Nuffnag
ToTaL pAgEvIeWs
Wednesday, 12 June 2013
Migrain
Assalamualaikum..chat hari ni??erm dah lama sangat rsnya x menulis kt blog ni..busy sesangat..ade je keje yang nak dibuat & banyak perkara yang nak difikir..
Oklah hari ni saya nak tulis entri pasal MIGRAIN..
Anda ade migrain??Alhamdulillah..nasib baik saya tak mengalaminya..harap2 TAK akan mengalaminya..bukan ape saya tengok kwn saya yang kena migrain tu teruk sangat. Ada sampai 1 tahap sanggup hentak kepala kat dinding sebab sakit sangat..ooi takut saya tengok ngeri pon ada.
Ade sesetangah orang yang x tahu sebenarnya dia mengalami migrain. Mereka ingatkan hanya sakit kepala biasa saje. So kat cni saya nak bagi tahu di antara tanda-tanda anda mengalami migrain..
Tanda-tanda Migrain
-Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata.
-Kesakitan yang teramat sangat dan berdenyut.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap
-Tekak terasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit menjadi sensatif pada sebarang bunyi dan suara. (Rasa nak marah)
-Serangan biasanya berakhir dalam tempoh 4-72 jam
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak2 dan membesar di bahagian tertentu anggota badan.
* Jika anda mengalami salah satu daripada tanda di atas haruslah berjaga-jaga.
Cara menghindari migrain
-Makanan yang mengandungi tyramine seperi keju
-Makanan yang mengandungi monosodiumglumate (MSG)
-Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minumam yang mengandungi kafien berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biarkan perut kosong.
Bagi sesiapa yang sudah ada migrain dan ingin memulihkan @ sesiapa yang ingin mengelakkan diri dari terkena migrain bolehlah cuba cara di atas. Nak cara yang lebih mudah??Senang je..Jom kita guna Bio Velocity Sleep Mate..Lagi senang hanya perlu baring je setiap hari..Klik sini untuk lihat testimoni pesakit migrain yang pulih dengan menggunakan Bio Velocity Sleep Mate
Monday, 3 June 2013
Power Cermin Mata Dah Turun!!!
Great News..Power cermin mata saya dah turun dari 500 ke 400??X percaya???saya pun sampai skrg masih tak percaya sebenarnya..
Sejak akhir2 ni saya asyik rasa macam pening kepala.Rasanya dah dekat 2 minggu kot .tambah lagi time bawak kereta..macam x boleh nak fokus..tapi nasib baik rumah dekat je dengan office so drive tu tak lah jauh sangat..Dah terfikir rasanya ade something dekat mata ni..maklumlah dah dekat 2 tahun kot tak menukar cermin mata.
Disebabkan terlalu sibuk dan x ade masa nak ke kedai cermin mata so saya biarkan aje sampai satu tahap rasa tak boleh nak tahan akhirnya 31 Mei lalu saya pun mengajak en Am (husband saya lah) ke kedai di cermin mata yang terletak di Warta, Bangi. Sampai je kat kedai tu cik adik manis bertanya "bila kali terkahir puan buat cermin mata ni??". Masa tu terfikir2 bila agaknya ye..Rasanya dah lama kot. Maklumlah cermin pun dah nak pecah sebenarnya..Hahaha nampak sangat lamanya kan.
Setelah cik adik manis membuat cek power pada cermin mata lama dia pun cek power pada mata saya.
Setelah dah siap2 tu cik adik manis pun membuat perbandingan result di antara keduanya..Masa tu lah terkejut bagai nak rak tu. Macam mana boleh power mata sebelah kanan boleh turun dari 500 ke 400. Seingat sayalah sepanjang saya pakai cermin ni semenjak umur 16 tahun x pernah sekalipun setiap kali buat cermin mata baru power cermin mata akan turun.selalunya asyik naik je. Ini first time beb..gembira bukan main lah.. Terdetik dalam hati "ini mesti penangan BV ni".alhamdulillah...
Betul lah apa kata k.yan dengan menggunakan Bio Velocity Sleep Mate pun boleh menurunkan power cermin mata seperti mana yang berlaku pada dia..mulanya saya ragu2 gak masa k.yan bercerita tu tp bila dah alaminya sendiri barulah saya tahu..syukur alhamdulillah..harap2 selepas ni x yah pakai cermin mata lagi. Leceh pakai spek ni sebenarnya..lagipun x cun sangat kot..kui3..
So sesiapa yang agak2 x percaya boleh cuba sendiri. saya cabar anda..hahaha..
please contact me 017-9776104 untuk info lanjut..
Wednesday, 22 May 2013
Asma-Cara Menangani
Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk. Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.
Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil.
Hasil kajian terbaru juga menunjukkan Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.
Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.
Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.
“Statistik ini amat merisaukan terutama kesan penyakit ini terhadap pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan mereka.
