Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Sunday, 28 April 2013

Petua Putihkan Muka

Hari ni saya nak berkongsi tip untuk putihkan muka..Nak jadi putih melepak tu tak lah kot tapi bolehlah membantu untuk cerahkan sikit kulit muka. Jom baca entry ni.Nanti free2 bolehlah try kan..

Ambil sebatang timun batang dan diparut isi dalamnya. Kemudian campurkan bersama 1/2 biji air perahan limau nipis berserta dengan sedikit bedak sejuk. Gaulkan hingga sebati dan pakai pada muka tiap-tiap malam macam pakai masker. Biarkan kering dulu. Lepas dah kering bolehlah dibasuh muka dengan air sehingga bersih. Insyaallah muka akan jadi lebih cerah, bersih dan segar.


Ni lah contoh cara nak buat

Alergi Kulit

Kisahnya bermula begini..mcm suspen je cerita ni kan..

Pada 25 April 2013 yang lalu, ketika mengambil aakif dari taska saya terkejut sebab badan anak saya naik ruam-ruam merah. Cikgu aakif pun nampak macam takut je disebabkan badan aakif jadi macam tu. Bila saya tanya cikgu kenapa dengan aakif ni??cikgu cakap tak tahu. Lepas mandi je terus naik merah-merah.

Saya pun terus ambik aakif bawak balik. Sampai je rumah bukak baju terkejut lah tengok badannya merah menyala. Terfikir sendiri kenapa pulak dengan aakif ni..salah makan atau alergik air masa mandi.

Saya pun terus mandi dan sabunkan badan aakif dengan sabun marine essence. Husband ajak g klinik maria tapi saya cakap tak pe mandikan dulu n tengok lepas maghrib ni. Kalau x berkesan apa-apa baru bawak g klinik.

Ajaibnya pas maghrib tu dah hilang. Ni semua gara-gara menggunakan sabun marine essence dan dengan izin Allah. Alhamdulillah syukur sangat. Memang sabun ni sesuai sangat dengan anak saya.



                                                  Ni lah keadaan badan aakif masa alergik tu


                                                               Taraa sekarang dah ok..

Friday, 26 April 2013

Inginkan Wajah Berseri??





Wajah yang berseri-seri adalah dambaan setiap wanita. Betul tax cakap saya??Kat sini saya nak kongsikan sikit cara-cara untuk dapatkan wajah berseri-seri. Jom kita amalkan sama-sama.

Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajahmu. Kamu boleh menyegarkan matamu dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.

Skrub Wajah
Skrub wajahmu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.

Masker Wajah
Apa kata kamu cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan wajahmu di pagi hari. Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah kamu akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya.

Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood kamu. Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan kamu gembira, bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.

Kuasa Mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri

Wednesday, 24 April 2013

Bergaya di atas BVSM

Senyum dek senyum!!!

Ha ini lah dia gaya si Aakif  bergaya di atas alas tilam Bio Velocity Sleep Mate..Comel x?? Anak saya ni lelaki tau. Jangan salah sangka plak. Saya saje je pakaikan dia tudung. Sebenarnya gambar ni diambil lepas balik dari keje. Disebabkan hari hujan dan saya pulak x bawak payung terpaksalah ambik tudung kakak dan pakaikan pada Aakif supaya kepala dia x kena hujan. 
Alih2 tengok cam comel je pakai tudung macam muka perempuan so saya snaplah gambar dia sekeping..

HOT NEWS