Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Thursday, 9 May 2013

Selamat Hari Ibu...

Khas buat ibu-ibu di luar sana:-


p/s :- Sayangilah ibu anda selagi beliau masih bernyawa..

Cahaya Cintamu

Ibuku sayang...
Cintamu, adalah cahaya yang menerangi
Setiap kegelapan di dunia fana ini.
Kehadiranmu, begitu berharga,
Bermakna dan berarti.


Ibuku yg cantik...
Tiada hari yg kujalani,
Tanpa sedetik pun tak mengingatmu.
Mengingat sgala pengorbananmu
Yg tak lelah merawatku,
Yg tak bosan menasihatiku,
Dan tak henti menyangiku, sepanjang usiamu.


Terima kasih Ibu...
Telah menghiasi kehidupanku di dunia fana ini,
dengan senyum manismu yg menguatkan batinku.
Terima kasih ibu…
Telah menjagaku hingga kini.
Terima kasih Ibu...
Engkau selalu ada untukku.


Ibuku yg baik...
Maafkan aku, jika pernah melukai perasaanmu.
Maafkan aku, selalu mengecewakanmu.
Maafkan aku, anakmu ini.



Ibu...
Cahaya cintamu, selalu ku nanti.
Bahkan hingga aku mati.
Dan cintamu kan tetap bersinar di hati,
Kekal dan abadi.


Selamat Hari Ibu..

Wednesday, 8 May 2013

Punca Jerawat

Aduhai jerawat tumbuh makin banyak!!!
Sakitnya..Nak tahu punca jerawat tumbuh??
Jom kita baca artikel ini dan elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan jerawat TIMBUL!!

1) Alahan Kepada Makanan
-Terlalu banyak makan makanan bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang
  boleh memburukkan keadaan kulit berjerawat.

2) Tidur Tidak Mencukupi
-Pembaikian sel-sel badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur
  sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 am-3 am adalah masa sistem badan menjalankan
  tugas.

3) Sembelit
-Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama dalam badan menyebabkan peredaran
  darah tidak lancar. Toxin yang berlebihan akan tesekat dan akan dikeluarkan naik
  pergi melalui kulit wajah. 

4) Pemilihan Produk Yang Salah
-Pemilihan produk yang kuat bahan kimianya juga boleh membuatkan masalah jerawat
  akan lebih banyak timbul. 

5) Bakteria
-Menyentuh atau memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan
  bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku.

6) Horman Tidak Seimbang
-Masalah horman tidak seimbang juga boleh menyebabkan punca jerawat tumbuh lebih
  banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana kelenjar sebaceousmengeluarkan
  banyak sebum sehingga liang roma tersumbat. 

7) Penjagaan Muka Tidak Berterusan
-Tidak berdisplin dalam urutan membersihkan muka.

Gambarajah menunjukkan bagaimana jerawat terhasil

Tuesday, 7 May 2013

Petua Hilangkan Jerawat

Jerawat di muka memalukan??Juga menyakitkan??Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat, amalkan petua ini :-

1) Bersihkan muka kemudian cuci dengan air kelapa tua.Biarkan kering sendiri.
     Setelah itu bilas dengan air bersih.
2) Setelah muka dibersihkan tutup muka dengan kain tuala yang lembab.
3) Dekatkan muka ke wap nasi atau air panasselama 5 minit. Ulangi beberapa minit
     kemudian pakai penyegar.
4) Sejukkan kanji nasi, sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering.
     Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.

Selamat mencuba <00>

Monday, 6 May 2013

Puting Melecet @ Cracked Nipple

Pejam celik pejam celik rupanya dah 7 bulan lebih saya menyusukan aakif sepenuhnya dengan susu badan. Dan baru kali nilah merasa terkena cracked nipple atau bahasa melayunya orang cakap puting melecet. Sakitnya x payah cakaplah..Menangis ooo masa nak menyusukan ank..Disebabkan terlalu sakit sangat dan x tahan sekarang saya dah berhenti menyusukan anak saya aakif..Cian anak mamy.Nak buat macam ne dek dah sampai kuar darah x kan mamy nak bagi gak kan. Tunggu baik dulu ye.Dah pelbagai cara saya guna untuk menyembuhkannya. Guna susu badan lah, minyak gamatlah tapi x menjadi pun. And last kawan suggestkan guna bepanthen. Erm x tahulah menjadi ke x..Harap2 menjadilah..

ni lah rupa cream tu

Disebabkan puting melecet n stok susu pun dah x de so terpaksalah survey FM untuk si aakif ini..Apalah agaknya susu yang sesuai ye??Sebabnya aakif ni ade ekzema dan dia alah pada susu lembu so terpaksalah melabur duit ckit untuk cari susu yang sesuai..Pernah cuba bagi Dutch Lady n Dumex Dugro tapi  x sesuai. Lepas je minum susu ni setengah jam terus naik ruam merah pada muka dan badan aakif.Kesian dia.And now saya nak cuba snow plak.Mana tahu ok kan. Menurut sumber snow adalah soy based. So cubalah dulu.Kat cni saya berikan sedikit info sebab puting melecet :-

1) Penggunaan breast pump
    -Tahap sedutan pam terlalu kuat
    - Saiz corong yang terlalu kecil
    - Pam terlalu lama

2) Kedudukan bayi semasa menyusu
    - Bayi sepatutnya menyusu pada bahagian areola dan bukannya puting semata-mata

3) Puting kering (inilah punca puting saya luka)
    - Punting yang kering sangat sensitif berisiko tinggi untuk mendapat luka apabila dipam 
      atau apabila bayi menyusu.

Semoga info ini boleh membantu anda juga..bye
HOT NEWS