1. Pahala solat semalam penuh. Imam Muslim meriwayatkan dari ‘Ustman bin ‘Affan, bahwa Nabi bersabda: “Barang siapa yang solat isya berjama’ah seolah-olah dia telah mendirikan solat setengah malam, dan barang siapa solat subuh berjamaah (tentunya juga dengan mendirikan solat isya berjamaah), maka seolah-olah dia telah solat semalam penuh”. Subhanallah! kemurahan Allah menjadikan solat isya dan subuh “dua serangkai” yang dengannya kita berhak mendapat pahala solat sepanjang malam.
2. Sumber cahaya di hari kiamat. Pada hari kiamat nanti keadaan yang terjadi adalah gelap gelita, sebagaimana Allah berfirman :” Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan (QS. At-Takwir: 1-2). Matahari dan bintang-bintang adalah sumber cahaya. Jika keduanya dihancurkan maka kegelapan akan menyelimuti. Saat seperti inilah manusia memerlukan cahaya. Cahaya itu adalah amal soleh, termasuk solat subuh. Dari Baridah al salami, Nabi bersabda: Berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya sempurna kelak di hari kiamat. (HR. Tirmidzi). Orang yang berjalan di kegelapan malam adalah orang-orang yang berjalan menuju masjid untuk melaksanakan solat isya dan subuh berjama’ah.
3. Balasan surga. Nabi bersabda:” Barangsiapa mengerjakan solat pada dua waktu dingin, maka dia akan masuk surga. (HR. Bukhari). Yang dimaksud solat pada waktu dingin adalah solat subuh dan isya. Diriwayatkan juga bahwa dua rakaat sebelum subuh adalah nafilah yang lebih agung dari dunia sisinya. Dua rakaat fajar (solat sunnah sebelum subuh) lebih baik daripada dunia seisinya (HR. Muslim).
4. Disaksikan para malaikat. solat subuh satu-satunya solat yang tidak dapat dijamak dan di qashar. Allah telah muliakan waktu solat subuh dalam kitab-Nya. Allah tidak bersumpah mengenai waktu solat yang fardhu kecuali hanya waktu solat subuh dan isya. Allah bersumpah dengan sebutan “wal fajr” dan “ wa layalin ‘asyr”. Demikian pula waktu fajar adalah waktu dimana para malaikat turun ke bumi untuk menyaksikan orang yang mendirikan solat subuh.
solat berjama’ah lebih utama dibanding solatnya salah seorang dari kalian dengan sendirian dengan dua puluh lima bahagian. Dan Malaikat malam dan Malaikat siang berkumpul pada solat fajar.” Abu Hurairah kemudian berkata, “Jika mau silahkan baca: ‘(Sesungguhnya solat fajar disaksikan (oleh para Malaikat) ‘ [Qs. Al Israa: 78] (HR. Bukhari)
5. Orang yang solat subuh senantiasa dalam jaminan perlindungan Allah. Nabi bersabda:”Barangsiapa solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa selama separuh umur. Nabi bersabda:” solat yang lima waktu, dari jumat ke jumat, dari ramadhan ke ramadhan adalah penghapus dosa di antaranya jika meninggalkan dosa-dosa besar (HR. Muslim). Rentang waktu antara solat isya dengan solat subuh adalah rentang dua solat yang paling panjang. Jika kedua solat ini ditegakkan dengan baik maka keduanya adalah penghapus dosa di antara keduanya. Jika diamalkan maka dosa hampir separuh umur kita dapat dihapuskan oleh dua solat ini.
Berikut ini tips untuk dapat menjaga keistiqamahan solat subuh berjamaah yaitu (1). Beramal ikhlas hanya kerana Allah SWT, (2). Muhasabah diri setiap hari, (3). Bertaubat, dan bertekad untuk tidak mengulangi, (4). Banyak berdoa kepada Allah agar dikuatkan melaksanakan solat, (5). subuh berjamaah di masjid dan di awal waktu, (6). Meminta motivasi dari sahabat yang baik, (7). Tidur sesuai sunnah Nabi saw, (8). Tidur lebih awal, berwudhu, dan membaca zikir sebelum tidur, (9).Tidak makan dalam jumlah yang banyak sebelum tidur, hindari teh dan kopi. Catat perkembangan solat subuh anda dan gantung di dinding, (10). Pasang alarm, (11). Telefon orang lain (sahabat) dan mulai dari keluarga. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk menggapai azam keutamaan solat subuh.
No comments:
Post a Comment