Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Sunday, 29 December 2013

Orientasi Pelajar Tahun 1 Sesi 2014

28 Disember 2013

Saat yang ditunggu2 telah tiba..Hari ni kakak akan menjalani orientasi bagi sesi 2014 di SKPP 8 (2). Sangat teruja dia nak ke sekolah..siap mengigau lagi jumaat malam sabtu tu...Citenya macam ni..hari jumaat tu kakak tidur awal sbb siang harinya dia x tidur..kakak tidur lebih kurang kul 10 malam di depan tv..10.30 malam my hubby angkat dia ke bilik tidur lalu kami teruskan menonton tv sampai kul 12 malam..Dalam kul 12.15 macam tu kami masuk bilik untuk tidur..tiba2 kakak bangun bukak baju dan nak mandi..so saya tnya dia..

Saya :- Nape kakak??
Kakak:- Kakak kencing..
Saya :- Kencing kat mn??(dengan nada marah)
Kakak :- Senyap je..
Saya :- Ish kencing kat mana nye..(membebel sambil cek baju n seluar..nape x basah pun..kencing ke x ni??tanya dalam hati)..
Kakak :- (bukak shower nak mandi)..Nak g sekolah lah mamy..
Saya :- Hahaha..(terbahak2 sy n my hubby ketawa) sekolah apekebendanya kak baru kul 12 mlm ni..esok sekolahnya..dah pakai baju tidur..

Ha itu lah dia citenye..punyalah excited nak ke sekolah sampai mengigau..

Ok sambung pasal orientasi..Pada hari tersebut diadakan sesi taklimat untuk ibubapa..cikgu memaklumkan hal2 berkaitan sekolah..sesi persekolahan bermula 2 Januari 2014..waktu pembelajaran plak isnin hingga khamis 7.30 pg hingga 1.05 tengahari manakala jumaat 7.30 pg hingga 12.00 tengahari. Untuk kafa sesi persekolahan pun bermula 2 Januari 2014. waktu pembelajaran 2.30 ptg hingga 5.15 ptg..untuk pelajar tahun 1 kafa adalah dari isnin hingga jumaat..sambil2 ibubapa dengar taklimat, para pelajar plak kena menjalani ujian untuk tentukan kelas..

Kakak dapat kelas 1 Akasia..kelas nombor 2 je..oklah tu kan..belajar rajin2 dan dapatkan kelas pertama untuk tahun 2 nanti..Pada hari tersebut cikgu siap bagi buku teks dan buku aktiviti..buku tulis dan buku rujukan saya dah beli hari tu..banyak betul buku budak2 sekolah sekarang..ingat lagi time saya sekolah dulu hanya ade buku tulis n buku teks je..erm budak2 sekarang semakin bijak kan..pembelajaran pun dah x sama mcm kita2 dulu..Dalam kul 1 tengahari gitu sesi orientasi pun tamat..

Ooo ye lupa nak cite..saya masih hantar kakak pergi transit kat Generasi Gemilang untuk tahun 2014 ni..Selepas pulang dari sekolah SKPP 8 (2) kul 1.05 ptg kakak pergi ke Generasi Gemilang untuk makan, mandi dan solat.Kul 2.30 ptg plak dia akan ke KAFA kat SKPP 8 (2) sampai kul 5.15 ptg..Bayaran transit plak adalah sebanyak RM170 sebulan..erm duk kat bandar ni semuanya duit..perbelanjaan untuk anak je sebulan RM1000..duit3..semuanya duit..pengorbanan ibubapa..






Pendaftaran Tadika Perpaduan

27 Disember 2013

Membuat pendaftran dan bayaran di Sekolah Tadika Perpaduan..Secara rasminya Iffah Insyirah Binti Mohd Zaiam Syah merupakan pelajar Tadika Perpaduan Presint R12 bagi tahun 2014. Haha dah besar rupanya anak mamy..Ok bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM245. Transit sebelah petang dekat Tadika Perpaduan R13 sebanyak RM180 sebulan. Kalau school holiday kena tambah RM12 sehari..Erm bila difikirkan agak mahal gak lah..Tapi bolehlah..

Senyum happy je Iffah x sabar nak g sekolah..Baju uniform saya baru beli sepasang je dulu..cikgu takut x cukup untuk budak2 lain..nanti beli kemudian kalau nak tambah.baju sukan pun saya beli je sepasang dulu tapi x dapat lagi..Semoga menjadi anak yang pintar..

Thursday, 26 December 2013

Dekorasi Bilik Tidur Idaman di BA..

