Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Monday, 23 December 2013

Cara Kuruskan Perut Buncit

Selepas bersalin perut akan menjadi sedikit buncit dan menggeleber. Ini disebabkan oleh pengembangan kulit perut mengikut kebesaran saiz baby yang dikandung..Tetapi jangan risau perkara ini boleh di atasi dengan mudah cuma perlukan sedikit kerajinan dan masa untuk melakukannya..Di sini saya sertakan sedikit petua yang boleh diamalkan oleh ibu2 di luar sana.

Amalam minuman
1) Limau nipis/kasturi
Caranya :-Sediakan 2 biji limau nipis atau kasturi. Perah jus limau tersebut ke dalam gelas yang berisi air sejuk.  Setelah itu, amalkan meminum jus air limau nipis setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan selama sebulan. insyaallah berat badan akan turun. Amalan ini perlu diikuti dengan senaman ringan.

2) Asam jawa
Caranya :- Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Setelah itu, amalkan setiap kali selepas makan tengahari atau makan malam. Asam jawa dipercayai dapat menurunkan kadar lemak dalam badan anda.

3) Serbuk teh cina
Caranya :- Ambil 3 sudu teh serbuk cina dan rendam dalam segelas air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminumnya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Sapuan
1) Limau nipis dan kapur
Caranya :- Sediakan 2 biji limau nipis. Perah dan campurkan dalam kapur sirih. Kacau sebati. Setelah itu, lumurkan di perut setiap malam. Amalkan selalu, insyaallah perut akan kempis.


No comments:

Post a Comment

HOT NEWS