“Bagaimanapun dengan rawatan yang tepat dan pencegahan, kawalan terhadap asma boleh dicapai. Malangnya, kerana kekurangan pemahaman, ramai ibu bapa dan guru salah faham mengenai penyakit ini mengakibatkan kanak-kanak terhalang dari menyertai kegiatan semasa kecil yang normal seperti menginap di rumah rakan dan kegiatan fizikal walhal asma boleh dirawat secara efektif dan kebanyakan pesakit mampu mengawalnya dengan baik,” katanya pada majlis perasmian Kempen Asma di Sekolah bersempena Hari Asma Sedunia di Sekolah Cempaka Damansara, baru-baru ini.
Bersempena kempen itu juga, Pek Asma Sekolah (Breathe Asthma Kit) diperkenalkan khusus untuk pelajar, ibu bapa dan guru. Pek ini mengandungi maklumat berguna mengenai asma, penyebab tercetusnya asma dan pilihan rawatan, serta maklumat bantuan kecemasan tatkala diserang asma.
Dr Norzila berkata, sasaran merawat asma adalah untuk mencapai dan mengekalkan kawalan terhadap penyakit ini. Apa yang dimaksudkan dengan mengawal asma ialah pesakit tidak atau menggunakan sedikit saja ubatan penahan (reliever) dua kali atau kurang dalam seminggu; tidak terjaga malam akibat lelah; kurang mengalami simptom asma atau tiada langsung; aktiviti fizikal yang normal dan tidak terbatas; asma tidak bertambah teruk dan fungsi paru-paru hampir normal.
“Kempen asma di sekolah adalah pentas paling berkesan mendidik guru dan kakitangan sekolah bagaimana mereka boleh membantu pelajar yang menghidap asma untuk mempertingkatkan pengurusan penyakit mereka sekali gus mengubah persepsi yang salah terhadap asma.
“Kami percaya pemahaman mengenai asma amat penting untuk memberikan yang bermutu kepada kanak-kanak. Kempen asma di sekolah ini misalnya, akan menyumbang kepada perkembangan persekitaran sekolah yang lebih sihat untuk pelajar selain meningkatkan kawalan penyakit asma dan mengurangkan pesakit asma yang memasuki hospital yang dijangka mencecah 50 peratus menjelang 2015.”
Gejala asma:
* Batuk (pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
* Susah bernafas (sesak nafas)
* Nafas berbunyi
* Dada berasa ketat dan tegang
Cegah serangan asma:
* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
Kini ada cara yang mudah untuk memulihkan penyakit asma. Jom kita try guna Bio Velocity Sleep Mate (BVSM). Ramai yang dah mencuba BVSM dan mendapat kesan positif. Sama-sama lah kita berusaha. Insyaallah akan pulih dengan izin Allah..
Untuk keterangan lanjut mengenai produk sila hubungi saya 017-9776104
Thursday, 16 May 2013
Penemuan Milkbooster Terbaru - Jus Kurma Pegaga
Stress????Tahukah anda stress boleh menyebabkan penghasilan susu badan menjadi merundum. Itulah yang saya alami sekarang..Puas dah minum air kosong banyak2 sampai tak larat dah nak ke tandas tapi susu still makin sikit. Stok susu dalam freezer pulak dah habis and Aakif pulak alah pada protein susu lembu. Lagi lah rasa bertambah stress. Ada lah juga terfikir nak guna produk Shaklee. Tapi tak laju rasanya nak minum ESP tu. Bukannya tak sedap tapi saya memang tak suka minum susu soya tu yang tak boleh nak minum. Sorry ye pada member2 yang jual produk Shaklee. Bukan nak kondem produk Shaklee tu. Secara ikhlasnya produk Shaklee tu memang bagus cuma saya je yang memilih ckit. Nasib baik kawan saya Ana sudi memperkenalkan Jus Kurma Pegaga ni. Siap tolong belikan.Terima kasih banyak2 Ana. Jasamu memang akan ku kenang sampai bila-bila. Alhamdulillah berkat minum jus ni dan berdoa pada Allah penghasilan susu badan saya dah semakin ok. Syukur itu lah rezeki untuk Aakif.Tapi sekarang still kena topup dengan Isomil lagi sebab dah tak ada stok di freezer untuk cover.
So ini lah rupa Jus Kurma Pegaga tu. Harganya pun murah hanya RM 16.50. Yang paling penting ianya sesuai untuk diamalkan seisi keluaga. Baik untuk kesihatan badan. Anak-anak saya semuanya suka minum jus ni.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya bolehlah cuba produk Jus Kurma Pegaga ni. Insyaallah berhasil. Yang penting kena positif, amalkan jus ni 3 kali sehari, minum air kosong yang banyak dan berdoa pada Allah.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya bolehlah cuba produk Jus Kurma Pegaga ni. Insyaallah berhasil. Yang penting kena positif, amalkan jus ni 3 kali sehari, minum air kosong yang banyak dan berdoa pada Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