Lambat lagi rumah idaman nak siap..Tapi hati ni dah x sabar2 nak mendekorasi rumah.Disebabkan perasaan x sabar saya tersearch lah kat google...so inilah dia hasil yang saya perolehi..

Design Bilik Tidur Anak Perempuan
Disebabkan rumah saya di BA hanya ada 3 bilik tidur sahaja and saya ade 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki perkiraannya adalah seperti berikut..1 bilik dan sah untuk saya n my hubby..1 bilik lagi untuk Aakif ..so kakak n kakdek kenalah berkongsi bilik jawabnya..
Jadi design yang saya kena pilih untuk anak perempuan saya kena lah yang ade 2 katil..
Inilah dia antara design yang saya jumpa..Tapi ini belum muktamad lagi..kena tengok keluasan bilik dulu dan kalau ade masa nanti nak try servey kat ikea..mn tau jumpa design yang lebih menarik..







Desing Bilik Tidur Anak Lelaki
Ha kat bawah ni plak design untuk anak lelaki..
Biasanya lelaki ni suka yang simple2 je kan..
So inilah hasilnya..







Design Bilik Tidur Me & My Hubby
Sebenarnya nak mendekorasi bilik tidur suami dan isteri adalah yang paling sukar..yelah lah kan kalau budak2 sukakan kartun..oklah senang nak cari..tapi kalau kita orang dewasa ni pyh ckit..Perempuan sukakan bunga2..tapi lelaki nak ke bilik2 yang bunga2??so kena ada keserasian antara kita dan suami..x semestinya kita suka suami pun akan suka..jadinya kena yang simple2 jelah..x terlalu cenderung kepada minat isteri semata2 atau x terlalu cenderung kepada minat suami semata2..so pilih yang simple je lah..senang.






Tempat tidur adalah untuk berehat..Jadi saya lebih cenderung memilih tema bilik tidur berwarna hijau..sebab bagi saya hijau ni melambangkan ketenangan...Biarlah kita tidur dalam keadaan tenang dan nyaman..x gitu..







Wednesday, 25 December 2013

Cukupkah masa bersama anak2??

Berapa jam sehari masa yang anda dapat peruntukkan bersama anak2??Cuba anda renung2kan??Rasanya dalam 4 @ 5 jam je sehari setelah ditolak waktu tidur..Betul kan?? 8 am hingga 6 pm anak di rumah pengasuh..so masa anak bersama kita hanya pada 6 pm hingga 10 pm..kul 10 pm @ 11 pm anak2 dah tidur..

Cuba anda bayangkan dalam masa 4 @ 5 jam sehari cukup ke kasih sayang & perhatian yang kita berikan pada anak2??Itu belum kira kepenatan yang kita rasainya..Saya bagi contoh ye..

6.30 pm
Anak :- Mamy kakak nak makanlah??Lapar..
Mamy :- Tunggu lah dulu mamy baru balik keje ni kan..Penat tau..(dalam nada sedikit kasar)
Anak :- Buat muka merajuk.ish mamy ni nak makan pun nak marah ke??(mengomel dalam hati)

9.00 pm
Anak :- Mamy boleh x ajarkan kakak baca buku??kakak x pandailah..(nak kan perhatian mamy padahal dah pandai pun membaca)
Mamy :- Ish kakak ni bacalah sendiri..dah pandai baca kan..mengada je lebih..mamy penat ni..(marah lagi)
Anak :- Papa boleh x ajarkan kakak baca buku??kakak x pandailah..(nak kan perhatian papa plak)
Papa :- Jangan kacaulah..papa nak tengok tv ni..
Anak :- Ish mamy ngan papa ni..mintak tu x boleh mintak ni x boleh..x sayang aku dah ke..(bertanya dalam hati)

10.00 pm
Papa :- Dah malam jom tidur..papa dah penat..esok nak keje..
Anak :- Lah nak tidur dah..bila masa papa dan mamy nak main dgn aku..(bertanya dalam hati)..sambil buat muka sedih dan terpaksa tidur..

Inilah contoh senario yang kadang2 saya sendiri buat..Bila difikirkan balik mmg x patut dan rasanya nak putarkan balik masa untuk luangkan masa bersama anak2..Rasa ruginya masa yang telah terbuang itu..Tapi ape kan daya kerja dan duit menuntut supaya kita berkorban begitu..Kuasa duit dan dunia mengatasi segalanya walaupun bukan dengan kerelaan kita..

Marilah kita bersama2 berusaha mengubah takdir ini..semoga selepas ini kita tidak akan terlepas detik2 berharga melihat anak2 membesar di depan mata..

HOT NEWS