Entrynya sangat menarik iaitu Bagaimana mencukupkan gaji??
Saya rasa semua orang pernah terfikirkan tajuk entry ni..x kira lah sama ada yang bekerja @ suri rumah..Setelah diteliti apa yang sarankan oleh Ustaz Mohd Nassru tu mmg betul..Insyaallah kalau kita mendahulukan ibubapa kita dalam semua hal pastinya hidup kita akan menjadi lebih mudah kerana mendapat keberkatan..
Jom kita sama-sama amalkan pesanan ini..semoga kita mendapat keberkatan didunia dan di akhirat..Insyaallah..
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.
No comments:
Post a Comment