Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Wednesday, 25 December 2013

Bantuan Yuran Taska..

Ni ada lagi satu tajuk yang best selain BRIM..yang x bestnye saya juga yang x layak mohon..tapi sy tetap nak share supaya orang yang berkelayakan boleh memohon..

 Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan juga akan menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Beliau berkata kerajaan juga akan menaikkan kadar wang saku kanak-kanak di institusi JKM daripada RM1.50 kepada RM3 sehari bagi kanak-kanak yang bersekolah dan kenaikan daripada 50 sen kepada RM1 sehari bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.

ok bagi sesiapa yang layak sila lah memohon..sebelum tu baca dulu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JPA untuk kakitangan kerajaan yang berhajat ingin memohon..

Tadika Kemas @ Tadika Perpaduan???

Tahun depan, Iffah dah masuk 5 tahun..so masa yang sangat sesuai untuk ke sekolah..Yang menjadi persoalannya sekarang sama ada nak bersekolah di Tadika Kemas @ Tadika Perpaduan??

Ish buntu lah memikirkan sekolah yang terbaik untuk anak2..Sebab dapat 2 tawaran sekali gus tu yang buntu tu??Baru nak buat pilihan tadika dah buntu..Esok2 nak pilih university macam mn lah gayanya kan..haha

Pendaftran untuk Tadika perpaduan (yuran + buku + baju sekolah & sukan 2 pasang lebih kurang RM 300). Tadika Kemas plak (yuran + buku + baju sekolah& sukan 2 pasang RM164). Kalau nak ikutkan dari segi pembayaran mmg Tadika perpaduan lebih mahal..cumanya kat presint 18 ni siap ade tempat transit sekali..Tu yang sy suka tu..so x pyh nak kuar ambik dia. Cikgu tlg ambikkan..kita cuma perlu bayar je..senang kan..So Tadika perpaduanlah menjadi pilihan saya..


Tuesday, 24 December 2013

2013 - Dividen ASB 7.7 Sen Seunit dan Bonus 1 Sen

Alhamdulillah tahun 2013 ASB memberi dividen sebanyak 7.7 sen seunit dan bonus  1 sen. Bermula 2 Januari 2014 kita pakat serbu pejabat pos untuk cek dividen masing-masing..Syukur rezeki Allah..


Monday, 23 December 2013

Cara Kuruskan Perut Buncit

Selepas bersalin perut akan menjadi sedikit buncit dan menggeleber. Ini disebabkan oleh pengembangan kulit perut mengikut kebesaran saiz baby yang dikandung..Tetapi jangan risau perkara ini boleh di atasi dengan mudah cuma perlukan sedikit kerajinan dan masa untuk melakukannya..Di sini saya sertakan sedikit petua yang boleh diamalkan oleh ibu2 di luar sana.

Amalam minuman
1) Limau nipis/kasturi
Caranya :-Sediakan 2 biji limau nipis atau kasturi. Perah jus limau tersebut ke dalam gelas yang berisi air sejuk.  Setelah itu, amalkan meminum jus air limau nipis setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan selama sebulan. insyaallah berat badan akan turun. Amalan ini perlu diikuti dengan senaman ringan.

2) Asam jawa
Caranya :- Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Setelah itu, amalkan setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Asam jawa dipercayai dapat menurunkan kadar lemak dalam badan anda.

3) Serbuk teh cina
Caranya :- Ambil 3 sudu teh serbuk cina dan rendam dalam segelas air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Sapuan
1) Limau nipis dan kapur
Caranya :- Sediakan 2 biji limau nipis. Perah dan campurkan dalam kapur sirih. Kacau sebati. Setelah itu, lumurkan di perut setiap malam. Amalkan selalu, insyaallah perut akan kempis.


HOT NEWS