Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan semoga ibadah puasa yang kita lakukan pada tahun ini mendapat keberkatan Allah SWT.
Ini bukan kali pertama saya cerita pasal ekzema. Sebelum ni saya ade cite pasal anak ketiga saya aakif alah susu lembu kan. Ingat lagi tak kawan-kawan?? Mesti korang ingat cite pasal ekzema aakif ni dah berakhir kan..
Saya pun mulanya ingat dah berakhir ropenya belum lagi..Ingatkan bila aakif dah start minum Isomil oklah kan. So far kulit aakif memang dah ok. Dah tak ade naik ruam2 merah lagi tapi sembelitlah pulak..Mulanya saya ingat mungkin bancuhan susu terlalu pekat n saya lebihkan air cikit masa bancuh tapi still sembelit. Di sebabkan tak puas hati masa cucuk pneumococcol di Az-zahra baru-baru ini saya bangkitkan isu ni pada dr Nazim. Rupa-rupanya sembelit atau cirit birit juga salah satu tanda alahan. Baru saya tahu. Maknanya aakif ni alah juga pada susu soya. So dr Nazim bagi susu Novalac novarice..susu yang diperbuat daripada beras..Tapi aakif plak tak nak minum..memang patutlah tak nak sebab tak sedap n baunya plak busuk. Saya yang nak membancuh pun nak muntah rasanya..
Hari ni saya try plak g farmasi. Tanya kot-kot ade susu lain yang sesuai untuk dicuba oleh aakif.. Tapi jawapan yang dapat amat mengecewakan..memang dah tak ade susu lain selain susu lembu, soya n kambing..so jawabnya aakif terpaksa minum isomil lagi sampai tak tahulah bila..kesian sebenarnya tengok dia buang air besar. Berdarah tau..Asyik menangis je saya pun rasa macam nak menangis gak. Ibu mana yang sanggup tengok anak sakit kan..
So kawan-kawan yang diluar sana yang mempunyai info yang berguna bolehlah kongsikan...Bantuan anda amat saya harapkan..Bye..
hai puan,
ReplyDeleteantara formula untuk bayi alergik protein susu: nutramigen by enfamil, nutricia neocate LCP, similac alimentum. biasanya hanya ada di farmasi, esp yg hospital-based. ataupun boleh minta tolong farmasi utk booking. tapi saya tidak pasti bagaimana rasanya formula-formula tersebut kerana tidak pernah membancuh/merasanya. setuju, novarice tu mesra alam dengan allergic babies, namun rasa dan baunya pelik dan tak diterima dengan senang...