Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday, 8 April 2013

Darah Tinggi



Darah tinggi merupakan keadaan di mana terjadi peningkatan tekanan darah sistolik dan diastolik dengan konsisten di atas 140/90 mmHg. Tahuka anda peningkatan tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan strok dan kematian. Oleh itu, marilah bersama-sama kita amalkan gaya hidup sihat supaya kita terhindar dari menghidapi penyakit tekanan darah tinggi ini.

Cara Mencegah Darah Tinggi
1) mengawal berat badan supaya tidak berlebihan (obesiti)
2) mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara mengurangkan dan menghilangkan kebiasaan merokok, minum minuman yang mengandungi alkohol dan kafein.
3) mengawal stress dengan tepat. Stress dapat menyebabkab peningakatan tekanan darah.
4) mengamalkan makanan sihat rendah lemak dan kaya sumber vitamin serta mineral seperti buah dan sayur.
5) mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu minimum 8 jam sehari.

Di sini saya nak kongsikan testimoni seorang akak ni yang menghidapi tekanan darah tinggi dan migrain yang serius sejak 15 tahun yang lalu dan kini beliau telah pulih setelah menggunakan produk Bio Velocity SleepMate. Sampai bila kita nak berharapkan ubat dari hospital sahaja. Marilah kita sama-sama berusaha menghindarinya. Insyaallah mudah-mudahan kita terselamat dari terkena penyakit ini. 

Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibubapa hadiahkan kepada mereka tanda kita menghargai dan menyayangi kita selama ini. Apa salahnya kita berbelanja sedikit untuk kesihatan ibubapa kita jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka membesarkan kita selama ini. Renung-renungkan..


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini bolehlah hubungi saya :-

Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com


Senggugut...

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak bercerita pasal senggugut..Anda pernah mengalaminya???Sesiapa yang pernah mengalaminya mesti tau betapa sakitnya senggugut..

Apa itu senggugut??
Senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Senggugut di bahagikan kepada 2 jenis.

Senggugut yang pertama dialami dalam beberapa tahun pertama selepas akil baligh di mana pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2 hingga 3 tahun kemudian. Rasa sakit semasa haid ini adalah disebabkan oleh kucupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah yang bercampur sedikit tisu daripada selaput edrometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin sakitnya ringan sementara yang lain akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza. Ada yang mengalaminya sehari dan ada juga yang mengalaminya berhari-hari.

Senggugut jenis kedua ialah 'congestive dysmenorrhea' yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimnya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam peranakan. Di antara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti 'endometriosis', 'adenomyosis', 'fibroids' dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan.

Secara ikhlasnya saya juga mengalami senggugut dari remaja sehingga sekarang. Saya tahu betapa sakitnya senggugut. Kadang-kadang menangis sampai tak keluar air mata sebab sakit yang amat sangat.

Sebagai langkah untuk menghilangkan kesakitan ini kita akan memakan pelbagai jenis pil yang terdapat di pasaran. Tahukan anda memakan ubat yang terlalu banyak dan tidak megikut arahan doktor juga boleh membahayakan kesihatan???

Tetapi bagi sesiapa yang di luar sana yang mengalami senggugut jangan risau kerana saya sudah jumpa penyelesaiannya. Apa kata anda cuba Bio Velocity Sleep Mate. Saya juga sudah mencubanya. Alhamdulillah saya tidak mengalami senggugut lagi. Di sini saya sertakan testimoni untuk tatapan para pembaca semua.


Bagi sesiapa yang berminat atau inginkan keterangan lebih lanjut tentang produk ni bolehlah hubungi saya :-


Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com




Sunday, 7 April 2013

Kisah ekzema baby aakif

Hai..hari ni saya nak cerita pasal ekzema baby aakif..Siapa baby aakif???Baby aakif tu sebenarnya anak ketiga saya yang kini berusia 6 bulan..Alhamdulillah dah besar anak saya sekarang..Rasa mcm baru semalam melahirkan dia..

Kulit aakif ni istimewa ckit.Itulah kata doktor Nazim.Nape istimewa??sebab aakif ni ade ekzema dan memerlukan penjagaan yang lebih ckit. Aakif  alah pada panas.Kalau cuaca panas je mesti naik bintit-bintit merah pada muka dan badan dia. Satu lagi aakif ni tak boleh makan sebarangan nestum. Kalau salah makan mesti naik bintit-binti merah gak macam kena taik ulat. So setiap hari saya akan sapukan ubat ekzema pada seluruh badan dia. Selain itu, kulit aakif juga akan jadi kekeringan dan perlu pakai losyen setiap 2 jam sekali. Cuba lah bayangkan kalau dah hantar taska nak ke cikgu sapukan losyen setiap 2 jam sekali???mesti jawapannya x..

Alhamdulillah sekarang kulit aakif dah beransur pulih. Dah tak perlu pkai ubat ekzema lagi.Nak tau rahsianya???Saya gunakan sabun marine essence setiap kali mandikan aakif. Saya sendiri pun menggunakan sabun ini sebagai pencuci muka dan sabun kerana kulit saya pun elergik.Sekiranya anda atau anak anda mempunyai masalah kulit macam aakif bolehlah mencuba produk marine essence ini..Hubungi saya sekarang untuk keterangan lebih lanjut:-


Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com


Thursday, 4 April 2013

Bayi Ekzema

Apa itu ekzema???

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia 
dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.


Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. Selain itu, cubalah marine essence. Sabun ini dapat mencegah kulit anak anda dari kekeringan. Saya sudah pun mencubanya. Ternyata mujarab. Untuk info lebih lanjut boleh hubungi saya :-



Call / sms ayu : 017-9776104
Facebook : Normas Idayu
Fanpage : Businessmoms / BB Plus College-Rahsia Kulit Cantik
email : businessmoms2013@gmail.com / moms_2013@yahoo.com

HOT NEWS