Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Tuesday, 31 December 2013

Angan2 2014..

Belajar Menjahit
Impian nak belajar menjahit ni sebenarnya dah lama difikirkan cuma dilaksanakan belum lagi..Sebenarnya saya ni bukanlah x pandai menjahit langsung..dah ade pun basic menjahit..setakat nak menjahit langsir biasa2 @ baju kurung biasa2 tu pandai lah gak..semua ni ilmu yang diperolehi drpd ibu saya..ibubapa saya memang seorang tukang jahit pun..tu yang minat menjahit turun pada saya..saya ni nak belajar sbb nak jahit baju sendiri & anak2 je..tapi kalau diizinkan Allah nak juga jadikan menjahit ni sebagai pendapatan sampingan.(impian masa depan..hehe)

Memiliki Mesin Jahit
Ooo ye kalau nak belajar menjahit mestilah kena ade mesin jahit kan..x kan lah nak jahit baju kurung guna tangan..agak2 lah..bila lah nak siap baju tu..Cuti nanti nak try servey harga..rasanya nak beli jenama singer..any idea jenama ape yang elok dan murah..

Menjahit Baju Raya Anak2
Serius mmg saya teringin sangat nak menjahit baju raya sendiri & anak2 untuk tahun 2014 ni..Itulah impian saya..harap2 jadi kenyataan..

Bye2 2013 and Welcome 2014...

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2013..Saya berharap sangat agar tahun 2014 boleh memberi sinar kebahagian dan kesenangan kepada saya dan keluarga..

Kalau nak berkongsi kenangan 2013 rasanya banyak pahit daripada kenangan manis..Yang paling pahit adalah ditipu orang yang sangat dipercayai..saya ditipu lebih kurang RM35K..rasa sedih yang teramat sangat kerana terpaksa menanggung hutang sehingga sekarang..x perlulah saya menceritakan namanya..x baik membuka aib orang kan..saya berharap agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya..Kerana duit manusia  hilang pertimbangan dan keimanan..

2014..Impian untuk mengubah hidup menjadi yang lebih baik dari semua segi..Harap2 impian saya akan menjadi kenyataan dan berharap agar Allah permudahkan segala urusan yang berkaitan dengannya..Aamin..


Monday, 30 December 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2014

Pejam celik pejam celik dan tinggal  2 hari saja lagi tahun 2013 akan berakhir..cepatnya masa berlalu kan..

Bagi kakitangan awam yang sedang mencari2 takwim pembayaran gaji bagi tahun 2014..kat cni saya share ckit..semoga menjadi panduan dalam pengurusan kewangan kawan2 semua..



Pembayaran Bonus Kakitangan Kerajaan..

Berita yang ditunggu2 telah tiba..Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada seluruh kakitangan awam di negara ini mulai awal januari 2014. Pembayaran bonus ini juga dikenali sebagai Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Tarikh pembayaran bonus Kakitangan Awam ialah pada 2 Januari 2014.

Walaupun hanya setengah bulan gaji dan dapat pun awal bulan januari kita patut rasa bersyukur..dapatlah menampung perbelanjaan persekolahan anak2 kan..Alhamdulillah aminnn..
HOT NEWS