Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Sunday, 22 December 2013

Bagaimana Mencukupkan Gaji???

Bosan2 di pejabat saya tersearch satu blog ni..http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/.

Entrynya sangat menarik iaitu Bagaimana mencukupkan gaji??

Saya rasa semua orang pernah terfikirkan tajuk entry ni..x kira lah sama ada yang bekerja @ suri rumah..Setelah diteliti apa yang sarankan oleh Ustaz Mohd Nassru tu mmg betul..Insyaallah kalau kita mendahulukan ibubapa kita dalam semua hal pastinya hidup kita akan menjadi lebih mudah kerana mendapat keberkatan..


Jom kita sama-sama amalkan pesanan ini..semoga kita mendapat keberkatan didunia dan di akhirat..Insyaallah..


Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:


1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup! 

2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada! 

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru! 

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri! 

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. 

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! 

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.

Keistimewaan Al-Fatihah..




Ramai yang tidak tahu apa keistimewaan yang ada pada surah Al-Fatihah..Sebab tu ramai orang yang membaca surah Al-Fatihah secara cepat semasa menunaikan solat..Tahukah anda Allah menjawab setiap ucapan kita..



Dalam setiap Hadits Qudsi, ALLAH S.W.T berfirman:

'Aku membagi solat menjadi menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-ku'

Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya

Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil'alamin"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah memuji-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-Him"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah mengagungkan ku"

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
Allah menjawab: "Hamba-ku memujaku"

Ketika kita mengucapkan "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Tirmidzi)


Berhentilah seketika setelah membaca setiap satu ayat, Hayatilah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Seterusnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pon sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barangsiapa yang ucapkan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Bantuan BRIM 2014 Dibuka 23 Disember 2013 - 31 Januari 2014

Alahai tajuknya mmg best..Yang x bestnya sbb x layak nak mohon pun..

Ketika pembentangan bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.

NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Saya bersetuju dengan bantuan BRIM ni.. Cumanya kerajaan perlulah melihat kadar pendapatan bulanan tu..Maksudnya RM3,000 hingga RM4,000 adalah pendapatan bersih bukan pendapatan kasar..Macam saya ni pendapatan kasar isi rumah mmglah lebih kurang RM 6,000 kan tapi banyak benda yang terpaksa ditanggung..Anak, rumah, kereta..semuanya lebih kurang RM 3,000..Tu x termasuk makan minum..minyak kereta..tambahan plak sekarang tol pulak dah naik kan..kesian golongan yang macam kami ni..nak kata senang x pun..tapi nak mohon tak layak kan..harap2 dalam bajet tahun 2015 kerajaan dapat membuat pertimbangan untuk golongan seperti kami..

Oklah untuk yang nak memohon boleh mendapatkan borang permohonan di sini :

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Wednesday, 18 December 2013

Tension Di Tempat Kerja

Bosannya berkerja di sini??Geramnya dengan bos yang terlalu cerewet @ terlalu pendiam @ lalang??Kawan-kawan plak menyakitkan hati??Aduh tensionnya...Pernah x terlintas kat fikiran korang persoalan seperti ini??

Ha persoalan tu lah yang berada di fikiran saya skrg ni??Tak tahu nak mengadu pada siapa??Tak tahu nak wat ape??Nak mintak tukar baru je 2 tahun bekerja di sini??Nak sambung belajar my hubby x bg??yelah kan dapat separuh gaji.saya ni banyak tanggungan ..anak lah, kete lah..rumah lah..mana lah nak cukup kalau cuti belajar separuh gaji..aduyai tensionnye..ade sape2 yang boleh bagi suggestion x??

Sebenarnya saya tension dengan orang yang terlalu pendiam..buat keje semuanya sendiri dan x nak berkomunikasi langsung dengan orang lain..kalau pendiam tu x nyusahkan orang x pelah..lantaklah kan..ini menyusahkan orang lain..kita x tahu ape yang terlintas di fikirang orang..benda ni lah yang terjadi di opis saya sekarang..dapat bos yang terlalu pendiam. kawan sekerja yang terlalu pendiam..semuanya diam lah..pastu ade ramai plak orang yang talam dua muka..erm habis cite..

Nak ditegur rasanya dh puas..sehari je berubahnya..dah x daya nak menegur orang mcm gini..
Lagipun dah tua bangka kot pandailah pikir yang mana baik n yang mana buruk..ye x??x kan lah nak harapkan orang tegur kesalahan kita sepanjang masa.

Ha bercerita pasal sambung belajar ni..hati saya ni mmg kuat nak sambung belajar..yelah x kan nak pencen dengan gred yang kita ade skrg..tapi my hubby tu mcm x bg permission. Bila x de org yang nak menyokong kita akan rasa x confident nak belajar lagi..maklumlah dah 9 tahun tinggalkan alam persekolahan..ni belum ditambah dengan kepayahan untuk memohon cuti dari JPA.fikirkan tentang gaji yang dapat separuh..yuran belajar lagi..ish memang pening lah..saya plak mmg x berminat nak bekerja bidang sama dengan keje skrg..rasa nak sambung bidang lain plak..lagilah payah kan..

Oooi apa lah nasib badan..mulalah terlintas di fikiran lagu "Kalau aku kaya".erm kan best..nak buat ape pun senang..dunia skrg mmg mencabar..semuanya guna duit..

Nak masuk darjah 1 pun mengalahkan masuk universiti..semuanya mahal2 belaka..buku 2 3 ratus..pakaian sekolah 2 3 ratus..daftar 2 3 ratus..makan minum di sekolah 2 3 ratus..bila dicampur semua bukannya lebih kurang seribu..hai dunia..tol pun nak naik dah..ape citer??

Eh apalah sy melalut ke lain ni..tadi cite pasal tension keje kan sekarang dah masuk cite pasal sambung belajar lah duit lah..oklah saya nak melayan tension saya ni dengan tengok movie..haha bagus x??


HOT NEWS