Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday, 15 April 2013

My Birthday

Tanggal 13 April 2013 yang lalu genaplah umur saya 30 tahun..Tua dah rupanya. Alhamdulillah pada usia 30 tahun saya memiliki semuanya. Ada kerjaya yang boleh dibanggakan dan keluarga yang bahagia di samping suami dan anak-anak. Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah.

Terima kasih pada my hubby kerana bersabar dengan perangai ayg selama ini. And time kasih banyak2 sebab bagi hadiah ni. I like it..:) Terima kasih juga pada kawan-kawan yang wish birthday saya..Tahun depan wish lagi ek..hahaha..




Birthday Kakdek

Tanggal 12 April 2013 birthday anak kedua saya iaitu Iffah Insyirah. Maaflah kepada kawan-kawan kerana tahun ni saya x membuat makan-makan di rumah. Rasa macam tak sempatlah nak masak bila dah ada baby. Lagipun si kakdek ni nak menyambut hari lahir dia di sekolah (Taska KBS). Terima kasih kepada cikgu zira dan cikgu manja kerana membenarkan saya bawak kek ke sekolah pada hari tu.

Happy Birthday Kakdek

TQ Auntie Raifana sudi buat kek ni..Nice..

Taska KBS

Gambar Anak Dato Lee Chong Wei

Ini pulak saya nak kongsikan gambar anak Dato Lee Chong Wei. Saya teruja sangat nak kongsikan sebab 4 tahun yang iaitu 12 April 2009 saya pun melahirkan anak saya yang kedua iaitu Iffah Insyirah.



Tahniah diucapkan. Semoga Kingston Lee pun akan menjadi pemain badminton negara.

Fasha Sanda Dapat Baby Boy

Alhamdulillah Fasha Sanda sudah pun selamat melahirkan baby boy 15 April 2013 jam 9.21 pagi. Saya plak yang teruja..Mana taknya Fasha Sanda tu artis kegemaran saya. Comel je dia masa pregnant..Berseri-seri muka. Mesti muka anak dia comel macam dia..

Ni gambar Fasha Sanda yang comel


Ni pulak Anak Fasha Sanda yang comel
HOT NEWS