Ketika pembentangan bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.
NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Saya bersetuju dengan bantuan BRIM ni.. Cumanya kerajaan perlulah melihat kadar pendapatan bulanan tu..Maksudnya RM3,000 hingga RM4,000 adalah pendapatan bersih bukan pendapatan kasar..Macam saya ni pendapatan kasar isi rumah mmglah lebih kurang RM 6,000 kan tapi banyak benda yang terpaksa ditanggung..Anak, rumah, kereta..semuanya lebih kurang RM 3,000..Tu x termasuk makan minum..minyak kereta..tambahan plak sekarang tol pulak dah naik kan..kesian golongan yang macam kami ni..nak kata senang x pun..tapi nak mohon tak layak kan..harap2 dalam bajet tahun 2015 kerajaan dapat membuat pertimbangan untuk golongan seperti kami..
Oklah untuk yang nak memohon boleh mendapatkan borang permohonan di sini :
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
No comments:
Post a Comment