkan mereka tentang kewajipan solat
dan ancaman dosa. Nyatakan harapan anda supaya mereka menjaga solat,
secara lemah lembut dan berhikmah.
3. Belikan pakaian solat kepada anak kecil
Sediakan tudung kecil yang cantik untuk
anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka
dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.”
Dimana boleh dapat tudung-tudung yang
comel dan cantik untuk anak kecil?
Mungkin mereka hanya memakainya tidak
sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka.
Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung atau
songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat.
4. Menghargai dan memberi Pujian selepas mereka solat
Berikan pelukan dan ciuman yang paling
hangat kepada mereka jika mereka mengikut kita solat bersama-sama. Tidak
kisahlah walau berapa rakat sekali pun.
Kadang kala, mereka hanya mengangkat
takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan
mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : ”Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”
5. Paling Penting, ISTIQAMAH!
Inilah perkara yang paling penting dalam
mendidik anak kecil supaya mula bersolat, iaitu ibu bapa itu sendiri
perlu ISTIQAMAH. Kadang-kadang kita berasa penat untuk mengajak anak
supaya bersiap dan solat bersama-sama, terutamanya anak kecil yang nakal
dan sukar dikawal.
Jangan mudah mengalah! Diam sebentar,
tarik nafas dan tekalkan hati untuk kembali mengajak anak bersolat.
Anggap sahaja ini satu jihad untuk agama. InsyaaAllah, usaha kita tidak
akan sia-sia.
Jika kita biarkan dia meninggalkan solat
walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika
meninggalkan solat. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang
dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat. Ceritakan juga kepada
mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk
solat. Jadi kita kena lawan!
Jika anak bertanya kepada ibu kenapa
tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana
kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah
solat.. Haru dibuatnya!
Penutup:
Amalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.”
Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik buat kita di akhirat kelak
No comments:
Post a Comment