Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Tuesday, 17 December 2013

Bestnye Bercuti Di Kuantan

13/12/2013
Bertolak dari Putrajaya ke Kuantan tepat kul 6.30 pm..Sampai di Taman Balok Perdana lebih kurang pukul 10.15 pm..

14/12/2013
Makan angin di ECM, Kuantan..Window shopping je.x mood pun nak bershopping.Sebelah petang pulak bawak anak pergi jalan-jalan di Zoo Teruntum dan Teluk Cempedak. Excited betul dorang main ombak maklumlah kat Putrajaya ni tak de pantai kan.

16/12/2013
Tepat jam 8.30 pagi kami bertolak dari rumah kakak ipar saya di Taman Balok Perdana. Kami singgah breakfast kat Restoran Zaman. Besar giler kedai ni n ramai betul orang..ingat sedap sangatlah..saya makan nasi lemak daun pisang..tapi rasanya puuhh mmg x sedap langsung..x tau orang ramai2 tu makan ape.

Dalam kul 10.30 am kami sampai di Bukit Gambang. Harga tiket dewasa RM25.90 manakala kanak2 RM18.90. Kanak2 ketinggian di bawah 90cm free. Disebabkan kami berempat dapatlah harga family package..RM85.00 untuk 4 orang..Bukit Gambang ni open setiap hari masa school holiday..kalau x school holiday, setiap hari selasa akan tutup untuk kerja2 penyelenggaran..

Walaupun kami pergi hari isnin tapi orang mmg ramai gak maklumlah cuti sekolah kan..mmg permainan kat dalam tu banyak betul..seronok gilerlah..kami keluar kul 6.00 pm. Bukit Gambang ni tutup kul 6.30 pm..Dasyat kan..memang seharian kami kat cna..memang seronok..

Anak-anak saya siap cakap nak datang lagi bila cuti sekolah nanti..ok pada ibubapa yang x tahu nak g mana cuti sekolah ni bolehlah bawak anak2 ke Bukit Gambang Resort ni..memang puas hati..masih sempat lagi ni sebelum persekolah 2014 bermula..bye..








Gambar semasa di Bukit Gambang


Monday, 2 December 2013

Beriadah @ Taman Botani Putrajaya

Hujung minggu pasti menyeronokkan..masa ni lah kita rebut peluang untuk meluangkan masa bersama anak2..sama ada bawa mereka pulang ke kampung @ membawa mereka bersiar2..

Hujung minggu baru2 ni sy membawa anak2 saya beriadah ke Taman Botani, Putrajaya.walaupun dah nak masuk 2 tahun sy di Putrajaya inilah first time saya ke Taman Botani..seriusly sy mmg x tahu pun Taman Botani ni kat area mana??teruk kan??tahu ni pun sbb member sy cerita kat cni boleh main basikal..

So sy n family pun teruja lah nak berbasikal kat Taman Botani ni..basikal kakak n kakdik kami bawa dari rumah..manakala basikal sy n husband kami ingat nak sewa je kat ctu..kul 5.00 ptg kami pun bertolak lah ke Taman Botani ni..sampai je kat cna sy pun tanya kat pakcik guard tempat nak sewa basikal..dukacita dimaklumkan bahawa tempat penyewaan basikal tutup kul 5.00 ptg..kecewa dan sedih rasa hati..haha padan muka datang lambat lagi..lain kali search kat google dulu..

Dah tu nak wat mcm ne...sy, husband n aakif jalan kaki jelah jawabnya...hanya kakak n kakdik je naik basikal..tapi kami pusing dekat2 je..sampai Putajaya seafood kami patah balik sbb kaki sy dah sakit..

on the way nak balik kami ambik gambar kat Morocco Pavilion Putrajaya..memang cantik giler rasa macam berada kat Morocco..hik2 perasan je lebih..

Sape2 yang x pernah pergi lagi sila silalah berkunjung ke sana..pasti menyeronokkan..


Cerita Baju Sekolah Part 2

Ok hari ni sy nak share pengalaman membeli baju sekolah anak sy. 30 November 2013, setelah discuss ngan my hubby akhirnya kami bersetuju untuk mencari baju sekolah kakak kat warta, bangi..banyak gak kedai yang kami masuk untuk servey harga. Lastly kami beli baju sekolah kat kedai uniform (lupa nama kedai)..haha boleh plak lupa nama kedai kan..tapi kedai ni berada di tingkat 2 dekat2 dengan giant.Saya beli 4 helai baju sekolah dan 2 helai kain biru gelap.kain warna coklat untuk KAFA dah habis.stok x tahu sampai bila..Baju sekolah sehelai RM 23.00 n kain plak RM14.90 sehelai.oklah kot saya rasa harganya sbb saya beli kain cotton dan kainnya pun tebal..Tudung plak RM15 sehelai..saya beli 2 helai je sbb kat rumah dah ade 2 helai tahun ni punya..elok lagi so boleh pkai untuk sekolah KAFA...

Pastu kami kedai kasut kat tingkat 1 (lupa gak nama kedai)..kakak cbuk nak beli kasut sekolah barbie..harganya boleh tahan gaklah.sepasang RM28.90..tapi sy beli gak walaupun agak mahal. karang x beli majuk..kakdik pun nak kasut barbie gak..tapi setelah dipujuk oleh papa akhirnya beli kasut pallas jazz je.murahlah ckit kan..kakdik pun baru tadika kemas kot..x yah beria nak beli yang mahal kan..

Setelah letih membeli kelengkapan sekolah kami pun makan kat Mc Donald kat belakang warta tu..sambil2 makan anak2 pun boleh main kat ctu sbb kat Mc D tu ade playground sekali..

On the way nak balik putrajaya, saya singgah kedai Mubarak Store Presint 15 untu beli kain warna coklat untuk KAFA.nasib baik ade..tapi harganya RM24 sehelai..erm oklah kot kalau nak bandingkan dengan kualiti kain..beli jelah malas nak pening pale nak fikir..

Jumlah belanja untuk beli baju, kain, tundung  dan kasut sekolah bersamaan RM200..Alat tulis x beli lagi..kutip ape yang ade kat rumah dulu..

Selepas itu kami sekeluarga pulang ke rumah dan tdo..Habis cerita..


Sunday, 1 December 2013

Bandar Akademia Part 3

21 November 2013 sekali lagi saya ke CS Tang untuk sign dokumen penjanjian pinjaman perumahan. Now tunggu 2 hingga 3 bulan untuk proses pertukaran hak milik tanah dan proses gadaian. Masa sign dokumen ni melayang gak duit RM 2200.00..X pelah demi rumah idaman saya rela berkorban..haha geli plak rasanya..

X pelah kan duit boleh dicari tapi rumah esok2 lagi x mampu beli..yelah rumah kan makin mahal. So sekarang ni tunggu jelah 2 hingga 3 bulan lagi untuk proses yang seterusnya..
HOT NEWS