Nuffnag

ToTaL pAgEvIeWs

Thursday, 2 January 2014

Bermulanya Sesi Persekolahan 2014

2 Januari 2014

Cerita Kakak

Hari ini bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2014..mmg cbuk semua ibubapa hari ni..ramai juga yang mengambil kesempatan bercuti untuk menguruskan persekolahan anak2..tambah2 lagi yang mempunyai anak yang baru nak naik darjah 1 tahun ni macam saya..kakak dah mula bersekolah hari ni..tapi saya x bercuti pun..kakak ok je x de plak menangis..apa yang perhatikan kebanyakan yang menangis di hari pertama persekolahan adalah kanak2 lelaki..yang perempuan cool & steady je..

Mula2 saya mcm teragak2 jugak nak biarkan kakak bersendirian di sekolah tanpa ditunggu..risau macam mana gayanya dia nak rehat kul 10.30 nanti..pandai ke g kantin..pandai ke kira duit..tapi cekalkan hati & cuba percaya bahawa kakak pandai  bawak diri..alhamdulillah ok je dia rupanya..sebelah ptg plak saya g daftarkan kakak kat KAFA SKKP 8 (2)..Kakak dapat kelas 1 Hasanah...bayaran KAFA plak sebanyak RM138..yuran bulanan RM50.oklah kan asalkan anak pandai...

Cerita Kakdek

Hari ini juga bermulanya sesi persekolahan untuk Tadika Perpaduan..ramai juga ibubapa yang bercuti untuk temankan anak2..seperti yang cerita di atas saya tak bercuti pun..just hantar kakdek ke sekolah n g kerja seperti biasa..Kakdek pun alhamdulillah x menangis pun..suka je ke sekolah..pastu kul 12 ambik kakdek untuk transit kat R13..pun kakdek x menangis gak..

Alhamdulillah anak2 mamy semuanya baik2 belaka..

Kakdek pakai uniform Tadika Perpaduan..
Mcm comel je..mcm comel je..hehe

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS